Khamis, 19 Januari 2012
the GENG @ Putrajaya
Hari last untuk tahun 2011 trip bersambug ke putrajaya..bawa kawan-kawan bersiar-siar di taman botani dan dataran putrajay
Bersambung Lagi Di Sini
| singgah solat asar dulu..yang wajib kena utamakan |
| taman botani tak de apa-apa yang menarik untuk anak-anak |
| ummi.mami dan ibu sedang tunggu suami2 check line |
| pusing-pusing tasik putrajaya dengan perahu dondang sayang |
| pemandangan matahari turun |
| MAsjid dan Pusat Pentadbiran Putrajaya |
| 3 buah sampan di gunakan untuk menampung 6 keluarga |
![]() |
| Posing di hadapan tasik |
![]() |
| Bersama Geng ,isteri dan anak2 |
![]() |
| Akil, Ammar dan Alif |
bersama family alif |
Bersambung Lagi Di Sini
Riadah Bukit Broga semenyih
Selepas pulang dari restoran hj samuri kitaorang sambung lagi bersembang sampai pagi. Selepas solat subuh kitaorang terus bergerak ke Bukit Broga . Hanya 4 orang yang turut serta iaitu abe ra dan pasangan nya nurse lina , padil dan aku. yang lain dah tak larat nak joint ...
p/s ; sebelum mendaki di nasihatkan tidak terlalu truja ..pastikan kereta anda berkunci , beg duit dan hp tidak tertinggal di dalam kereta ... ;-)
Bersambung Di Sini
Selepas pulang dari restoran hj samuri kitaorang sambung lagi bersembang sampai pagi. Selepas solat subuh kitaorang terus bergerak ke Bukit Broga . Hanya 4 orang yang turut serta iaitu abe ra dan pasangan nya nurse lina , padil dan aku. yang lain dah tak larat nak joint ...
p/s ; sebelum mendaki di nasihatkan tidak terlalu truja ..pastikan kereta anda berkunci , beg duit dan hp tidak tertinggal di dalam kereta ... ;-)
| pemandangan matahari terbit .. |
| trek menuju ke puncak broga , member sorang dah pancit lama tunggu baru muncul..selamat.. |
| pemandangan dari sebelah utara |
| menuju ke puncak bertembung dengan student nurse |
| troopong duluu yerrr |
| posing dulu sbelum perjalanan turun ke kaki bukit |
| jaguh ragbi pun kecut kat bukit broga |
| pasangan romantik geng semuara 84 ..member sebelah jelous jee tgk hahaha |
Bersambung Di Sini
Sate Kajang Hj Samuri
GATHERING DI SATE KAJANG HJ SAMURI GROUP 'SET KITO JANGAN PECOH'
Ikatan silaturahim kembali bertaut setelah masing-masing membawa haluan selepas habis sekolah menengah . Bermula dengan satu cadagan perjumpaan semula 5 sahabat dan isteri , Plan di atur 2 minggu sebelum cuti krismas yang lepas .
Ikatan silaturahim kembali bertaut setelah masing-masing membawa haluan selepas habis sekolah menengah . Bermula dengan satu cadagan perjumpaan semula 5 sahabat dan isteri , Plan di atur 2 minggu sebelum cuti krismas yang lepas .
Seorang bekerja tempat asal kelantan , sorang bekerja di kedah , seorang lagi berkerja di sabah dan dua pasangan termasuk kami dari lembah klang. Hari jumaat bermulaa trip seperti di rancang . Berjumpa di KLCC jalan-jalan di Aquaria . Sebelah malamnya dinner di Sate Kajanjg Hj samuri. Selepas makan semuanya ke rumah . Selamat datang kekawan ke teratak kami.
| kawan paling lewat sampai dari kedah .. |
| nyum..nyumm jamu selera sambil borak2 mengimabu kisah lamo... |
| Geng 84 smuara ..posing duluuu buat kenangan sebelum balik ke rumah |
Bersambung Hari KeDua
Rabu, 14 September 2011
Deko lampu Gantung Di ruang makan
Untuk DEko raya tahun ni sempat tukar lampu gantung je untuk ruangan makan. t.q En Hamizi kerana tolong tukarkan lampu yer...lain kali nak minta tolong lagi...hehehe...Lampu gantung kembar 3 beli di Bandar Baru Bangi selepas 5 kedai survey...perh cerewet gk aku ni yer...huuuu bukan apa nak betul2 yang berkenan di hati dan berdasarkan budjet yang tak seberapa. antara kerja-kerja yang sempat di snap...
| sedang setting kedudukan bagi sama panjang . sebelum membuat kerja2 pendawaian pastikan mempunyai sijil wayerman seperti en mizi.. |
| ok dah nyala ... |
| di gunakan untuk dril siling dan dinding.tq abu osmnia bg pinjam dril hehehe |
| antara lampu2 gantung yang ada di kedai.. |
Suasana ketibaan Syawal 1432H
Selamat Hari Raya AidilFitri 2011
1 syawal ummi menyiapkan juadah untuk di hidangkan kepada tetamu yang datang . aku dan ammar tolong apa yang patut je macam masuk kan biskut raya dan kerepek ke dalam bekas sampai lewat ammar tido malam tu. kerna perancangan last minit hanya beberapa menu je yang dapat di siapkan antaranya
Syawal lepas sekali lagi terpaksa beraya di perantauan kerana menunggu ummi yang terpaksa berkerja dan raya ke 3 baru dapat cuti . Tahun ni aku dapat cuti lebih dari seminggu mula dari 27 ogos sehingga 6 september . Walaupun beraya di perantauan cuba juga hidupkan suasana supaya tak terasa sangat hiba tak dapat balik ke kampung. sehari sebelum raya kitaorg mula kemas2 rumah dan halaman... ammar pun turut mengemas sekali...tahun ini hanya sempat tukar lampu gantung sahja ..last puasa pergi ke rumah abg di damasara damai utk berbuka puasa and lepas tu melilau ke jalan TAr keadaan jalan jem teruk .tak jadi nak singgah terus balik dan beli barang untuk persiapan juadah esk pagi.
1 syawal ummi menyiapkan juadah untuk di hidangkan kepada tetamu yang datang . aku dan ammar tolong apa yang patut je macam masuk kan biskut raya dan kerepek ke dalam bekas sampai lewat ammar tido malam tu. kerna perancangan last minit hanya beberapa menu je yang dapat di siapkan antaranya
nasi minyak , darca , ayam masak merah, nasi himpit nona dan lemang kitorang beli je. terima kasih ummi kerana sempat menyediakan juadah tersebut . terima kasih kepada tetamu yangn datang memeriahkan majlis yang tak seberapa. Mohon Maaf zahir dan batin .
| dah tak sabar nk pegi solat raya |
| Alhamdulliah tahun ni dapat beraya dengan my hero..dan juga tahu ni bertema Kuning tema kuning rumah pun cat bertema kuning sama dengan baju..hehehe | >
Isnin, 15 Ogos 2011
Tips Keselamatan - Mengelakkan Kecurian / Pecah Masuk
TIPS KESELAMATAN DI RUMAH - PENCEGAHAN JENAYAH seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia.
1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).
2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).
3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).
4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.
5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).
6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).
7.Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.
8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).
9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.
10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.
11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.
12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.
13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.
14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.
15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.
16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).
17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.
18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.
19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.
20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu masih mempunyai kunci pendua.
21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.
Langgan:
Catatan (Atom)


