expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Cari Artikal

Isnin, 18 Februari 2013

Sepetang Bersama YB Parlimen Puchong @Taman Lestari Putra


Satu perjumpaan pemimpin dan persatuan penduduk dengan wakil MBPJ telah di adakan pada 17-02-2013 , perjumpaan ini antaranya bertujuan membincangkan dan mengajukan soalan kepada MBPJ tentang masalah jalan dan infra di kawasan taman lestari putra . Majlis sepatutnya berlangsung pukul 5.30 petang , tetapi di mulakan lewat di sebabkan YB gobin sesat jalan .  

banner
Jamuan ringan turut disediakan iaitu rojak mee dan cendol . Sambil menunggu majlis di mulakan ,makan duluu...hihi
 
YB gobin,  jurutera  MBPJ  dan JKKk
mengikut penerangan jurutera mbpj, pihak pemaju belum serahkan kepada mbpj jalan sedia ada yang masih belum di buka .... tentang jalan sepatutnya bersambung ke taman desaminium, mesyuarat akan di adakan lagi membincangkan dengan lebih detail ... tentang kesesakan teruk , mbpj telah membuat perancangan dengan membina jalan bertingkat di hadapan gaint seri kembangan(bru dlm kajian ) perkara tersebut telah di bawa di dalam mesyuarat... serba sedikit apa yang aku faham...

antara penduduk yang hadir
 Penduduk ada mencadangkan untuk hidupkan lampu jalan walaupun  laluan jalan sedia ada tidak di gunakan bagi mengelakkan jalan tersebut menjadi tempat persembunyian pihak yang tidak berkenaan .. cadangan tersebut telah di laksanakan beberapa hari selepas perjumpaan ini .

 Yb gobin ada juga menjawab soalan dan mengajukan soalan kepada wakil mbpj ... apa yang di fahamkan  tentang kesesakan yang teruk di kawasan bandar putra permai , parlimen telah sedia maklum  perkara tersebut , tetapi kos yang tinggi kerajaan tiada duit.. apapun yb gobin meminta mbpj mempercepatkan pembukaan jalan yang sedia ada ke LEP 4. perkara2 lain seperti sambung jalan ke desaminium dan tentang pembinaan sek agama akan di bincangkan dalam mesyuarat dengan ahli jkk selepas ini lagi ..... majlis bersurai ....





Cerita tentang Ammar

Program ni, bawa ammar sekali...masa ni tengah train ammar untuk xpakai diapers ... masa kat rumah dia dah pandai bagitahu nak buang air ... masa taklimat ada angin sepoi-sepoi...ada pula jamuan air cendol dengan rojak...masa tu ammar dah bagitahu nak buang air...tapi aku tak alert ... baru perasan bila ada sorang  kakak bagitahu yang anak dah terkucil...huhuhu...cover line tanya .."knp ammar tak bagitahu"...dia jawab "abi laaa...abi laaa" hihihi betul la salah abi....semenjak hari tu dia dah tak terkucil...sehari je train abg ammar...sebelah malam pakaikan juga , bkn apa takut2 dia terkucil masa tidur...tapi bila bangun tidur ada diapers , dia akan marah, tanya sapa yang pakaikan ...umi ke abi...hihi..seminggu lepas tu sebelah malam pun dah tak pakai....
semenjak dua menjak ni, bangun dari tidur sebelah pagi tengok ammar berbogel....hairan juga ...rupanya waktu malam, ammar akan bangun , turun dari katil dan pergi toilet sendiri.  Asalkan lampu toilet menyala...dia dh boleh basuh sendiri bird dia...bsuh tangan, basuh kaki lepas tu tarik pum.....geli hati juga bila tengok gelagat dia masa terjaga nak pergi buang air...ada sekali tu aku tidur lewat...ammar bangun pusing2 tempat sama dua tiga kali sebab mamai lagi..bila tegur baru dia straight ke toilet sambil berlari...hihihi masa ni ammar 3 tahun 2 bulan....cukup2 berdisplin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhFw0Pey0Xh9FusCUaru47sancuUt8V-vGzfO2wTsxW_c2JqQ8ePygXdbnbflqv4mD-c-OVzNWz7jFxnY9icwut4f8uW6QMKTizUBvzfqb7jVMkzgVdc4_q1xqV58BpxgnuvkeONXOF1i4/s1600/anon5.png