expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Cari Artikal

Selasa, 26 Februari 2013

Majlis Perpisahan Staf @ Restoran Mohd Chan Abdullah


Selamat maju jaya di ucapkan kepada puan salfarina di atas perpindahan dan kenaikan pangkat..... makan-makan di restoran Mohd Chan duluu...








Ahad, 24 Februari 2013

Jamuan Akikah @ Sri Serdang


Lepas ata ummi kerja, aku nga ammar pergi ke umah kawan kat taman sri serdang ...fayzal ada buat jamuan akikah sempena kelahiran cahaya matanya yang pertama.

Tahniah di ucapkan kepada fayzal dan isteri ..semoga kelahiran baby syahmi makin bertambah ikatan kebahgian dalam keluarga kalian . aminn 

baby syahmi

abah baru en fayzal

haha dapat telur lepas tengok baby

Lepas tu singgah kejap kat workshop, tukar lampu kereta ...sebab lampu tinggi dah terbakar bol...tukar dua2 belah... 18ringgit sbjik
kusyukk tengok pomen

Sabtu, 23 Februari 2013

Santai Petang Di Putrajaya

 
 
 

 
hujung minggu bawa ammar bergatih basikal kat dataran ... kali nie banyak plak orang jual permainan kanak2  ..mujur ammar x tertarik mana..juz tengok jee...
 
 
 
ada yang jual buih belon ..orang main buih belon pun ramai...dari bdk2 kecik sampai yang dewasa..ralik plak tengok diaorang main..
 
 
 
pusat pentadbiran
 
 
 

 
ammar xnk..ammar nk tgk jeee- ungkapan ammar

konar baring
 
 

Selasa, 19 Februari 2013

Ragam Ammar bila Berdua

 
Acara menyepahkan rumah rutin ammar bila dok berdua dengan abi, tu pun masa ummi kerja malam...hihi esoknya siap...bila ummi balik mesti dua-dua kenee... huhu
time ummi ada xblh nk susun kereta dia panjang2...bila ummi g keje...habis kereta bwak kuar ... tapi skr dah tahu ..sblm tidoo mst minta tlng abi simpan kereta dia....layan dlu ammar sblm time tdoo...
 
 

susun panjang2...

ciku chak bawah tangga,,...

Roti Nan @ tepi Pagar UPM

 
 
Rehat tengahari makan di kedai  yang jual nasi arab bersebelahan pagar kecik UPM, ramai juga pelajar asing dari timur tengah makan kat sini....tokey kedai tak pasti plak bangsa mane..nak kata arab xnmpak macam arab...xkisah laa janji halal and ayam tandori diia sedap...nyumm.nyumm.nyum..
 
nasi ayam tanduri 7 inggit

roti nan ayam tandori 7 inggit

Berakhir Satu Penantian

 
Penantian ape yer...hehe barang order on9 di web lelong.com akhirnya sampai juga... selepas hampir 2 bulan order....kadang-kadang sesekali mari juga rasa takut kena tipuu...tapi Alhamdulillah hasil follow up En taquluddin akhirnya sampai juga kat opis....tq di ucapkan..hihi
 


Isnin, 18 Februari 2013

Sepetang Bersama YB Parlimen Puchong @Taman Lestari Putra


Satu perjumpaan pemimpin dan persatuan penduduk dengan wakil MBPJ telah di adakan pada 17-02-2013 , perjumpaan ini antaranya bertujuan membincangkan dan mengajukan soalan kepada MBPJ tentang masalah jalan dan infra di kawasan taman lestari putra . Majlis sepatutnya berlangsung pukul 5.30 petang , tetapi di mulakan lewat di sebabkan YB gobin sesat jalan .  

banner
Jamuan ringan turut disediakan iaitu rojak mee dan cendol . Sambil menunggu majlis di mulakan ,makan duluu...hihi
 
YB gobin,  jurutera  MBPJ  dan JKKk
mengikut penerangan jurutera mbpj, pihak pemaju belum serahkan kepada mbpj jalan sedia ada yang masih belum di buka .... tentang jalan sepatutnya bersambung ke taman desaminium, mesyuarat akan di adakan lagi membincangkan dengan lebih detail ... tentang kesesakan teruk , mbpj telah membuat perancangan dengan membina jalan bertingkat di hadapan gaint seri kembangan(bru dlm kajian ) perkara tersebut telah di bawa di dalam mesyuarat... serba sedikit apa yang aku faham...

antara penduduk yang hadir
 Penduduk ada mencadangkan untuk hidupkan lampu jalan walaupun  laluan jalan sedia ada tidak di gunakan bagi mengelakkan jalan tersebut menjadi tempat persembunyian pihak yang tidak berkenaan .. cadangan tersebut telah di laksanakan beberapa hari selepas perjumpaan ini .

 Yb gobin ada juga menjawab soalan dan mengajukan soalan kepada wakil mbpj ... apa yang di fahamkan  tentang kesesakan yang teruk di kawasan bandar putra permai , parlimen telah sedia maklum  perkara tersebut , tetapi kos yang tinggi kerajaan tiada duit.. apapun yb gobin meminta mbpj mempercepatkan pembukaan jalan yang sedia ada ke LEP 4. perkara2 lain seperti sambung jalan ke desaminium dan tentang pembinaan sek agama akan di bincangkan dalam mesyuarat dengan ahli jkk selepas ini lagi ..... majlis bersurai ....





