expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Cari Artikal

Rabu, 8 Ogos 2012

IFTAR Ramadan @ Ana Ikan Bakar Petai


Berkesempatan berbuka puasa dengan bro ju yang datang dari tampin bersama family. kali ini kitaorang berbuka puasa di restoran Ana Ikan Bakar petai di seksyen 15 Bandar Baru Bangi . Tiba kat sana lebih kurang pukul 7 petang..

Borak2 sambil tunggu menu sampai..Magrib dah masuk, ada beberapa menu lagi yang belum sampai.. berbuka dulu dengan kurma yang di sediakan, lepas tu solat magrib dulu di tempat yang telah di khaskan baru makan .




ikan bakar dgn petai

ikan jenahak masam manis

sotong tepung

Style Rambut Gaya Beckham untuk Raya


Kali kedua ammar gunting rambut kat kedai, masa mula2 gunting dulu  dok diam je..kali kedua nie banyak gerak la plak, tapi masih dalam kawalan...hihi


Standby untuk di gunting ..

 Kali nie buat gaya Spike mcm beckham, standby untuk raya ..hihi


 muka serius jee masa kena gunting, sekali sekala bergerak sebab gatal , hihi


Ok dah siappp... hensem tak??...gaya rambut ammar untuk raya 2012 .

Kurma dan Ramadan


Awal puasa ari tu,  staf PJ dapat kurma sempena kedatangan bulan puasa ,  Alhamdulillah dapat berbuka dan bersahur dengan kurma MBG  dan yussof tayyub wasen ..

.      






KELEBIHA KURMA BERDASARKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.

"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ajwah dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".

Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam



:" Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan- santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar.
Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :

"Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.

Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wataala.

Jumaat, 3 Ogos 2012

Majlis Penutup Gelanggan Boxing dan mandi di Lata Rek


Kat kampung ikut atok ammar memuhi jemputan majlis penutupan gelanggan boxing bertempat di kampung chucuh putri B . Setelah  tiga bulan anak2 muda kampung chucuh putri B berlatih boxing. Tiba la acara penutupan gelanggan boxing atau berlimau.

para penonton

paluan gendang dan tiupan serunai mengeringi peserta

sri kandi jemputan 

Lepas tengok penutupan gelanggan , berkesempatan mandi manda dengan ammar di lata rek 10km dari kampung manik urai .tempat ni antara tempat perkelahan di kelantan. masa g nie orang tak la ramai sangat. mandi sambil melayan my hero..



My Saga Blm Top Overhaul




Sebelum balik kampung ari tu , kereta blm keno top overhaul..asalnya masa dalam jem high temperature ..pegi check kat workshop suspek moto kipas mati.


tukar moto kipas baru denso rm250 
Lepas pasang balik, pomen masukkan air dalam radiator tapi air tendang semula, pomen ckp kena buat top overhaul..

Kena tinggal kat workshop 3 hari....masuk hari kedua , pomen telefon cakap timing belt plak crack ... tukar sekali ..pomen telefon hari ke 3 cakap dah siap .

harga cost  yang di repair adalah  top set gasket 200, skiim cylinder head 85, head valve 80 , radiotor cooling 35, thermostat 68, radiotor srvice 120, water hose 35, workmanhip 200...tukar timing belt 350..


bhg enjin

timing belt


gaskit
Lepas balik dari kampung, check balik ada leaking, bawa  hantar semula kat workshop. Pomen repair balik tempat leaking . mujur tak kena caj ..

Update : saya dah jual Saga Blm pada tahun 2014 .

http://4.bp.blogspot.com/-JF6712BTA-U/T2Z5ZRTOrOI/AAAAAAAABn4/cXZsvDO8Hzs/s1600/anon5.png