expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Cari Artikal

Isnin, 15 Ogos 2011

Tips Keselamatan - Mengelakkan Kecurian / Pecah Masuk


TIPS KESELAMATAN DI RUMAH - PENCEGAHAN JENAYAH seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia.
1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).

7.Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran. 

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu masih mempunyai kunci pendua.
21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

Khamis, 11 Ogos 2011

PERMATA HATI , PENGIKAT KASIH KAMI AMMAR ISKANDAR


Alhamdulillah Ammar Iskandar Selamat Di Lahirkan  ..

abi minta maaf di saat ammar di lahirkan abi tiada di sisi ummi , masa sebelah malam ummi telefon cakap sakit perut masa tu abi ada kat rumah di KL bersiap untuk balik ..dua hari sblm tu abi bru sampai ke KL htr ummi dari kampung., ammar keluar melihat dunia sebelum azan subuh , lebih kurang pukul 5.30 pagi 13 jan 2010 hari rabu... ayah su ( suami mak suadara ummi ) yang tolong azankan di telinga ammar . Abi jumpa dengan ammar dah tghri masa wktu melwat hospital..semoga ammar menjadi anak yang soleh, beriman  dan membesar dengan sihat ..aminnn 
  
2 hari
SEMINGGU CUKUR RAMBUT SAMPAI BOTAK LICIN
7 hari
TIDUR DAN MINUM SUSU SAHAJA


 BUKA MATA TENGOK ORANG
45 hari

                           2 bulan
                                        



2 bulan 20 hari

GELAGAT 3 BULAN



3 bulan









GELAGAT 4 BULAN
DAH BOLEH MENAIRAP




4 bulan




GELAGAT 5 BULAN




GELAGAT 6 BULAN

SUKA POSING DAN BERGAYA





                                                   
                                                           GELAGAT 7 BULAN


GELAGAT 8 BULAN




GELAGAT 9 BULAN
SUKA SEPAHKAN PERMAINAN




GELAGAT 10 BULAN




GELAGAT 11 BULAN



GELAGAT 12 BULAN





GELAGAT 13 BULAN




GELAGAT 14 BULAN



GELAGAT 15 BULAN




GELAGAT 16 BULAN
SUKA PANJAT TANGGA







GELAGAT 17 BULAN



GELAGAT 18 BULAN
KEPALA DI BOTAKKAN SEKALI LAGI



GELAGAT 19 BULAN


GELAGAT 20 BULAN







Selasa, 9 Ogos 2011

Bazar Ramadhan dan kuih Akok .....

Masuk je bulan ramadan maka bazar- bazar ramadan  tumbuh bagaikan cendawan bagaikan bulan pesta makanan. Banyak kuih muih dan lauk pauk di jual untuk juadah berbuka puasa . setakat hari ini berkesempatan mengunjungi bazar ramadan serdang dan bazar Putra Permai . Harga makanan di antara 2 bazar ramadan ini ada perbezaan contohnya murtabak di serdang 2.00 ringgit sebiji dan di putra permai 3 ringgit sebiji . tetapi kuih dan lauk pauk lebih murah di bazar putra permai jika nak di bandingkan dengan serdang. Yang istimewa bazar putra permai ada kuih akok yang di jual 5 bij 2 ringgit. tapi rasanya tak boleh challenge lagi dengan akok sri jenut yang sedak sengoti. teringat pulak akok sri jenut di kampung halaman.. cuti seminggu sebelum raya ni ingat nak balik buat akok sri jenut ... 

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Yang penuh berkat..

ku Mengharapkan Ramadhan
Kali ini Penuh Makna
Agar Dapat Kulalui
Dengan Sempurna
Selangkah Demi Selangkah
Setahun Sudah Pun Berlalu
Masa Yang Pantas Berlalu
Hingga Tak Terasa ku Berada
Di Bulan Ramadhan Semula
Puasa Satu Amalan
Sebagaimana Yang Diperintahnya
Moga Dapat ku Lenturkan
Nafsu Yang Selalu Membelenggu Diri
Tiada Henti-henti
Tak Ingin ku Biarkan Ramadhan Berlalu Saja
Tuhan Pimpinlah Daku Yang Lemah
Mengharungi Segalanya Dengan Sabar
Kita Memohon Pada Tuhan Diberikan Kekuatan
ku Merayu Pada Tuhan Diterima Amalan
Selangkah Demi Selangkah
Dengan Rahmatmu Oh Tuhanku
ku Tempuh Jua
http://4.bp.blogspot.com/-JF6712BTA-U/T2Z5ZRTOrOI/AAAAAAAABn4/cXZsvDO8Hzs/s1600/anon5.png