expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Cari Artikal

Sabtu, 22 September 2012

Jalan-jalan Melaka 2d1n


Sempena Cuti Malaysia lepas bawa ammar jalan-jalan kenal bandar melaka dan melawat sepupu ummi yang baru dapat baby di jasin , bertolak dari umah pukul 10.30 pagi exit tol kajang terus ke melaka dan masuk tol ayer keroh lebih kurang pukul 1 lebih . Jalan jem selepas tol . 

pintu gerbang ayer keroh

 Sampai kat melaka call chechik yang keje kat sana jadi guide kami . Sebelum tu cari tempat dulu utk bermalam, kitaorang pilih semabuk inn sebab dekat dengan chechik .

Lepas tu terus ke kuaters klinik kesihatan merlimau untuk tengok sepupu ummi yang baru dapat baby , singgah makan di  restoran kari kepala ikan area semabuk . dalam perjalanan singgah beli air coconut shake di kampung Alai , kat sini ramai yang jual air coconat shake di tepi jalan .

gerai hadapan sekolah keb Alai

beratur dulu.. harga RM 2.20 stp satu
               Sampai di kuaters klinik kesihatan jasin, rupanya sepupu ummi baru bertolak balik kampung .  Jadi kitaorang terus balik dan masuk jalan-jalan di bandar melaka . Parking kereta di belakang dataran pahlawan . masuk pusing-pusing dalam bangunan yang menjual ole-ole, barangan cenderahati dan pusat beli belah .
ammar dah dapat buih sabun
muzium kapal perang
 ammar dah teruja tgk bot
Mula-mula ammar menyasuri sungai melaka, tengok kincir air , tengok replika meriam perang dan menaiki beca berhias dan bermuzik ..sekali pusing rm15 dari bandar hilir ke A famosa .
try naik beca berhias


Lepas tu masuk ke Jonker street ..tempat nie menjual barang-barang kraftangan spt jed dan antik . Sebelah petang hari minggu ada pasar malam   .

Panjat bukit st paul yang boleh tahan juga tingginya..dari bukit st paul dapat lihat Pemandangan Selat Melaka  dan sekitar bandar hilir . Atas bukit rupanya ada peninggalan gereja yang di bina pd thn 1521 . 


pemandangan menara taming sari


posing dulu

berhenti rehat jap dah semput ...
Bergambar di kubu A’ Famosa mercu tanda bandar kota melaka peninggalan Portugis yang di bina pada 1511.  


kubu A Famosa


Sebelah malam plak naik menara taming sari , masa nie orang tak de la ramai sangat untuk beratur .
masa nie ammar pun dah ngatuk tapi bersemngat nak naik . menara berpusing 360 bila sampai atas. .  tiket menara taming sari rm15 seorang untuk dewasa rm10 untuk kanak2 .
muka ngatuk hihi
chechik sbg guide

Lepas naik menara  taming sari, ammar minta nak naik river cruise pula..yang nie orang betul2 ramai. sampai kena beratur panjang . Ammar dah dapat naik baru diam .. kalau tak asyik cakap "lambatnyeee.." river cruise menyusuri sungai melaka sepanjang lebih kurang 6km pergi dan balik yang melalui kg2 warisan dan tradisional melaka.. tiket berharga Rm10 dewasa .

pemandagan air one melaka




 Lepas penat berjalan masa untuk makan.. chechik bawa makan di medan ikan bakar sg duyun . kat sini kita boleh pilih 2 jenis masakan untuk seekor ikan dan harga yang berpatutan .
siakap masam manis
 Hari kedua di melaka , jalan-jalan ke taman Buaya . kat sini dapat tengok pertunjukan dari kru yang memasukkan duit menggunakan mulut dan memasukkan tangan ke mulut buaya . Lepas tu ammar naik kereta api dan kereta langgar . dan mandi kolam ...layaaaann...









 
 
 





Sabtu, 15 September 2012

Jamuan Hari Raya ND Petaling Jaya


          Pada 6 september lepas opis ada buat jamuan hari raya sempena kedatangan bulan syawal . Jemputan dari warga and pj dan unit-unit lain dari hq , vendor dan kontraktor.

         Menu nasi minyak dan lauk tapi kali nie yang menariknya setiap manager perlu menyediakan satu manu dari menu yang tersebut iaitu Talam + Caramel, Coktail , Roti Jala, Rojak Buah, Buah tembikai + Anggor, Laksa Johor, cendol/ABC, Lembaran Cocos,dan  Bihun Tomyam + Kuih Cara .

