expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Cari Artikal

Jumaat, 4 Mei 2012

Jalan-jalan Genting Higland 2012


Sempena Cuti pertabalan  Agong , bawa family jalan-jalan ke genting highland, lagi pun ummi lama dah dok ajak nak naik sana,  last kitaorang pegi masa baru2 kawin. Pegi ni pn nak mengimbau kngan dlu2..hihi

Bertolak ke sana dalam pukul 12.00 tghri, berhenti makan tengahri di Sri Gombak, Kedai nasi campur tepi stesen minyak. Lepas tu sambung perjalanan .    

Sampai goh tong jaya dalam pukul  2.15ptg  singgah dulu di taman strawberi , pusing-pusing dulu kat taman strawberi sambil2 pikir nk naik nga kereta sampai puncak atau parking kat kabel car je.



buah strawberi
Kat taman strawberi lebih kurang je dengan cameron highland , kalau nak boleh petik sendiri cuma bawa bakul yang di sediakan , 2 orang maksima 1 bakul.
malu2 dah nak posing
Lepas pusing-pusing, ambil keputusan untuk parking di goh tong jaya untuk naik kabel car, tu pun lepas tengok orang tak ramai sangat , Masa nak beli tiket terserempak dengan ustLan dan kelurga, kawan dari kampung tapi mengajar di kuala kubu baru. Harga tiket cable car Rm12 ringgit/orang untuk pergi dan balik. start  jan 2012 baby pun turut di kenakan tiket harga sama macam dewasa.

pemandangan dari kereta kabel

hotel genting

Sampai kat puncak lebih kurang pukul 4.30 petang , Cuaca mendung dan masih dingin macam dlu2. Kelihatan pelancong india lagi ramai dari pelancong arab mungkin bukan musim plncgn arab lgi hehe, kali nie kitaorang jalan-jalan sebelah indoor je tak larat nak kawal my hero terlalu aktif  lepas sihat dari demam .

 Bawa naik keta api ulat gongok pusing genting, Rm8 seorang . ketapi ulat nie dia pusing dari indoor sampai ke outdoor , leh la tgk taman permaianan outdoor dan kawasan sekitar genting . lebih kurang 20 minit perjalanan untuk menghabiskan pusingan.


Lepas tu naik kuda berpusing berserta muzik , tiket  RM8 sama dengan permaianan lain , tp masuk free utk penjaga , 5-6 kali pusing baru kuda berhenti .  masa nie my hero takut sikit sebab xbiasa naik kuda besar .

Lepas naik kuda makin teruja pula nak main permaianan lain , minta nak naik kereta pula, mula2 ummi tak bagi sebab takut dia menagis dok sorang dalam kereta, lagi pun tengok kereta tu bergerak laju sangat . tapi bila nampak nak naik sangat, bagi laa juga..banyak2 keta dia pilih ambulance ..dalam 5 kali pusing replika menara paris baru kereta berhenti..
    
Lebih kurang pukul 8.00 malam baru kitaorang turun . sebelum tu sempat lagi my hero pulas stereng keta video game. minat sangat strreng.  sampai sekarang sebelum kereta bergerak kena bagi dia pulas dulu baru dia tak merajuk.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhFw0Pey0Xh9FusCUaru47sancuUt8V-vGzfO2wTsxW_c2JqQ8ePygXdbnbflqv4mD-c-OVzNWz7jFxnY9icwut4f8uW6QMKTizUBvzfqb7jVMkzgVdc4_q1xqV58BpxgnuvkeONXOF1i4/s1600/anon5.png