expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Cari Artikal

Ahad, 24 Oktober 2010

Tahniah kelantan Melanngkah Ke Final Gomo Klate Gomo..


Alhamdullilah.Tahniah dan Terima kasih barisan pemain dan penyokong The Red Warriors. Kegembiraan tidak terhingga para penyokong Kelantan seluruh dunia meraikan kemenangan perlawanan pada milik ini yang mengesahkan tempat ke perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2010 seperti ulangan perlawanan akhir tahun lepas apabila sah bertemu Negeri Sembilan.


Alhamdullilah syukur jaringan pemusnah Norshahrul Idlan Talaha berjaya meranapkan segala impian penyokong Kedah dan pengurus pasukan Kedah yang penuh yakin dapat menumbangkan Kelantan.

Kejayaan ini telah memadamkan segala sejarah buruk Kelantan di stadium Sultan Muhammad ke 4 setiap kali perlawanan penting dengan Kedah.

Perlawanan akhir menentang Negeri Sembilan merupakan perlawanan idaman bagi penyokong Kelantan kerana mengganggap perlawanan ini akan dijadikan misi membalas dendam yang terluka pada tahun lalu.

Setiap kali pasukan The Red Warriors menghadiahkan kemenangan bolehlah kiranya kita para penyokong menghadiahkan Al-Fatihah kepada arwah penyokong kita yang terkorban ketika menyaksikan kehebatan pasukan kita dan sebagai tanda kesyukuran kita. Semoga pemergian mereka diberkati dan dirahmati sebagaimana kegembiraan yang kita kecapi daripada pasukan The Red Warriors.

KITA AKAN PASTIKAN BUKIT JALIL DIBANJIRI LAUTAN MERAH YANG AKAN MEMENUHI SEGENAP RUANG BUKIT JALIL.
GOMO KELATE GOMO.JUMPA DI BUKIT JALIL. TAHNIAH SEMUA PENYOKONG THE RED WARRIORS

 
Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Rabu, 20 Oktober 2010

Produk SD II


Bercakap mengenai produk Slim Diet 2 (SDII) ini sememangnya tidak boleh tidak kita perlu faham secara ringkasnya mengenai 2 perkara utama ini iaitu; Indeks Jisim Badan (Body Mass Index-BMI) dan Kalori/Tenaga (Calorie).
Untuk  pemahaman yang lebih jelas BMI ialah alat pengukur jisim badan kita. Ianya menentukan jisim semasa badan kita samaada kurus, seimbang, gemuk atau terlebih gemuk (obesiti). Kalori pula merujuk kepada tenaga dan diukur dalam bentuk kcal. Tenaga ini ialah apa yang kita dapat melalui pemakanan harian. Setiap apa yang kita makan akan mengandungi nilai kalori. Banyak atau sikit bergantung kepada jenis makanan tersebut (protien, gula, garam, air, karbohidrat dan lain-lain).
Kedua-duanya memainkan peranan terhadap jisim badan kita. Secara ringkasnya; lebihan kalori yang tidak digunakan menyebabkan lemak/kolesterol dan semakin hari akan menyebabkan kegemukan/obesiti. Lemak diperlukan didalam badan tetapi perlu dikawal sekiranya berlebihan. Ukurlah BMI anda dan rujuk pada jadual standard BMI. Melalui jadual tersebut, anda dapat mengenalpasti indeks jisim badan anda. Sekiranya tidak seimbang, anda perlu memulakan program penurunan berat badan anda atau lebih dikenali slimming diet program. Produk SDII inilah ialah alat untuk anda menjalankan program diet tersebut secara sihat, semulajadi dan selamat!

Mulakan langkah anda hari ini!!
1. kira BMI dan Kalori harian anda di sini;
   http://www.bcm.edu/cnrc/caloriesneed.htm

2. mulakan program diet SDII anda


Slim Diet 2 (SDII)

TAHUKAH ANDA?
Bagaimana untuk dapatkan nutrisi lengkap dan seimbang? Pakar pemakanan menyatakan bahawa kita terpaksa makan 4000 kalori dalam sehari untuk dapatkan nutrisi yang lengkap dan diperlukan badan! Apa yang akan berlaku sekiranya kita makan 4000 kalori? secara purata, lelaki membakar 2200 kalori sehari, manakala wanita hanya 1800 kalori. Kemana perginya lebihan 2000 kalori lagi? Tentunya ke sel-sel lemak kita dan inilah sebabnya berat badan kita semakin hari semakin naik dan penampilan kita menjadi tidak menarik!