Cerita tentang Ammar

Program ni, bawa ammar sekali...masa ni tengah train ammar untuk xpakai diapers ... masa kat rumah dia dah pandai bagitahu nak buang air ... masa taklimat ada angin sepoi-sepoi...ada pula jamuan air cendol dengan rojak...masa tu ammar dah bagitahu nak buang air...tapi aku tak alert ... baru perasan bila ada sorang  kakak bagitahu yang anak dah terkucil...huhuhu...cover line tanya .."knp ammar tak bagitahu"...dia jawab "abi laaa...abi laaa" hihihi betul la salah abi....semenjak hari tu dia dah tak terkucil...sehari je train abg ammar...sebelah malam pakaikan juga , bkn apa takut2 dia terkucil masa tidur...tapi bila bangun tidur ada diapers , dia akan marah, tanya sapa yang pakaikan ...umi ke abi...hihi..seminggu lepas tu sebelah malam pun dah tak pakai....
semenjak dua menjak ni, bangun dari tidur sebelah pagi tengok ammar berbogel....hairan juga ...rupanya waktu malam, ammar akan bangun , turun dari katil dan pergi toilet sendiri.  Asalkan lampu toilet menyala...dia dh boleh basuh sendiri bird dia...bsuh tangan, basuh kaki lepas tu tarik pum.....geli hati juga bila tengok gelagat dia masa terjaga nak pergi buang air...ada sekali tu aku tidur lewat...ammar bangun pusing2 tempat sama dua tiga kali sebab mamai lagi..bila tegur baru dia straight ke toilet sambil berlari...hihihi masa ni ammar 3 tahun 2 bulan....cukup2 berdisplin...

Ahad, 17 Februari 2013

Kenduri MAle Nurse @ BAtu PAhat




Hujung minggu lepas berkonvoi dengan kawan-kawan ummie ke batu pahat bagi meraikan majlis kenduri . Bertolak dari rumah pukul 9 pagi, tunggu kawan-kawan ummi di RnR senawang ..3 buah kereta semua perempuan.... exit tol air hitam sampai rumah pengantin lebih kurang pukul 1 tengahari ..

setiap rumah ada jambatan


rumah pengantin

masa sampai pengantin baru nak mula makan beradap . ..Selamat pengantin baru buat hapiz (male nurse) dan pasangan semoga bahagia hingga akhir hayat aminn...
makan beradap


menu nasi bariani ..masakan katering dia best..nyum..nyum
Lepas siap makan tunggu ummi bergambar dengan kawan2 dia dlu kat dalam umah, aku duduk kat luar sambil dok perhati tetamu yang datang kebanyakan pakai songkok tinggi-tinggi...hihihi

ammar makan biskut
Masa bertolak balik singgah dulu di Air hitam, banyak barangan kraftangan dan cenderahati yang di jual kat sini ......pusing-pusing cuci mata sambil tambah koleksi bantal upin ipin ammar...
koleksi baju


ralik dok tengok bantal dengan burung dalam sangkar

antara mainan yang di jual.. mujur takde kereta..selamat.. 

dah boleh khandok aiskrim dengan air bland

Khamis, 14 Februari 2013

Kenduri Wani @ Kg Bukit Abal Pasir Puteh


Esoknya pergi makan kenduri umah mak teh merangkap tok sedara di kampung bukit Abal Pasir Puteh , Selamat pengantin Baru buat wani n pasangan semoga bahagia sehingga akhir hayat ..amin ..  

muda jong gulai pum..kihkih

pengantin baru

kek pengantin
Lepas makan gulai pergi melawat mak saudara dan waris2 sekitar kampung bukit abal, sambil2 tunggu ayoh and mak ammar dari sri jenut ... pukul 7 malam bertolak balik ke KL melalui terengganu, try laluan baru..p.putih-sg tong-LPT- bukit besi - Lpt semula- kuantan-KL ..Alhamdulillah selamat sampai pukul 3 pagi ..

berhenti rehat masa dalam perjalanan

Rabu, 13 Februari 2013

Kenduri & Mandi manda @ Pantai Melawi Bachok


Sebelah tengahari terus ke kenduri mak sepupu ummi di kampung merkang pasir putih , lepas tu sambung g ke kenduri adik esyam di kg Aur melawi bachok..

banner pegantin


pengantin perempuan

Tepi umah pengantin dekat dengan pantai sri aur...lepas siap makan pergi tepi pantai sambil2 jamu mata... ammar minta nak mandi.....apa lagi layan ammar mandi....

panorama petang


dah mula berlari

santai


layan ammar main kejar2
 Lepas siap mandi hari dah petang , isyam tawarkan chalet dia untuk kami bermalam...sebab sebelah malam ada kenduri satu lagi di bachok.. jadi kami ambil keputusan bermalam di chalet eye syam....

Info : Family isyam ada beberapa biji chalet untuk di sewa kepada pengunjung tempatan dan luar..

Sebelah malam kami pergi makan kenduri lagi di bachok berdekatan pantai irama...
esoknya, ronda-ronda bawa ammar tengok pemandangan di sekitar chalet ...tapi yang ammar paling teruja, bila dapat tengok lembuu....hihihi

bilik kitaorang

beberapa buah chalet

main di taman permainan

sempat panggil pakcik aiskrim yang lalu menyusuri pantai

tengok lembu

pemandangan sekitar




lembu besar




http://4.bp.blogspot.com/-JF6712BTA-U/T2Z5ZRTOrOI/AAAAAAAABn4/cXZsvDO8Hzs/s1600/anon5.png