expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Rabu, 11 Mei 2016

My Alza Tukar Tayar Baru



Masa nak naik KL , tayar depan sebelah kanan dah botak ...tak sedap hati kalau tak tukar , 
sebelum nie dah tukar tapi tak sampai dua tahun dah botak balik... rancang tukar empat-empat  sebab nak tukar jenis tayar original 185/95 tukar ke 195/95 ....
 singgah kedai tayar dia bagi RM125 sebiji  ... apa lagi terus terus tukar ...




Boboiboy The Movie Di Alamanda



kami pergi tengok cerita boboiboy lepas sebulan di tayangkan... tapi seat semua penuh...pergi nak tengok masa tayangan pukul 8;30 malam penuh .. dapat yang pukul 10;30 malam jer tinggal tu pun dah separuh booking...
masa borank-borak dengan family yang  bawa anak nak tengok cerita boboiboy ni dah 3 kali dia mari sebab penuh....kali ke tiga baru dapat .... penangan papa zola..hihi









Lepas dah tengok cerita boboiboy nie memang best...9/10 aku bagi... hahaha aksi jer memanjang...ada lucu , ada sedih...ada semangat setiakawan dan ada aksi yang mendebarkan ....apapun tahniah untuk cerita kartun melayu .... TERBAIIIKKK.... 

Makan Malam Di FizoMawar Kitchen Bangi



Balik dari melaka singgah di kedai fizomawarkithcen di bandar baru bangi , kali pertama singgah kat sini ...dapat jumpa fizo , adik anas nangis mungkin sebab penat lagi...

kami order kat sini..nasi gaul untuk ummi , roti streng untuk abang ammar dan nasi phedpad untuk abi .. hihi makanan dia boleh tahan...tapi tak puas sebab sikit .. 







nasi gaul



kuih di makan sekali dengan nasi phedpad

nasi phedpad


Melawat Muzium Samudera Melaka


Hari kedua  di melaka , sarapan dulu ... lepas sarapan chek out ..repeat sekali lagi di cendol jam besar...hihi








lepas tu masuk ke muzium samudera...banyak kali dah sampai melaka tapi kali ni baru masuk muzium...hihi satu tiket boleh masuk 3 muzium....muzium last kami jer masuk, ummi tak masuk , bagi peluang dia shopping betul-betul tanpa gangguan ....








adik anas dapat tengok penyu 





Jalan-jalan 2D1N di Klebang Melaka


throwback cerita ke melaka

pada 13 mac 2016 berkelah di pantai klebang melaka...sampai jer terus bersila kita makan tengahhari dulu hihi lepas makan jalan-jalan beli toropong sorang satu .











view pantai klebang 

pergi kat kapal selam tutup pula sebab ada kerja-kerja renovation



sebelum ke bandaraya melaka singggah dulu pekena air coconut shake di femes di klebang... rasa tak de la sedap sangat tapi boleh laa 











Masuk bandaraya melaka parking punya la susah....kami masuk lorong ingat nak u turn rupanya area situ parking ada kosong.... kat melaka nie style parking guna kupon...beli satu kupon terus...nasib baik dapat parking dekat dengan bangunan ... jom jalan-jalan dan posing ..hihi












pekena Cendol Jam Besar 


adik anas aktif sume tangga dia panjat 






beratur beli tiket naik River Cruise 

kali ni bawa adik anas naik river Cruise, abang ammar sebelum nie dah naik tapi sebelah malam...
harga tiket dewasa Rm15.90 dan kanak-kanak RM5.30 ..kanak-kanak bawah 3 tahun free ..
anak-anak beraksi sambil tunggu ummi ....














sebelum naik river cruise kena posing dulu...


bangunan pengistiharaan kemerdekaan 
Sebelah malam kita pusing-pusing lagi masuk tengok A Famosa dan beca berlampu dan bermuzik....sambil-sambil naik taming sari ...lepas pusing-pusing balik ke hotel , kami chek in di melaka sentral , hotel ni best ... bilik besar dan murah ..




adik anas dapat teropong


pemandangan malam di Melaka


taming sarii
Lepas naik taming sari , kitaorang pergi makan di medan ikan bakar Muara sg Duyung...makanan kat sini sedap-sedap....nyumm..nyumm..





http://4.bp.blogspot.com/-JF6712BTA-U/T2Z5ZRTOrOI/AAAAAAAABn4/cXZsvDO8Hzs/s1600/anon5.png