TAkziah UtK Keluarga AdK FARiS
Syahdu , sayu dan begitu menyentuh perasaan bila membaca kisah adik Faris di blog mazidul akmal sidik di sini , Semoga ayah dan keluarganya tabah ,
Semasa membaca entri mazidul kali ni dari FB ayanhnya "faris semakin kritikal, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah," teringat balik situasi genting berlaku pada my hero ammar iskandar sehari selepas menyambut hari lahirnya.
Masa tu dalam pukul 11 malam , my hero dah siap untuk tidur kat bilik tapi tak jadi sebab abi masih lagi tengok tv , my hero sambung main dengan belon yang dapat kat umah jiran sambut birthday sebelah petang .
Tengah main2 my hero terpijak belon dan terus terlentang . Sekali je dia menjerit memang kuat tp lepas tu terus senyap, Ummi dukung, peluk ammar, tapi dah tak bergerak , panggil pun tak de respon . serta merta mulut dan badannya berubah biru...ummi dah mula menangis , aku cepat2 dukung gosok badan ammar , masih tak de respon, tubuhnya dah mula kejang , masa tu memang keadaan panik , tak tahu nak buat apa.
gambar hiasan |
Untuk pastikan keadaanya kami hantar juga ke unit kecemasan hospital serdang..DR nasihat kena pantau dalam 24 jam takut ada siptom2 yang merbahaya melibatkan kecederan kepala. Alhamdulillah tiada apa yang berlaku..tapi sehingga kini kami masih trauma...semoga ammar sentiasa sihat selalu...aminnn
Tiada ulasan:
Catat Ulasan