Apa Slim Diet 2 (SDII)?
SDII adalah satu produk penurunan berat badan yang berasaskan soya protein isolote yang terpilih dan bergred tinggi, serat soya, diperkayakan dgn asid amino, vitamin A,B,C,D,E dan mineral. SDII juga bukanlah ‘meal replacement’  yang mana anda perlu berlapar sebaliknya ia adalah ‘meal supplement’  yang mana anda perlu makan tanpa meninggalkan rutin harian anda! Hebat bukan?  Oleh itu, semasa  program ini, anda tidak akan merasa letih dan  lesu seterusnya ia akan memberi kita tenaga walaupun proses pembakaran lemak terjadi.

Kelebihan SDII
 Ianya adalah selamat kerana ia berasaskan protein soya dan zat-zat pemakanan yang seimbang. Tidak mengandungi segala jenis dadah yang berbahaya dan ianya adalah produk di bawah kajian pakar-pakar perubatan.
Ianya adalah berkesan. Kita merasa kenyang walaupun proses penurunan berat badan masih berterusan. Ia juga tidak menimbulkan kesan kulit kendur dan berkedut selepas penurunan. Penurunan purata 1 minggu adalah 3kg jika setiap pada program tanpa perlu berlapar.
SDII juga adalah lebih menjimatkan jika dibandingkan dengan program-program yang lain yang beasaskan latihan fizikal dan kawalan kalori. Maksudnya disini adalah kos perkg bagi penurunan berat badan adalah lebih murah.
SDII juga menyebabkan proses nyahtoksik dan pembersihan sistem badan secara semulajadi. Tidak perlu ubat tambahan untuk proses ini. Cukup dengan meminum air yang banyak.
Pentingnya anda boleh mencapai penurunan berat badan yang maksimum dalam masa yang singkat dan kemungkinan penambahan balik berat badan atau ‘yo-yo effect’ dapat dikurangkan.

Ciri-ciri produk Slim Diet 2 ialah:

1. Ada Money Back Guarantee! Jika anda ambil produk ini dan tidak turun berat badan, maka duit anda akan dipulangkan sepenuhnya! Tapi…ada syarat: ujian keton anda mesti “pink”!
( kena beli keton stick sebagai “test”)
2. Kesannya amat cepat: 6kg dalam masa seminggu! Berdasarkan testimoni terbaru!
3. Diformulasi oleh 2 orang Doktor dari Harvard Medical School -Dr. George carhill dan Dr. George Blackburn. Medically well researched!
4. Tidak perlu berlapar! Anda digalakkan makan! (pilih banyak protin)
5. Tidak perlu cirit birit pergi ke tandas kerap kali!
6. Kulit tidak akan berkedut/menggelebeh.
Banyak lagi kelebihannya! Cuma nak tahu bagus tak bagus, anda sendiri kena cuba!

Tempoh penggunaan SDII
Tiada tempoh tertentu dan bergantung pada tahap disiplin masing-masing. Tetapi sebagai panduan saya amat mengesyorkan agar  anda mengambil sekurang-kurangnya 3-4 tin atau anda meneruskan program selama 1 bulan. Anda buat bancian dan tentukan pencapaian anda. Berdasarkan taklimat dari syarikat, setiap minggu kadar penurunan akan semakin berkurangan dari minggu sebelumnya. Ini kerana lebihan lemak anda telah dibakar semasa penggunaan SDII.

Cara Pengambilan
campurkan 2 skup SDII di dalam 200/250 ml air sejuk di goncang di dalam shaker
diambil 4 kali sehari, sebelum makan
elakkan penggunaan air panas atau suam



Testimoni dari Adik Ipar first time mencuba Slim Diet II tu pun sebab lepas raya haji nak kahwin;

Katanya berat badannya dah 3kg turun dalam masa 5 hari minum sd2..sempat la dia nak bergaya sakan time bersanding..sekarang dah order untuk buat stok dan untuk kawan2 dia juga yang mahu cuba.. 

