expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Cari Artikal

Rabu, 14 September 2011

Deko lampu Gantung Di ruang makan

Untuk DEko raya tahun ni sempat tukar lampu gantung je untuk ruangan makan. t.q En Hamizi kerana tolong tukarkan lampu yer...lain kali nak minta tolong lagi...hehehe...Lampu gantung kembar 3 beli di Bandar Baru Bangi selepas 5 kedai survey...perh cerewet gk aku ni yer...huuuu bukan apa nak betul2 yang berkenan di hati dan berdasarkan budjet yang tak seberapa. antara kerja-kerja yang sempat di snap...


sedang setting kedudukan bagi sama panjang . sebelum membuat kerja2 pendawaian pastikan  mempunyai sijil wayerman seperti en mizi..

ok dah nyala ...
di gunakan untuk dril siling dan dinding.tq abu osmnia bg pinjam dril hehehe


antara lampu2 gantung yang ada di kedai..

Suasana ketibaan Syawal 1432H

Selamat Hari Raya AidilFitri 2011

Syawal lepas sekali lagi terpaksa beraya di perantauan kerana menunggu ummi yang terpaksa berkerja dan raya ke 3 baru dapat cuti . Tahun ni aku dapat cuti lebih dari seminggu mula dari 27 ogos sehingga 6 september . Walaupun beraya di perantauan cuba juga hidupkan suasana supaya tak terasa sangat hiba tak dapat balik ke kampung. sehari sebelum raya kitaorg mula kemas2 rumah dan halaman... ammar pun turut mengemas sekali...tahun ini hanya sempat tukar lampu gantung sahja ..last puasa pergi ke rumah abg di damasara damai utk berbuka puasa and lepas tu melilau ke jalan TAr keadaan jalan jem teruk .tak jadi nak singgah terus balik dan beli barang untuk persiapan juadah esk pagi.

1 syawal ummi menyiapkan juadah untuk di hidangkan kepada tetamu yang datang . aku dan ammar tolong apa yang patut je macam masuk kan biskut raya dan kerepek ke dalam bekas sampai lewat ammar tido malam tu. kerna perancangan last minit hanya beberapa menu je yang dapat di siapkan antaranya
nasi minyak , darca , ayam masak merah, nasi himpit nona dan lemang kitorang beli je. terima kasih ummi kerana sempat menyediakan juadah tersebut . terima kasih  kepada tetamu yangn datang memeriahkan majlis yang tak seberapa. Mohon Maaf zahir dan batin .
dah tak sabar nk pegi solat raya

Alhamdulliah tahun ni dapat beraya dengan my hero..dan juga tahu ni bertema Kuning


tema kuning rumah pun cat bertema kuning sama dengan baju..hehehe
 

Isnin, 15 Ogos 2011

Tips Keselamatan - Mengelakkan Kecurian / Pecah Masuk


TIPS KESELAMATAN DI RUMAH - PENCEGAHAN JENAYAH seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia.
1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).

7.Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran. 

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu masih mempunyai kunci pendua.
21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

Khamis, 11 Ogos 2011

PERMATA HATI , PENGIKAT KASIH KAMI AMMAR ISKANDAR


Alhamdulillah Ammar Iskandar Selamat Di Lahirkan  ..

abi minta maaf di saat ammar di lahirkan abi tiada di sisi ummi , masa sebelah malam ummi telefon cakap sakit perut masa tu abi ada kat rumah di KL bersiap untuk balik ..dua hari sblm tu abi bru sampai ke KL htr ummi dari kampung., ammar keluar melihat dunia sebelum azan subuh , lebih kurang pukul 5.30 pagi 13 jan 2010 hari rabu... ayah su ( suami mak suadara ummi ) yang tolong azankan di telinga ammar . Abi jumpa dengan ammar dah tghri masa wktu melwat hospital..semoga ammar menjadi anak yang soleh, beriman  dan membesar dengan sihat ..aminnn 
  
2 hari
SEMINGGU CUKUR RAMBUT SAMPAI BOTAK LICIN
7 hari
TIDUR DAN MINUM SUSU SAHAJA


 BUKA MATA TENGOK ORANG
45 hari

                           2 bulan
                                        



2 bulan 20 hari

GELAGAT 3 BULAN



3 bulan









GELAGAT 4 BULAN
DAH BOLEH MENAIRAP




4 bulan




GELAGAT 5 BULAN




GELAGAT 6 BULAN

SUKA POSING DAN BERGAYA





                                                   
                                                           GELAGAT 7 BULAN


GELAGAT 8 BULAN




GELAGAT 9 BULAN
SUKA SEPAHKAN PERMAINAN




GELAGAT 10 BULAN




GELAGAT 11 BULAN



GELAGAT 12 BULAN





GELAGAT 13 BULAN




GELAGAT 14 BULAN



GELAGAT 15 BULAN




GELAGAT 16 BULAN
SUKA PANJAT TANGGA







GELAGAT 17 BULAN



GELAGAT 18 BULAN
KEPALA DI BOTAKKAN SEKALI LAGI



GELAGAT 19 BULAN


GELAGAT 20 BULAN







Selasa, 9 Ogos 2011

Bazar Ramadhan dan kuih Akok .....

