expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Selasa, 24 Julai 2012

Family Day iT & NT @ Sunway Lagoon 2012

banner
Agenda
8.00             •Ketibaan peserta di Pintu Masuk Surf Beach
8.00-1100   •Kaunter Penebusan Makanan dibuka
0900-0930  •Senamrobik& Theme
0945-1030  •Acara Pembukaan
1030-1130  •Sukaneka, penampilan badut & face
1130-1230  •Pengumuman Cabutan Bertuah dan Hadiah Utama
1230-1800  •Aktiviti bebas



bertolak pukul 7.30 dari rumah, ikut LDP sampai sana, kereta dah berjujuk masuk ke laluan parkir  . Terus masuk ke Taman Tema , kehadiran di jangka 13 ribu orang . no siri tiket kami pun dah mencecah angka 7 ribu.



check makanan dari luar
Ajak my bro join sekali yg tinggal di damansara damai sebab ada tiket lebih, ada kawan yang tak dapat hadir sebab anaknya masuk hospital .  Terima kasih syam bagi tiket..

cepat sembuh ye adik wani
my bro dgn sut mandi bsama ptri bru alia arisya
tiket kitaorang dapat percuma untuk 3 park iaitu
 o Water Park: The Water of Africa & Surf Beach o Amusement Park : World of Adventure & Wild Wild West o Wild Life Park 

 

naik kuda pusing
Masuk je dua-dua hero nak naik kuda, layan laa dulu..hihi lepas tu terus berjalan masuk ke tempat pengagihan makanan , setiap kopun satu makanan. 5 kotak kfc untuk sarapan kitaorang dapat.. 

tempat pengagihan makanan
 Lepas ambik makanan kitaorang cari tempat duduk .. rehat2 jap..punye la jauh masuk ke dalam .. lepas tu join senamrobik jap rengang2 otot sekali nga ammar ..hihihi

pentas di tengah kolam..acara perasmian

Lepas habis semua acara di jalankan, sampai la ke aktiviti bebas .. mandi manda..bila dah dapat mandi,  dah tak dengar arahan , tak terkejar di buatnya ...cuaca xde la panas sangat, dapat la hero 2 orang nie mandi sampai puas ..hihi

bersedia terjun mandi

air terjun dari kulat


tahan nafas untuk menyelam
 Lepas puas mandi bersiap untuk balik...my bro balik dulu ada kerja katanya.. ammar pun dah tidur..dalam perjalanan keluar teringin nak naik pirate's revenge, kapal berpusing 360 darjah ..cuba juga beranikan diri untuk naik..hihii  

beratur menunggu giliran



sedang berpusing
lepas keluar taman tema, pergi jalan-jalan dalam sunway piramid jap..jumpa kawan kerja kat ogawa sambil2 try mengurut dengan kerusi paling mahal kat kedai tu..hihihi tq yah bgi try ..


Khamis, 19 Julai 2012

FLORIA PUTRAJAYA / PESTA FLORA PUTRAJAYA 2012



Pesta flora telah di adakan pada 30 jun sehingga 8 julai bertempat di  Persisiran Tasik, Presint 2 Putrajaya .
Waktu di buka untuk orang ramai mula jam 9.00 pagi sehingga 10.00 malam pada hari isnin hingga khamis dan pada jummat hingga ahad sehingga 12.00 malam .

Kali ni sudah masuk 5 tahun pengajuran taman flora, dah 3 kali berkesempatan ke sana dari mula ammar lahir . kali pertama pergi petang ,msa tu hujn rintik2, kli kedua pergi mlm hujan rintik2 gk..
umor ammar 7 bulan

umur ammar 1 thn 7 bulan

kali nie kami pergi waktu malam macam tahun lepas, panorama waktu malam lagi cantik sbb dpt tengok bot  berhias dan cahaya lampu selain taman bunga. Taman folara tahun ni bertema Bunga Kertas .

sampai kat sana lebih kurang pukul 9 malam, sampai2 bunga api baru meletup.. ammar takut bunga api, terus ajak balik...xnak berjalan hihihi..habis bunga api baru ceria balik..kali nie banyak pentas hiburan, tak silap 3 tempat yang berdekatan dengan acara nyanyian, 1 pentas nyanyian untuk golongan klasik, 1 pentas kat tepi tasik dan 1 lagi kat tengah laman untuk golongan muda mudi..dengan muzik membingitkan telinga . Kitaorang cari port yang jauh sikit dari pentas sambil layan bot berhias kat tengah tasik .

Lepas tu kami jalan-jalan melihat landskap yang ada dan gerai jualan bunga, tumbuhan dan cendramata .
letupan bunga api


bot berhias


taman bunga

gerai jualan
http://4.bp.blogspot.com/-JF6712BTA-U/T2Z5ZRTOrOI/AAAAAAAABn4/cXZsvDO8Hzs/s1600/anon5.png