PERHATIAN!
Ibu yang hamil atau sedang menyusu bayi tidak seharusnya menyertai apa-apa bahagian dalam program penurunan berat badan.
Pengidap Diabetes Mellitus (IDDM) yang bergantung kepada insulin, adalah perlu pengawasan doktor ketika anda menyertai program ini.
Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu jika anda mengambil atau amalkan ubatan tertentu.
Banyakkan minum air semasa menggunakan SDII
Makanan
makanan yang disarankan ketika menjalani program;
Makanan berprotein:
Ayam(tanpa kulit)
Daging
Chese/Keju
Telur
Ikan
Makanan Laut (udang, ketam dll)
Kambing
Sayuran Segar
Asparagus
Kobis
Lobak
Cendawan
Tomato
Bawang
dan lain-lain

p/s: tidak digalakkan mengambil makanan berkarbohidrat tinggi seperti nasi dan roti


HARGA

1. BUKAN AHLI
Semenanjung – RM 144/tin
Sabah & Sarawak - RM 153/tin
2. AHLI
Semenanjung – RM 108/tin
Sabah & Sarawak - RM 115/tin

YURAN KEAHLIAN

Semenanjung = RM 50.00
Sabah & Sarawak = RM 60.00
(Dengan bayaran keahlian RM50 setiap ahli baru akan menerima Starter KIT)
KOS POS G-DEX
Semenanjung = RM 10.00
Sabah & Sarawak = RM 20.00

Apa tunggu lagi?….Sekiranya berminat, anda boleh membuat tempahan dengan menghubugi
di talian 019-2648485 sms juga di layan...


Selasa, 19 Oktober 2010

Rombongan Hantar Menantu Ke Felda Bdr Sri Jempul

Hujung minggu lepas berkesempatan joint rombongan menghantar menantu keluarga pak saudara sebelah mak yang dari Kg langkap Terengganu ke felda bdr Sri Jempul Negeri Sembilan...Perjalanan mengambil masa 2jam setengah bertolak dari rumah bersama abang,k.ipar.adam dan Ammar..ummi tak dapat turut serta kerana tak sempat minta cuti..perancangan last minit apa boleh buat kesian kat ummi...


Masjid bandar Seri jempul Tempat rombongan berkumpul...rombongan  hanya menunggu kami untuk bertolak ke rumah pengantin lelaki..bukan apa drive(abe din )  slow sangat.hehehe
Bergerak ke Rumah pengantin lelaki


                                            berseri-seri pengantin...tapi kena buka payung sendiri...
hehehe


pengantin bersiap untuk berarak

  makan beradap .. 



antara menu pengantin


bergambar kenangan bersama pengantin (sepupu) 
 <><>
<>
<><>
ammar dan adam dah kenyang dah boleh balik..


snap mercu tanda bandar sri jempul...OTW balik...




Ammar Iskandar Sembilan Bulan

Sekejap jee rasa masa berlalu...pejam celik pejam celik ammar dah masuk  sembilan bulan...ammar dah aktiff ..sekali tak duduk diam..masa tidur pun boleh guling-guling sampai jatuh katil..orang makan dia pun nak makan..semua barang jadi mainan..ummi masuk dapur..dia pun nak bantu ..habis bawang dalam bakul dia selerakkan..kalau dapat jalan-jalan panas ,ngatok atau lapar ammar  takkan nangis janji leh tengok orang..abi dan ummi sayang ammar..


malu-malu bila posing

bersama abi di majlis kenduri di jempul n9

tak boleh tengok kamera nak terkam..





dah smart jom keluar jalan-jalan


tidoo sama-sama



ammar dan mainan

 
time ummi kerja ammar lebih aktif dari biasa..dah ada tahi lalat macam pah chu kang hehehe








                                                                    ummi dan ammar..









 

Syabas Kelantan Layak Ke Separuh Akhir


 KOTA BHARU – Naib juara Piala Malaysia musim lalu, Kelantan berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir setelah menyingkirkan juara sebanyak 32 kali, Selangor dengan kemenangan 3-0 dalam perlawanan suku akhir kedua TM Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu malam tadi.

