expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Cari Artikal

Rabu, 20 Jun 2012

TRIP UTARA 3H2M @ Muzium Toy Penang







Hari Ketiga,  02/06/12

Chek out dari jerai dan ke Pulau Pinang .




Bermalam di gunung jerai , sebelah paginya pukul 8.00 a.m sarapan di restoran puncak kedah .Suasana pagi di gunung jerai sangat sejuk dan berkabus . Kali ni banyak ammar makan , mungkin sebab lapar campur sejuk .  menu untuk sarapan kali ni agak sedap, antara menunya nasi lemak , mee goreang hot dog dll tak pandai nak sebut kikiki markah kitaorang bagi B...\(',')/..hihi



 Lepas siap sarapan kitaorang jalan-jalan kawasan sekitar sambil snap gambar , pukul 10.00 pagi masih berkabus lagi , matahari terlindung dengan kabus . cuaca pun masih dingin dan sejuk , udara segar tanpa pencemaran . Lepak-lepak sambil tengok pengayuh basikal baru sampai puncak, ada dua tiga kumpulan .



melayan ammar & aqil bermain

view dari puncak gunung


Lepas santai sambil tengok pemandangan, kitaorang balik ke bilik bersiap untuk check out , tapi sebelum balik ammar dok pujuk nak mandi kolam lagi, Kali nie bapak2 lak control anak-anak.


melimpah air kolam
Tapi bila dah mandi, bapak-bapak plak dah terlebih happy dari anak-anak..hihihi

pukul 12.30 kitaorang check out , pihak resort jemput kami dengan buggie seperti kami datang untuk check out .
posing dulu


Turun dari puncak menggunakan van resort  dan di hantar ke tempat tanah runtuh , van dari bawah kali nie lambat plak, agak lama juga kitaorang tunggu, masa tunggu ada dua tiga ekor monyet kat kabel elektrik, takut juga kalau monyet tu turun selongkar makanan kitaorang .

Pukul 1 lebih kitaorang sampai kat bawah, akid n family terus balik ke changlung, kitaorang menuju ke Pulau Pinang plak untuk mencari jeruk madu .


 Perjalanan menuju ke Penang jarak dari gunung jerai lebih kurang 96 km , melintasi bandar dan sawah padi .


mercu tanda
 Kami menyeberangi jambatan pulau pinang, ingat nak cari jeruk lepas tu balik, tapi berubah plan , alang-alang sampai penang kita pusing  george town duluu sambil bawa ammar dan aqil ke toys mezium..

jambatan menuju geogretown

pasembor
 Menuju ke medan selera nibong tebal untuk makan dan try pasembor penang, harga 3.50 ringgit ,  lepas tu pergi borong jeruk madu jenama pak ali yang terletak belakang medan selera nibung tebal . Bab nie bagi peluang kat ummi borong jeruk .. harga jeruk untuk 1kg 12 ringgit .
kedai jeruk madu
 Lepas tu ke toys muzium yang berdekatan degan batu feringgi, toys muzium di buka jam 09.00 pagi dan tutup pada jam 10.00 malam , sebelum tu singgah solat di masjid sambil mandikan ammar and aqil .
masjid Wan Chek Ariffin
 Bayaran masuk ke Toys muzium, 10 ringgit untuk dewasa dan 6 ringgit untuk kanak-kanak .
lepas puas pusing kat dalam muzium, kitaorang pusing-pusing bandar penang plak , lepas tu bergerak balik KL lebih kurang pukul 10.00 malam .

pintu masuk

ammar suka kereta

kunfu panda

Jumaat, 15 Jun 2012

TRIP UTARA 3H2M @ Gunung Jerai


Hari kedua,  01/06/12

Distinasi Gunung Jerai , Kedah

Bermalam di taman Teja, Changlung teratak Villa Akid adli. pukul 8.00 pagi sarapan dengan kek lapis serawak + mihun goreng sambil layan main xbox lawan tuan rumah edisi timbal balik. Tuan rumah kalah dgn kiraan K.O hihi..

ptanyaan dari ammar "ummi kite nk g ane".....(",)/

Pukul 9.30 pagi bersiap untuk konvoi bertolak ke gunung jerai.  Jarak dari changlung ke gunung jerai melalui lebuhraya utara selatan exit gurun lebih kurang 90km dan mengambil masa 1jam 15minit .