      
 

kali nie ramai pakai baju melayu tema hijau

standby utk makan

warga And PJ

team bersama manager menyiapkan hidagan rojak buah
lokasi majlis

Gerai ABC

sri kandi and pj


tetamu dari hq sedang menjamu selera



Jumaat, 14 September 2012

Kenduri kawan-kawan


Selamat Pengantin Baru di ucapkan kepada rakan setugas Fazli dan isteri Serta Nurul Asyikin dan Suami...

Semoga majlis yg di adakan mendapat kerberkatanNya dan Hubungan yang di bina Kekal Bahagia hingga akhir hayat ..aamiin..

majlis fazli

rakan sekerja yang hadir di majlis fazli

majlis perkahwinan syikin

Birthday party Akid Adli 1 tahun


Selamat Hari lahir Akid adli pada 22-08-2012 semoga menjadi anak yang soleh dan membesar dengan sihat dan kuat ucapan dari abang ammar dan keluarga ..

muka dua-dua baru bangun tidoo

acara potong kek padang bola

Isnin, 10 September 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H@2012




Tahun nie awal sikit dapat balik beraya di kampung , tahun lepas raya ke 3 kitaorang baru dpt balik... Kali nie wife dapat cuti 1 minggu, mula hari khamis sebelum raya sampai la raya ke 6 .. sempat la kami berbuka puasa bersama family...

Kali nie balik ikut simpang pulai sebab ambik kakak di sg buluh terus ke tapah - simpang pulai - cameron highland - gua musang - k.krai
sebelum exit tapah ada exciden baru berlaku, penunggan moto maut serta merta.



berhenti rehat di cameron jap ..sambil2 sedut udara dingin
 Tahun nie plan beraya di pasir puteh umh mertua tp malam raya my dad ada buat bakar satay plak..jadi malam tu balik dlu manek urai ..hihihi.. tapi pagi raya sembahyang raya di pasir puteh....mujur la dekat jee..hihi

abg adam n ammar



Bergaya Di Pagi Raya

1st ammar pergi solat sunat aidil fitri , sma2 dgn tok bah , abi n ummi.. lepas siap solat ammar dah tertido masa mendengar khutbah ...hihi


.
Hari Raya Ke Dua
Raya ke Dua setiap tahun akan dia adakan perjumpaan keluarga anak2 pakteh (perkapak)  bertempat di Kg Bukit Abal Pasir Puteh , pakteh tu arwah datuk sbelah ayah aku..tahun ni dah masuk 12 tahun perjumpaan ni di adakan semasa pakteh n makteh msih ada lagi...ammar x sempat kenal ..   

Surat jemputan n minit mesyuarat

Perjumpaan tahun nie di adakankan di rumah cikgu suwati anok maklong , dan kali pertama di buat lps solat asar .
 Ahli keluarga berkumpul dan solat asar berjemaah .. lepas tu mesyuarat di mulakan dengan  ucapan dari  Pengerusi perkapak (ayoh ammar) , ucapan dari ahli2 dan agihan hamper kepada semua ahli yang dah berkeluarga . ..Acara agihan duit raya untuk anak-anak juga di jalankan sepanjang tahun sumbangan perkapak dan ahli .  

pgrusi perkapak tgh bg ucpan

s/u perkapak chu nan

timb s/u menyampaikan hamper kpd ahli plng senior dlm perkapak Mak long  yg sedikit uzur
setiap family dpt hamper  , Domi Ajk rekriasi

agihan duit raya kepada anak-anak ahli perkapak 

ammar pun dapat duit raya
Bersalam dan bermaafan diantara ahli dan keluarga dulu, sebelum ke acara jamuan ,..Lepas makan-makan semua ahli bergerak menziarahi kubur dan bertahlil bagi memperingati arwah2 yg dah pergi.. Kubur yg  terletak  berhampiran sekolah menegah sri maharaja  dan kawasannya ada kubur tuan guru hj daud  bukit Abal salah seorang ulamak yg terkenal di kelantan . 
brslam dan bermaafan sesama anggota kluarga


ziarah kubur n tahlil



atuk ammar brgmbar bsama adk brdik nya



http://4.bp.blogspot.com/-JF6712BTA-U/T2Z5ZRTOrOI/AAAAAAAABn4/cXZsvDO8Hzs/s1600/anon5.png