Dengan kemenangan malam tadi, Kelantan mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir menerusi kiraan agregat 3-0 setelah perlawanan pertama di Shah Alam pada Selasa lalu terikat seri tanpa jaringan.

Beraksi di hadapan hampir 25,000 penyokong setia Kelantan, skuad kendalian B Sathianathan jelas menggunakan kelebihan beraksi di halaman sendiri di samping sokongan ‘pemain ke-12’ iaitu penyokong jelas menjadi tonggak kemenangan Kelantan malam tadi

Seawal minit keempat, Selangor mula mengacah ke pintu gol Kelantan. Pemain tengah, Shafiq Rahim yang berjaya merebut bola daripada salah seorang pertahanan Kelantan, sempat melorongkan bola kepada Ketua Pasukan, Mohd Amri Yahyah namun rembatan terus ke dakapan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.

Selang seminit kemudian, giliran Kelantan pula menguji pintu gol Selangor menerusi rembatan Akmal Rizal Ahmad Rakhli namun sedikit tersasar beberapa inci di sebelah kanan pintu gol.

Stadium Sultan Muhammed Ke-IV bergema dengan sorakan penyokong setia Kelantan apabila Mohd Norfarhan Muhammad menjaringkan gol pertama Kelantan pada m-13. Hantaran lintang Akmal Rizal dari sebelah kanan pintu gol Selangor ditampan kemas Mohd Norfarhan yang terus merembat kencang ke penjuru sebelah kiri menewaskan Mohd Hamsani Ahmad.

Pada m-15, benteng pertahanan pasukan pelawat sekali lagi kelam-kabut apabila hantaran lintang merbahaya Hairuddin Omar terpaksa disepak keluar Mohd Nasriq Baharom. Manakala sepakan percuma Muhd Badhri Radzi seminit selepas itu sempat ditumbuk keluar Mohd Hamsani dalam usahanya mempertahankan pintu golnya daripada dibolosi.

Bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal kembali menggamatkan suasana di stadium pada m-24 apabila berjaya menjaringkan gol menerusi tandukan cantik setelah menerima umpanan rendah Ketua Pasukan, Indra Putra Mahayuddin.

Selang seminit selepas itu, Kelantan terlepas menambahkan jaringan apabila rembatan Indra Putra ditepis Mohd Hamsani yang menyaksikan bola terkena tiang gol selepas itu.

Selangor turut berpeluang merapatkan jurang pada m-35 apabila hantaran lintang D Surendran ditampan Shafiq Rahim namun rembatan beliau tersasar melangkaui pintu gol Kelantan.

Awal babak kedua, pasukan pelawat dilihat kembali menguasai corak permainan menerusi rangkaian bahagian tengah diketuai Mohd Amri sementara aksi pemain Kelantan sedikit tenggelam seakan berpuas hati dengan defisit dua gol itu.

Namun, penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi wajar diberi pujian kerana menyelamat sekurang-kurangnya lima percubaan merbahaya pemain Selangor pada separuh masa kedua.

Tertekan untuk mendapatkan gol, jurulatih Selangor, K E Devan memasukkan serentak dua pemain penyerang iaitu Farderin Kadir dan Rudie Ramli bagi memperkuatkan jentera serangan mereka.

Pada m-59, penyerang Selangor, R Surendran menggigit jari apabila rembatan jarak dekatnya ditepis Khairul Fahmi manakala selang dua minit kemudian, percubaan pemain gantian, Farderin Kadir juga turut diselamatkan Khairul Fahmi.

Kem pasukan Selangor sekali lagi hampa apabila rembatan pemain tengah, Mohd Hardi Jaafar pada m-61 dinafikan oleh Khairul Fahmi sekali lagi.

Dua percubaan pasukan Selangor masing-masing pada m-69 dan 78 menerusi Mohd Amri dan R Surendran juga mudah dipatahkan oleh Khairul Fahmi.

Pada ketika pasukan pelawat rancak melancarkan serangan bertali arus, pemain tengah Kelantan, Muhd Badhri akhirnya menghukum kelalaian benteng pertahanan Selangor menerusi gol ketiga pada m-79 yang akhirnya membunuh semangat juang pemain Selangor.