Sampai di kaki gunung jerai lebih kurang pukul 11.00pagi, selepas dua tiga kli berhenti di hentian rehat dan rawat bagi anggota konvoi menguruskan anak kecil . Jarak dari kaki gunung ke puncak Gunung jerai 12km .
mercu tanda pertama di kaki gunung

mercu tanda kedua di kaki gunung
Tetapi kali ni nasib kami kurang baik sebab ada berlaku tanah runtuh di  pertengahan jalan iatu pada 6km dari bawah. Kami di beritahu oleh petugas keselamatan jalan di tutup kepada semua kenderaan . Jadi gunung jerai di tutup kepada semua pengunjung kecuali yang menginap di regency jerai hill resort .

transport pertama
Untuk yang bermalam di resort , pengangkutan van di sediakan sehingga sampai di tanah runtuh, dan van kedua di sebelah atas akan mengambil dan membawa naik ke puncak gunung . Nasib baik kami sudah booking awal tempat penginapan . Jadi kami boleh dan terpaksa menggunakan perkhidmatan yang di sediakan . Bayaran di kenakan Rm60/van untuk naik dan turun di bayar di kuanter regency kat kaki gunung. Beli makanan kat kedai dulu utk bekalan mkn tengah hari kat atas .

amaran tanah runtuh
 Perjalan untuk ke atas memang agak mencabar, respect kat van walaupn nampk tua tapi still power, jalan yang kona baring sambil mendaki van tak rasa semput  .. sedang asyik dengan pemandangan cerum kat bawah, dah sampai kat check point tanah runtuh .  Kedaan tanah memang agak merbahaya utk kenderaan walaupun sebelah jln masih blh di lalui .
berjalan melintasi tanah runtuh lebih kurang 50m

batu tergantung

5km lagi ke distinasi
 Naik van kedua dari regency resort, bab kata dedi akid, luar kondo dalam kondo..lagi tak terasa mendaki bukit yang tinggi . alih-alih dah sampai ke puncak...hihi

transport kedua
kitaorang sampai kat puncak lebih kurang pukul 12.30tghri, dari puncak nampak tanjung dawai, kawasan sawah padi dan laut yang cantik seindah mata memandang . Cuaca dan suhunya agak sejuk.

 

 Berurusan dengan kuanter penyambut tetamu . Bilik kita orang bersebelahan 510,511,512. ke bilik mengunakan buggie sebab barang2 banyak .

rehat2
 Pukul 2.30 petang ammar ajak trun ke taman permainan lepas tgk aqil dok main bui..bagi peluang diaorang main puas2. lepas melayan diaorang , masa untuk makan tengahari pula...kitaorang berkelah di branda depan bilik sambil di kelilingi kabus tebal...

gelak tak ingat


Bersiap untuk makan

lepas makan anak-anak turuun mandi pula, kat sitni ada kolam mandi seblah untuk kanak-kanak, sebelah lagi untuk orang dewasa rasanya baru siap . kali nie giliran ibu2 yang mengawal anak-anak, bapa-bapa nak pergi snap tempat view menarik.. hihihi




hore hore

gelonsor air..
Selepas seharian mandi kolam, sebelah malamnya kitorang dinner di restoran puncak kedah. Suhu malam kat gunung jerai amat sejuk berkabus.



posing dulu
Mengikut tour guide kata kebiasaan, restoran ni hidangannya ala buffet tetapi kali ni orang tak ramai sebab tanah runtuh , jadi restoran tak buat. order apa yang ada di menu saja...kikiki

antara menu yang di sediakan

aiskrim banana

steak sizzling

kek birthday just 4 ummi

nasi goreng ayam

bihun ultromen

fish n chip
pencuci mulut rojak buah

Suasana kat dalam restoran amat nyaman angin dingin dan kabus bertiup sepoi-sepoi bahasa, tetapi kitaorang tak selesa dengan pelayan lelaki penghantar makanan , kami rasa dia tak pandai nak senyum kat orang, yang lain o.k C+ kikiki.. Dinner malam ni juga bersempena menyambut birthday ummi ammar..tq geng sudi meraikan kami..


Sambung Hari Ke Tiga

Khamis, 14 Jun 2012

AND PJ & Friend 4Ever terBaik ..

Terima Kasih kepada staff  "and pj" dan "kawan-kawan" yang wish birthday.   TQ very much..."set Kito jgn Pecoh.." 12-13/06/2012 saya m.c huhuhu

kepala saya berdenyut2 , pening melilau, pegi klinik bgth SAKIT KEPALA tapi DR ckp Pharyngitis . bagi ubat batuk , sakit tekak dan demam je, ubat sakit kepala tak bagi. tension betul la . pharyngitis tu sbb sya demam, saya demam sebab sakit kepala..sakit kepala sebab ?????







                                    special dari ummi, Casio Edifice EF 339BK 1A1V
http://4.bp.blogspot.com/-JF6712BTA-U/T2Z5ZRTOrOI/AAAAAAAABn4/cXZsvDO8Hzs/s1600/anon5.png