expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Cari Artikal

Sabtu, 22 September 2012

Jalan-jalan Melaka 2d1n


Sempena Cuti Malaysia lepas bawa ammar jalan-jalan kenal bandar melaka dan melawat sepupu ummi yang baru dapat baby di jasin , bertolak dari umah pukul 10.30 pagi exit tol kajang terus ke melaka dan masuk tol ayer keroh lebih kurang pukul 1 lebih . Jalan jem selepas tol . 

pintu gerbang ayer keroh

 Sampai kat melaka call chechik yang keje kat sana jadi guide kami . Sebelum tu cari tempat dulu utk bermalam, kitaorang pilih semabuk inn sebab dekat dengan chechik .

Lepas tu terus ke kuaters klinik kesihatan merlimau untuk tengok sepupu ummi yang baru dapat baby , singgah makan di  restoran kari kepala ikan area semabuk . dalam perjalanan singgah beli air coconut shake di kampung Alai , kat sini ramai yang jual air coconat shake di tepi jalan .

gerai hadapan sekolah keb Alai

beratur dulu.. harga RM 2.20 stp satu
               Sampai di kuaters klinik kesihatan jasin, rupanya sepupu ummi baru bertolak balik kampung .  Jadi kitaorang terus balik dan masuk jalan-jalan di bandar melaka . Parking kereta di belakang dataran pahlawan . masuk pusing-pusing dalam bangunan yang menjual ole-ole, barangan cenderahati dan pusat beli belah .
ammar dah dapat buih sabun
muzium kapal perang
 ammar dah teruja tgk bot
Mula-mula ammar menyasuri sungai melaka, tengok kincir air , tengok replika meriam perang dan menaiki beca berhias dan bermuzik ..sekali pusing rm15 dari bandar hilir ke A famosa .
try naik beca berhias


Lepas tu masuk ke Jonker street ..tempat nie menjual barang-barang kraftangan spt jed dan antik . Sebelah petang hari minggu ada pasar malam   .

Panjat bukit st paul yang boleh tahan juga tingginya..dari bukit st paul dapat lihat Pemandangan Selat Melaka  dan sekitar bandar hilir . Atas bukit rupanya ada peninggalan gereja yang di bina pd thn 1521 . 


pemandangan menara taming sari


posing dulu

berhenti rehat jap dah semput ...
Bergambar di kubu A’ Famosa mercu tanda bandar kota melaka peninggalan Portugis yang di bina pada 1511.  


kubu A Famosa


Sebelah malam plak naik menara taming sari , masa nie orang tak de la ramai sangat untuk beratur .
masa nie ammar pun dah ngatuk tapi bersemngat nak naik . menara berpusing 360 bila sampai atas. .  tiket menara taming sari rm15 seorang untuk dewasa rm10 untuk kanak2 .
muka ngatuk hihi
chechik sbg guide

Lepas naik menara  taming sari, ammar minta nak naik river cruise pula..yang nie orang betul2 ramai. sampai kena beratur panjang . Ammar dah dapat naik baru diam .. kalau tak asyik cakap "lambatnyeee.." river cruise menyusuri sungai melaka sepanjang lebih kurang 6km pergi dan balik yang melalui kg2 warisan dan tradisional melaka.. tiket berharga Rm10 dewasa .

pemandagan air one melaka




 Lepas penat berjalan masa untuk makan.. chechik bawa makan di medan ikan bakar sg duyun . kat sini kita boleh pilih 2 jenis masakan untuk seekor ikan dan harga yang berpatutan .
siakap masam manis
 Hari kedua di melaka , jalan-jalan ke taman Buaya . kat sini dapat tengok pertunjukan dari kru yang memasukkan duit menggunakan mulut dan memasukkan tangan ke mulut buaya . Lepas tu ammar naik kereta api dan kereta langgar . dan mandi kolam ...layaaaann...









 
 
 





1 ulasan:

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhFw0Pey0Xh9FusCUaru47sancuUt8V-vGzfO2wTsxW_c2JqQ8ePygXdbnbflqv4mD-c-OVzNWz7jFxnY9icwut4f8uW6QMKTizUBvzfqb7jVMkzgVdc4_q1xqV58BpxgnuvkeONXOF1i4/s1600/anon5.png