expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Khamis, 24 Mei 2012

Kelantan Juara Piala FA 2012


Tahniah kepada The Red Warrior kerana berjaya menjulang Piala F.A buat kali pertama selepas 22 tahun di pertandingkan. Maka Lengkaplah koleksi piala yang di pertandingkan dalam liga malaysia. Pertandingan yang telah di menangi kelantan  piala fam,piala presiden,piala liga perdana, piala liga super,piala sumbangsih,piala malaysia,dan piala fa .

Semangat membara di tunjukan penyokong TRw, ahli keluarga juga datang dari kampung....kerana ramai yang datang terpaksa bagi tempat dengan my bro yang tinggal kat sg buluh . separuh bermalam kat umah aku . separuh lagi kat sg buluh.

sehari sebelum perlawan,dapatkan tiket dulu

bawa my hero pgi kenduri.
Yang dari kampung diaorang bertolak ke stadium dulu, sebab aku nk pergi majlis kenduri kawan my wife kat putrajaya . lepas balik kenduri lebih kuranng pukul 5.30 petang bertolak ke stadium.
penyokong yang belum msuk ke stadium

bersama abe ra ..

beratur utk masuk stadium
Sampai kat stadium, tengok tingkat 1dan 2 sudah dah penuh. tingkat 3 hampir penuh tapi tinggi sangat . Selik menyelit dapat juga dok tingkat dua ..
totaly red warrior supporter pandagan sebelah kanan


pandangan sebelah kiri
 Stadium penuh dengan ribuan penyokong the red warrior. tapi Perlawanan kali ni agak hambar . akhir perlawanan kelantan menang dengan jaringan panelti 1-0 . tahniah di ucapkan kepada semua pemain dan penyokong ..
kibar dlu..gomo klate gomo

pok sdro blanja makan
Habis game kitaorang pergi makan , pak sdara dari jengka blanja makan di restoran area putra permai.

pekena siakap stim

warih waroh dari kampung
Jumpa lagi di final akan datang . gomo klate gomo.

jalan2 pusing the mines dengan jersi The Reds Warrior Sempene kemenangan 

Selasa, 22 Mei 2012

Demonstrasi Kebakaran 2012



Minggu lepas satu Demostrasi Mengawal kebakaran telah di adakan di perkarangan opis kami, demo memadam kebakaran ni di anjurkan oleh pihak osh selangor . 

Sebelum demo, taklimat di berikan terlebih dahulu oleh pihak yang terbabit.  Anggota semua unit yang berada di ibusawat terlibat .     

persis nurul izzah memberi ucapan
taklimat dan penerangan di sampaikan oleh en kumar bhgn osh selangor

kakitangan wanita turut hadir


demo kebakaran 1.0
  Selepas taklimat dan cara2 penggunaan alat pemadam kebakaran di berikan , bermula la demo cara2 memadam kebakaran .
langkah pertama ambil alat pemadam , tarik picu dan hala ke arah api .pastikan hose tidak melawan arah angin .

Pengawal kesalamat bangunan turut mengambil bahagian

staff wanita melawan api


Jumaat, 18 Mei 2012

Lunch Di Restoran Saba Cyberjaya




Awal bulan 5 baru nie , opis floor 4 ada buat jamuan makan tengahari di restoran saba cyaberjaya. Restoran nie terkenal dengan nasi arab dan menu dari arab.   kitaorang bertolak ke sana pukul 12.30 tghri.. ni kali pertama ana ke sana, mengagau juga la cari kedai..sume bos floor 4 dah sampai msa kitaorang sampai...hihi

order duluu..

menu
 untuk menu pertama datang nasi bersama lauk berbungkus dengan kuantiti 6 orang makan .ada kambing, daging dan ayam.. beras nya panjang2 tapi tak muak bila makan.

Menu kambing
habis round pertama, datang lgi menu ke dua ayam masak jenis lain plak..sambung lgi makan, sebab nak try rasa ayamnya, nampka macam sedap..emmmm boleh tahan..
menu ayam

menu ayam lg

semeja dengan otai2 tm serdang
Lepas makan perut dah kenyang ... posing2 dulu sementara tunggu yang lain siap makan, ingatkan masakan ayam tadi penutup hidangan rupanya datang lagi kebab daging campur..try laa juga rasa kebabnya..so good..memang sedap.. .. 
kebab buka dlu tg isi dalam..

staf wanita and pj

geng AND p.j

nak datang lgi laa kat sini nnt bawa my wife..hihi apapun tq bos2 yang sponsor lunch kitaorang kali nie..terima kasih daun keladi

WoRdLeEs iTu iNi


Awas speedtrek sebelum sampai ke kg Laloh .