Segalanya terhasil apabila Akmal Rizal bijak melakukan hantaran jauh dari sebelah kanan padang dan Muhd Badhri yang tanpa dikawal mudah melepasi kawalan Khairul Anuar Baharum dan merembat kencang menewaskan Mohd Hamsani buat kali ketiga.

Kelebihan tiga gol sehingga penghujung perlawanan menyaksikan percaturan taktikal B Sathianathan menukar corak permainan secara bertahan dengan memasukkan Khairan Eroza Razali pada ketika K E Devan kian tertekan angkara aksi longlai Gergasi Merah Kuning yang mudah dimalukan di Kota Bharu.

Percubaan pemain gantian, Mohd Nizab Ayub pada minit-minit akhir perlawanan yang jauh tersasar menutup tirai aksi cemerlang Kelantan malam tadi mengesahkan tempat ke separuh akhir manakala Selangor sekali lagi kempunan untuk merasai nikmat menjulang piala paling berprestij di negara ini setelah ditunjukkan jalan keluar di peringkat suku akhir buat kali kedua berturut-turut.


Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo
Petikan dari sinar harian.

Rabu, 13 Oktober 2010

Piala Malaysia Suku Akhir Selangor VS Kelantan Stadium Shah Alam

Bertolak ke stadium shah alam dari rumah pada pukul 7.45 mlm .tiket awal-awal sudah beli.. jalan jem teruk  di perkarangan stadium. mujur merempit dapat celok2...akhrnya sampai juga di stadium.

tiket simpanan untuk penyokong pasukan pelawat.


kawasan parking motor dekat stadium..sorakan gomo klate gomoo sudah kedengaran..













kat sebelah bawah tempat duduk VIP



team media buat liputan di tempat yang telah di khas kan..


suasana penyokong kelantan dengan sorakan goll...gool...goll.... dan gomo klate gomo..keadaan juga terlalu padat sehingga penyokong terpaksa memenuhi ruang yang di kosongkan dengan kebenaran polis bertugas.

separuh masa pertama masih 0-0  
juru kemera sedang menjalankan tugas..
pihak keselamatan juga ada bersama menjaga keselamatan kami di tempat media ..



perlawanan di atas padang semakin rancak ..kedua-dua pasukan saling berbalas serangan ..tidak kurang juga dengan para penyokong saling berbalas balingan botol dan mercun. konsentrasi tengok permainan dah terganggu  .panas..panas..keadaan kedua-dua penyokong semakin tegang.  










piiiiiiiiiiiitt perlawanan tamat berkesudahan seri 0-0 . perlawanan akan timbal balik di kota bharu.


posing dulu sebelum bertolak balik tunggu keadaan reda di dalam stadium..tetapi keadaan di luar stadiumm semakin panasss... polis bagitahuuu..gu kitoo..




keadaan di luar semakin tegang..ada berlaku pergaduhan di sebabkam provok di antara segelintir kedua2 penyokong. orang datang nak tengok bolaa tapi ada juga yang datang nak bergaduh..kesudahan seorang penyokong kelantan meninggal dunia di sebabkan sesak nafas..dan seorang lagi di tikam( belum corfim) tapi yang confirmnya timbuk menimbuk bubak-bubak........bola boleh tengok..bunga api boleh tengok ..baling botol air boleh tengok orang bertumbuk boleh tengok...dengan tiket RM 10 shj tempat duduk media .

Apapun tahniah kepada pasukan kelantan yang menunjukkan permainan  terbaik..Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate .  


cerita bola seterusnya kat sini

Isnin, 11 Oktober 2010

Aurat Wanita : Apa Sudah Jadi ?