Masuk je bulan ramadan maka bazar- bazar ramadan  tumbuh bagaikan cendawan bagaikan bulan pesta makanan. Banyak kuih muih dan lauk pauk di jual untuk juadah berbuka puasa . setakat hari ini berkesempatan mengunjungi bazar ramadan serdang dan bazar Putra Permai . Harga makanan di antara 2 bazar ramadan ini ada perbezaan contohnya murtabak di serdang 2.00 ringgit sebiji dan di putra permai 3 ringgit sebiji . tetapi kuih dan lauk pauk lebih murah di bazar putra permai jika nak di bandingkan dengan serdang. Yang istimewa bazar putra permai ada kuih akok yang di jual 5 bij 2 ringgit. tapi rasanya tak boleh challenge lagi dengan akok sri jenut yang sedak sengoti. teringat pulak akok sri jenut di kampung halaman.. cuti seminggu sebelum raya ni ingat nak balik buat akok sri jenut ... 

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Yang penuh berkat..

ku Mengharapkan Ramadhan
Kali ini Penuh Makna
Agar Dapat Kulalui
Dengan Sempurna
Selangkah Demi Selangkah
Setahun Sudah Pun Berlalu
Masa Yang Pantas Berlalu
Hingga Tak Terasa ku Berada
Di Bulan Ramadhan Semula
Puasa Satu Amalan
Sebagaimana Yang Diperintahnya
Moga Dapat ku Lenturkan
Nafsu Yang Selalu Membelenggu Diri
Tiada Henti-henti
Tak Ingin ku Biarkan Ramadhan Berlalu Saja
Tuhan Pimpinlah Daku Yang Lemah
Mengharungi Segalanya Dengan Sabar
Kita Memohon Pada Tuhan Diberikan Kekuatan
ku Merayu Pada Tuhan Diterima Amalan
Selangkah Demi Selangkah
Dengan Rahmatmu Oh Tuhanku
ku Tempuh Jua

Rabu, 15 Jun 2011

bercuti di Pulau Perhentian Kecil Long Beach

Sempena cuti sekolah lepas join family ke pulau perhentian sempena cuti-cuti Malaysia . Jarak perjalanan dari jeti kuala besut ke pulau mengambil msa 30minit dengan menaiki bot laju dua enjin berkuasa kuda . Bertolak pukul 8 pagi dari rumah sampai 8.45..terus ke jeti untuk dapatkan bot yang sememangnya sudah di tempah khas..Kos perjalanan tambang bot RM70 pergi dan balik seorang  .semasa memasuki terminal berlepas perlu membayar RM5 lg seorang kepada pihak marin.







sampai di pulau 3 bot kecil menghampiri ala2 aksi lanun somalia...rupanya diorang berebut penumpang dari bot besar... sebab bot besar tak hantar sampai tepi pantai ,bot laju memang tak masuk rapat  ..cas RM2 seorang...



pemandangan kat sini memang lawa, 1st sampai, tengok panorama memang mempesonakan ..air lautnya macam cermin..kat dasarnya nampak macam cetek tapi pemandu bot cakap kalau turun kaki tak sampai kat tanah lagi...hihiihihi .....indahnya ciptaan Allah swt tersangat kagum ...



check in dulu dan terus cari kedai makan.harganya boleh tahan, nasi goreng satu pinggan 10 ringgit, tea ais 3 ringgit segelas..lepas makan masuk bilik tidoo dlu tunggu petang skit..tapi my hero dah mula mandi dengan ma penakangnya, mujur ada mak penakang yang suka melayan......dah tak hirau walaupun matahari  ats kepala ..asal boleh mandi....





alamak terbabas




dahaga..minum duluu 


 Sebelah malam aktiviti BBQ , minta kebenaran dengan pok dir tokey chalet a.k.a kwn tok bah ...

bakar ayam



 Keesokan pagi2 bersiap utk pergi snorkeling tgk kehidupan laut ... sekali lagi pengalaman yang takkan di lupakan...sangat2 menakjubkan sebab dapat bagi beratus ikan yang lawa2 datang kerumung makan kat tangan ,sambil  berenang dengan berbagai-bagai gaya dan corak mengikut kumpulan , selain tu dapat juga tgk batu karang berbagai bentuk yang cantik2....panorama yang susah utk di ceritakan ..cantik lagi dari apa yang dapat tengok kat akuarium..tersangat cantik dasar lautnya .....memang rugi kalau pergi pulau xpergi snorkeling ... kat situ jg dpt tgk penyu berenang dan ada kawasan shark point  ....
snorkeling tersangat besst
posing seblum balikk



http://4.bp.blogspot.com/-JF6712BTA-U/T2Z5ZRTOrOI/AAAAAAAABn4/cXZsvDO8Hzs/s1600/anon5.png