expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Cari Artikal

Khamis, 16 April 2020

Harini Salam sejarah covid-19

Simpan buat kenangan...hari ini 15/04/2020, hari pertama fasa 3 PKP.

Sejarah 2020 Negara🇲🇾

Mahu simpan di Facebook juga sebagai kenangan yang tidak akan dilupakan. Untuk dibaca dan diingati di tahun-tahun yang akan datang..🙂

Tidak akan sesekali dilupa....

18 MAC - 31 MAC 2020 [Fasa 1]
01 APR - 14 APR2020 [Fasa 2]
15 APR - 28 APR 2020 [Fasa 3]

Perintah Kawalan Pergerakan seluruh 🇲🇾

📍 Harga minyak jatuh sehingga RM1.30/liter

📍 Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.

📍 Semua sekolah dan pendidikan dilaksanakan di atas talian.

📍 Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan

📍 Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan

📍 Restoran dan kedai - kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus sahaja.

📍 Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.

📍 Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.

📍 Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta

📍 Konsert, pelancongan, festival, acara hiburan dibatalkan.

📍 Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan.

📍 Tiada lagi jemaah di masjid, dan rumah - rumah ibadat ditutup.

📍 Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu dibenarkan.

📍 Taman permainan kanak - kanak ditutup.

📍 Kekurangan stok penutup muka, gaun,
dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.

📍 Kekurangan alat bantuan pernafasan
bagi pesakit kritikal.

📍 Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan

📍 Rak - rak di kedai menjadi kosong.

📍 Kilang - kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.

📍 Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.

📍 Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.

📍 Sidang media dari Kementerian Kesihatan di udarakan setiap hari.

📍 Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari.

📍 Jalan raya menjadi kosong tanpa kelibat manusia.

📍 Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.

📍 Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.

📍 Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.

📍 Roti gardenia menjadi rebutan.

📍 "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang"

Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 Mac 2020 😭😭😭😭

Kenapa saya copy paste status ini?

Kerana, satu hari nanti ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang - orang yang kita sayang.
🤗🤗🤗

Nikmat mana lagi yang telah kita dustai?
Bersyukurlah dan sentiasa berterima kasih.
Lakukan kebaikan antara satu sama lain, sayangi antara satu sama lain dan sentiasa menyokong antara satu sama lain.

Kita semua adalah satu ! ❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️

Kredit tuan punya status D Fb

Jumaat, 27 Mac 2020

Apa yang perlu di lakukan Musim Covid 19



Stay At Home Guys!! 
Stay At Home Guys!!
Stay At Home Guys!!
Stay At Home Guys!!
Stay At Home Guys!!

Jumaat, 21 Februari 2020

KENAPA SAYA SAMBUNG BELAJAR



Kenapa saya sambung belajar?

1- Masa kursus induksi mula-mula kerja di minta untuk sambung . Tulis Matlamat berapa tahun lepas kerja akan sambung belajar .  Rupanya benda ni ada kesan .

2- Pada tahun 1997 ikut Konvo Ijazah Pak saudara , di UTM Skudai , dari situ dah semat dalam hati nak ikut jejak pak saudara menamatkan pengajian kat sini .  Sebab tu saya pilih UTM.

3- Saya ada 5 beradik, semua adik beradik pendidikan sama tahap diploma, Jadi saya kena sambung untuk pecahkan ruyong, moga anak dan anak sedara jadikan cabaran di masa akan datang.

4-   Dulu2 masa sekolah, ayah pengerusi PIBG, dia selalu bagitahu kami, di majlis kecemerlangan pelajar, dia hanya tengok anak-anak orang jer naik pentas, dia cakap nak juga tengok anak-anak dia naik pentas. Alhamdulillah dapat tunaikan hajatnya .

5- Wife nak suami dia jadi Engineer! haha tapi saya suka berniaga . 

Jumaat, 14 Februari 2020

MAJLIS KONVO UTM KALI KE 63 2019 @Skudai Johor


Trowback!!

Hari yang di tunggu-tunggu setiap graduan, selama 6 tahun menempuhi perjalanan menghadiri kelas setiap hujung minggu , hari sabtu pukul 2 petang sehingga 10 malam , hari ahad pukul 8.30 pagi sehingga 4 petang . itulah jadualnya .

Setelah berjuang selama itu akhirnya di anugerahkan Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian)









Terima Kasih kepada ibu bapa ,isteri dan anak2 yang banyak berkorban , tidak lupa juga kepada pensyarah dan kawan- kawan yang banyak membantu. Tahniah kepada semua graduan fakulti komputer kejuruteraan perisian.

terima kasih cikgu kelas tambahan sdr rafyiq dan sdr ijam .
terima kasih class mate sdr khairulzaman.

update : alfatihah buat saudara rafyiq yang telah kembali ke rahmatullah pada 20-12-2019, kena serangan jantung semasa berada dalam kelas untuk pengajian master di UPM. semoga rohmu di cucuri rahmat.
bersama Prof Dr Othman


terima kasih ibu dan ayah sudi datang meraikan.

terima kasih anak2ku
terima kasih isteri dan abangku

terima kasih anak2 saudara

bersama supervisor dan geng final year project

supervisor FYP Prof Dr Shahizan


bersama Master Ijam programmer
 

bersama arwah sdr rafyiq yag banyak tunjuk ajar, semoga kebaikanmu mendapat ganjaran di sana
jasamu sentiasa dalam ingatan, mohon sedekahkan 'al fatihah'kepada sahabatku.


bersama master khairuzaman dari sem 2 sehingga akhir sama2 langgar . 


Lapor ambil jubah dan raptai Majlis konvokesyen UTM Skudai 2019

TROWBACK!

Menghadiri raptai Majlis konvo UTM kali ke 63 di Skudai Johor di temeni anak2 dan isteri.












BERCUTI DI GRAND LEXIS PORT DICKSON


Rabu, 22 Ogos 2018

Selamat Hari Raya AidilAdha 2018



Raya Korban kali ni satu family kena kuarantin..tak boleh balik kampung dan tak boleh pergi mana-mana. 
http://4.bp.blogspot.com/-JF6712BTA-U/T2Z5ZRTOrOI/AAAAAAAABn4/cXZsvDO8Hzs/s1600/anon5.png