artikal dari zaharudin.net bersama kita menghayatinya..
Aurat Wanita : Apa Sudah Jadi ?
Semasa saya memberikan kuliah kepada satu kumpulan wanita yang terdiri dari golongan professional termasuk para Datin di satu daerah, ketika itu, sedang heboh isu wanita seksi ditangkap di sebuah kelab malam. Lalu timbul isu hak peribadi wanita untuk memakai apa jua pakaian yang diingininya, termasuk yang seksi. Lalu, semasa kuliah ini saya mengambil peluang bertanya kepada kumpulan wanita ini soalan mudah berikut :-
"Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?"
Ada di antara mereka mula memberikan pandangan, tetapi kerana terlampau ramai yang bercakap, saya tidak mendengar butirannya. Apabila saya meminta seorang wakil, seorang menjawab dengan yakin.
" Untuk nampak cantik ustaz..." katanya sambil tersenyum malu.
Saya bertanya pula : "Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu?"
"Tentulah kepada kaum lelaki ustaz, kaum wanita pun iye juga.." sambungnya.
"Baiklah, jika lelaki tersebut sudah tergoda dengan kecantikan tu, lalu ingin menyentuh bahagian indah yang dilihatnya boleh tak ?" Tanya saya menguji.
" Isyh, ustaz ni.. tentulah tak boleh ustaz, dah kira ‘sexual harassment' (gangguan seksual) tu ustaz" dengan yakin sekali hujjahnya kali ini.
"Jika demikian, tidakkah para wanita merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?" Tambah saya.
" Erm, macam mana tu ustaz?" Tanya mereka dengan nampak sedikit bingung sambil berkerut dahi.
"Ye la, bila orang lelaki yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal" .."Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya"
"Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan ‘fresh' yang digoyang-goyankan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga" Tambah saya lagi memberi keyakinan.
"Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar"
"Akhirnya, kerana suasana yang tak sesuai, mungkin kerana ramai orang dan di tempat awam pula, terselamatlah wanita seksi itu dari terkaman lelaki liar tadi. Masalahnya, anak-anak perempuan kecil berumur 7 hingga 12 tahun yang mungkin menjadi mangsa tempiasan nafsu lelaki begini. Dan di ketika itu, samada wanita itu bertudung, berjubah, kanak-kanak dan sebagainya tidak lagi mampu menahan nafsu si lelaki seperti ini, asalkan suasana cukup sesuai (sunyi dan jauh dari pandangan ramai), akan dilepaskan nafsunya secara kekerasan" Terang saya dengan panjang lebar, mereka mengganguk dengan wajah serius kali ini.
Lebih terangnya, sama-sama fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? . Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?. Benar, mungkin sesoerang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan tahap azab sahaja. Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mugkin pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari ini juga berminat meraih redha dari mata dan hati baginda SAW?.
BENARKAH MENUTUP AURAT DAPAT MENGELAK DARI WANITA DISAKITI?
Ramai wanita professional dan yang kurang didikan agama hari ini mencebik bibirnya apabila tajuk ini disebutkan, mereka tidak percaya langsung fakta yang saya sebut diatas. Malah ada yang berpendapat lelaki sengaja melakukan perkara buruk kepada wanita kerana ingin menunjukkan kekuasaannya terhadap wanita. Kerap benar saya dengar hujah ini di media massa.
Hakikatnya, sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW kita diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi mendapat kepastian tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara itu. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman :-
"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)
Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam baju kurung untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan "Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.
Jadi jelasnya, bahawa ayat tersebut memberikan ‘illah (alasan) utama perintah ini adalah kerana bimbang wanita muslimah diganggu oleh orang-orang fasik dan menjadi perhatian orang-orang yang suka berzina. Bukanlah ketakutan yang timbul dari perempuan itu sendiri atau karena tidak percaya kepada mereka, sebagaimana anggapan sebahagian orang, tetapi ia adalah kerana sebahagian wanita yang suka menampakkan perhiasannya, berjalan dengan penuh lenggang lengguk dan bicaranya dibuat-buat manja, sering menarik perhatian nafsu lelaki dan menjadikannya sasaran orang-orang yang suka berzina. (Petikan dari kitab Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan)
Ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa salah satu target utama menutup aurat yang diletakkan oleh Allah SWT adalah sebagai kaedah dan cara terbaik bagi mengelakkan wanita Islam dari diganggu dan disakiti.
BANTAHAN KAUM WANITA