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.

Isnin, 14 Mei 2012

Perlawanan Akhir PIALA FA Sime Darby VS Kelantan



Pemain ke 12 Kelantan Red Warrior Siap sedia Ke Bukit Jalil

jersi sudah ada
tiket final sudah ada
tunggu  pitu pagar bukoo jah 19 mei nie ...bo lawe staro demo... gomo klate gomo ......

Jumaat, 4 Mei 2012

Gambar perjalanan Dan Baby Alia Arissa


oooo ooo balik kampung , kali last balik kampung raya cina ari tu, rasa lama dah tak balik, tahun lepas tiap2 bulan balik kampung....sempena cuti hari pekerja dapat smbung cuti panjang skit kali nie . atuk ammar dok ajak masuk bukit tanam getah..masuk laa jga 3h2m kat sana.

Bertolak balik pukul 10.00 mlm singgah umah adik ipar di kg sang lee , bermalam kat situ . Pukul 8.30pg sambung perjalanan .



semasa perjalanan ternampak bukit di litupan awan , teringat pemandangan sama  macam kat gunung kinabalu ,
  
Syukur itu nikmat sign board sempadan pahang kelantan

Sampai kat m.urai lebih kurang pukul 2 petang, Nak htr ammar  kt umah tok ma sbb abi nk msuk bukit bertolak terus ke pasir putih .

  Singgah jap umah kakak ipar  tengok anok sedara baby born Alia Arisa kat machang . Anak kedua Solahuddin . masa mula2 tgk ari tu kecik jeee..tgk kli nie dah tembam sbjik mcm abgnya adam afiq masa kecil.  

Alia Arissa


ammar nak adik juga
my hero pun teruja bila tengok baby. nak balik pun tak mahu selagi xdpt cium pipi baby,..hihi 

Dalam perjalanan kelihatan banyak bendera parti memenuhi segenap ruang tepi jalan. Suasana pilihanraya dah terasa kat sini..Kelihatan bendera parti bulan dan dancing . Ada  yang menyokong dacing, ada yang menyokong bulan, ingatkan sume org kalate sokong bulan....nie kerana kjaan pusat sanggup mengamalkan sikap pilih kasih kat negeri kelantan. apapun royalti minyak hak rakyat kelantan iaitu yang menyokong dacing atau bulan......





            amanda sepupu ammar baru 6 bulan dah boleh merangka , sama comel sama aktif

Service brake dan Tukar brake pads

Sebelum balik kampung  minggu lepas , hantar bmw opss silap htr BLM  untuk service brake di workshop berdekatan rumah . Sebelum ni masa service minyak enjin, pomen dah 2x bagi cadangan untuk tukar brake pads. tapi kali nie sebab nak buat perjalanan jauh perlu service juga untuk keselamatan .

Alang2 service, minta pomen tgk brake belakang takut2 haus jgk, tpi pomen just ejas spring saja . dia cakap blh guna lagi.  Caj yang di kenakan Tukar minyak brake RM36 , Tukar brake pads jenama vins Rm135.00, caj upah brake bliding RM19 .   

Tapi semasa perjalanan balik kampung rasa brake macam tak berapa nak grip,tak seperti sebelum tukar . Sebab masa turun bukit 7 di merapoh  hampir2 langgar lori . mujur sempat elak .   Rasa tak puas hati plak. apa lagi yang tak kena yee.. ke brake pads xsesuai .





sedut minyak brake yg kotor

beza brake pads yang haus dan yang baru

jenama brake pads

ejas spring brake belakang



Taklimat Foms (Fiber Optik Monitoring System)


Kali ni taklimat khas foms di adakan oleh pihak ibms yang telah menjemput pakar iaitu en Nakajima dan en takada dari Tokyo .  Taklimat dan perbiincagan di mulakan pada pukul 10.00 pagi seperti jadual . semasa kami sampai diaorang dah ada sebelum pukul 10.00 lagi. Ketepatan masa memang  tradisi orang jepun. Perlu di contohi oleh kita .

Wakil dari ibms, anoc, cvg , , fjk dan nims .


orang2 kuat wakil AND / penerima award


Taiko foms Mr Low  kening yang unik
 Selepas sesi taklimat , turun ke site untuk lawatan dan troubleshoot di putra mahkota.
demo cara  troubleshoot  oleh en takada dan nakajima yang sangat2 friendly

site visit dan bergambar bersama team Foms  
http://4.bp.blogspot.com/-JF6712BTA-U/T2Z5ZRTOrOI/AAAAAAAABn4/cXZsvDO8Hzs/s1600/anon5.png