Sambungan
Lepas makan rojak , kami terus ke pusat rawatan kajang plaza untuk tengok keadaan Umar Alif, kesian kat umar dah empat kali keluar masuk wad tahun ni, dua kali masuk wad di pusat perubatan islam Az zahra di bandar baru bangi dan dua kali kat sini, rasanya minggu lepas dah kena tahan 4 hari, minggu ni masuk lagi .
Kat tangan dah banyak tempat kene cucuk , cucuk masuk air, cucuk ambil darah , kat kaki pun kene cucuk untuk masuk air sebab kat tangan dah penuh kesan baru .
Asalnya umar demam panas, lepas tu doktor check dan suspek ada bektria dalam darah. Mungkin antibiotik yang di berikan sebelum ni masih tak serasi tu sebab demannya berulang.
Walaupun keadaan umar macam tu tapi dia tetap ceria dan berselera bila makan . Di harapkan umar terus kuat melawan penyakit supaya cepat sembuh dan demam tak berulang lagi . kepada Mizi dan Ain , di harapkan anda berdua tabah dan sabar dalam menempuhi ujian ni . Kami mendoakan umar cepat sembuh amin....
bersama uncle din |
tetap ceria walaupun tangan berbalut masuk air...-umar 7 bulan |
kepenatan..stress, macam2 di fikiran abah umar..-migi , ( banyakkan sabar ye gi..). |
sempat posing bersama hilmi |
berdekatan sate kajang hj samuri |
penat sungguh ayah umar..alhamdulillah umar da makin sihat skrg..harap2 masuk yg haritu yg last la hendak-NYA :) Tqvm uncle Mud, Uncle Din n Uncle Hilmi sbb lawat Umar :)
BalasPadamsama2 miz ain...;)
Padam