"Eleh, tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol, malah setengahnya kena bunuh dijerut dengan tudungnya pulak, kanak-kanak pun kena rogol dan bunuh. Ini maknanya, tudung bukan lagi penyelamat la ustaz. Ha..macam mana ustaz nak jawab tu ?. Hujah balas yang selalu saya dengar bila isu ini ditimbulkan.
"Pernah tak anda merasa amat marah sepanjang hidup anda ?" Tanya saya kembali.
"Pernah juga ustaz..kenapa ustaz, apa kaitannya?" Bingung sekali lagi mereka nampaknya.
"Biasanya bila seseorang itu sedang amat marah, sempat tak agaknya ia berfikir bahaya atau tidak tindakan yang dibuatnya sebagai contoh; ada orang yang sedang marah kerana bising tangisan kanak-kanak, maka ditendang (seperti berita yang saya baca di akhbar baru-baru ini), ditolak jatuh tangga, ditekup wajah kanak-kanak itu dengan bantal dan macam-macam lagi bagi menghilangkan kemarahan atau gangguan bising itu, setelah beberapa ketika mungkin baru seolah-olah dia tersedar, lalu cemas dan mungkin menyesal"
"Demikianlah juga nafsu jahat, bila ia berada di tahap tinggi, ia tidak lagi melihat samada kepada pakaian dan umur wanita mahupun isteri orang dihadapannya, sasarannya hanya mendapatkan hajat jahatnya, kerana itulah wanita yang menutup aurat dengan sempurna serta kanak-kanak perempuan juga terancam, tanpa dapat dinafikan juga peranan vcd, laman, akhbar, majalah dan novel lucah " terang saya.
"Tapi macam mana pulak ayat tadi kata tutup aurat dapat mengelakkan wanita dari disakiti ?" Balas mereka dengan penuh minat kali ini.
"Jika kita lihat dengan teliti, ayat tadi sebenarnya ditujukan kepada seluruh kaum wanita. Ini bermaksud, jika sebahagian besar wanita tidak mentaatinya dan memakai pakaian seksi pula. Di ketika itu, faedah dan kebaikan dari tutup aurat bagi menjaga semua kaum wanita dari disakiti secara umum akan tergugat dariu mencapai matlamat umumnya. Sebenarnya, ayat itu nak beritahu bahawa seluruh wanita bertanggung jawab menjaga keselamatan kaum sejenisnya dengan menjaga aurat masing-masing" Jelas saya
"Maka bila ada yang seksi, ini bermakna, ia sedang mengancam kaum sejenisnya yang lain dan di tempat lain kerana telah menghidupkan nafsu kebinatangan lelaki jahat yang sedang tidur"
PENGALAMAN MENUMPANG KE MASJID
Saya masih ingat, dalam perjalanan ke Masjid untuk menunaikan solat Jumaat di sebuah Masjid di Ibu Negara. Pejabat saya di Jalan Sultan Ismail dan pada hari tersebut saya menumpang kereta seorang rakan. Bersama kami  beberapa rakan sekerja yang lain. Tiba-tiba semasa berada di lampu trafik, tiba-tiba suasana dalam kereta agak bising dengan bunyi..uiiiii..oii...peh..mengancam...dan sebagainya, diikuti dengan kata-kata :
"Astaghfirullah..korang ini teruk betul la, kan ustaz ada dengan kita ini.." Kemudian "disambut dengan kata rakan di belakang, ye la..ini la yang bagus kita pergi masjid dengan ustaz, terjaga sikit"
Anda tentu dapat menggagak apa yang dilihatnya? Alhamdulilllah saya tidak sempat melihat apa-apa kerana sedang membelek pelbagai mesej soalan hukum hakam tertunda yang memenuhi telefon bimbit saya. Bila saya tanya, kenapa? dengan malu-malu mereka menyalahkan sesama sendiri akibat ‘gatal mata' melihat skirt-skirt pendek wanita KL, samada wanita Melayu mahupun Cina disekitar kawasan segitiga emas itu.
Cuba bayangkan, perasaan lelaki-lelaki ini. Mereka dalam perjalanan ke masjid, semuanya juga telah berumah tangga, tapi nafsu masih teransang apabila didedahkan kepada permandangan seperti itu. Jahatkah mereka?
"Gatal dan dah miang sangat kot orang lelaki ni, memang teruk mereka ni, tak sangka, harap suami kita tak macam ni" mungkin itulah yang akan dikatakan oleh sebahagian besar pembaca wanita sekarang ini. 
Tapi itulah cabaran terbesar lelaki wahai kaum wanita, iaitu ANDA, wanita dan seluruh kecantikan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya sebagai ujian, ia disebutkan oleh Allah SWT :
زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين ..
"Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta..."
Ayat ini dengan jelas menyebut syahwat utama lelaki adalah pada wanita. Nabi SAW juga pernah bersabda :
ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء
Ertinya : "Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa )
ANTARA LAWAK & HUKUM
Saya juga masih ingat, sewaktu di tempat lama, rakan-rakan sepejabat sering kali apabila mereka terlihat aurat wanita sebegini akan disebut .. "tak pe ustaz kan, pandangan pertama tak berdosakan?". Sedih saya melihat sikap sebahagian umat Islam hari ini yang kerap mempermainkan hukum hakam akibat kejahilan mereka.
Sebuah hadith : "Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!" (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya sebagainya datang dalam hadith Nabi kepada Sayyidina Ali r.a.
Apabila ia adalah sebuah hukum, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan apa jua berkaitan dengannya. Nabi SAW bersabda :-
ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب
Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)
 













KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT
Ketika ini, saya mengambil masa sekitar satu jam untuk ke pejabat, memandu kereta dari Puchong ke Jalan Sultan Ismail. Setiap hari, laluan jalan pergi dan pulang ini akan mempamerkan kejahilan wanita Islam hari ini tentang penutupan aurat. Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)
Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.
Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.
Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.
Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.
Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.
Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain.
Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya. 
Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.
Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.
"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)
 
Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu'minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.
Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.
Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)
Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)
‘Bukhtun' adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas.
Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini
Larangan Nipis
Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:
"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Riwayat Abu Daud)
Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan membawa fitnah.
Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam)
KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.
Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-
يرحم الله المتسرولات
Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .
Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)
Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tiadk berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.
KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.
Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : "Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32)
TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT
Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati'e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa 'buka aurat' ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :-
" Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." Al-A'raf : 20)
Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah :-
a)       Perbezaan dengan binatang.
Allah SWT berfirman :
" Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" ( Al-A'raf : 26)
Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.
b)       Agar kaum wanita tidak disakiti
Ia berdasarkan ulasan yang telah saya buat sebelum ini bersandarkan firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59.
c)        Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam.
Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi apabila Allah SWT menyebut : « .. yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam).. »
Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat juga adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah : « Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati »
d) Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam. Kita dapat memerhati bagaimana ‘trend' sesebuah organisasi atau restoran hebat hari ini pasti meletakkan ‘dress code' tertentu bagi kakitangannya dan para tetamunya. Ia pastinya bertujuan penjagaan standard khas bagi organisasi dan restoran itu di tahap tertentu. Sebagai contoh, kita tidak akan dapat melihat individu berselipar Jepun di sebuah Persidangan Antarabangsa di PICC, Putrajaya mahupun di kalangan kakitangan PETRONAS di pejabat mereka di Menara Berkembar. Semua menjaga ‘standard' berbanding Tauke kedai runcit yang tidak beruniform.
Justeru, Islam adalah satu agama dan cara hidup yang profesional pastinya begitu lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan manusia. Dari hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam tandas hinggalah ekonomi dan kenegaraan. Walaupun demikian, Islam tidak mengarah umatnya membuat perkara yang tidak rasional, justeru, sudah tentu ‘standard'  pemakaian yang diletakkan ini tidak membebankan bahkan ia amat bertepatan dengan logik aqal manusia yang sihat.
e)       Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT.
Saya kira hal ini amat jelas, dari firman Allah ertinya : Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya" (Al-Mulk : 2)
DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER
Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.
"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.
"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi.
Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu"  (Riwayat Muslim)
Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.
"Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu"
Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang"
Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?
Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :
"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)
Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.
Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what's inside the heart of a person'.
Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :
إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , فأقضي بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه , فإنما أقطع له قطعة من النار
Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka" (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar,  8/632, no 3920 )
Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.
Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendaat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW
من سن في الإسلام سنة سيئة فعليه وزرها ووزر من عمل بها من غير أن ينقص شيئاً
Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )
Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya ?.
Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ;  Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya. ?
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman 
http://4.bp.blogspot.com/-JF6712BTA-U/T2Z5ZRTOrOI/AAAAAAAABn4/cXZsvDO8Hzs/s1600/anon5.png