expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Cari Artikal

Rabu, 18 April 2012

Percutian Ke Bumi Borneo / Pasar Philipine, tamparuli Part 3

HARI KETIGA , 8 April 2012 (AHAD)


Kitaorang breakfast dulu kat hotel yang telah di sediakan, hari nie my hero tak nak bagun tidur..masih kepenatan . Perjalanan perlu di teruskan untuk hari ke tiga, hari last kitaorang berada di bumi borneo . Hari ni just plan pusing-pusing KK saja.

masih keletihan
 Pukul 11.00 check out dari hotel set GPS ke Plaza Warisan .Kat situ hanya pusing2 je sambil tunggu press dari kota belud . Lepas tu ke pasar philipine . Pasar tu berdekatan bandar KK je  . Banyak jual barang kraftagan , mutiara , keropok dan ikan masin .

pasar pagi dah berkemas, bot2 baru mendarat


survay harga

 Harga yang di letak agak tinggi, lepas tu kebiasaannya penjual akan memberi potongan seperuh dari harga yang di letakkan. nak lagi murah kena pandai proses tawar menawar . yang paling glemer mutiara ..ada jenis dari air tawar dan air masin , pasal bab nie bagi kaum ibu je pilih.. hihi

gitaris


kat hadapan pasar
Barang dah penuh sampai tak muat avanza , terpaksa tumpang kereta kakak press, Baru pukul 2.00, masa panjang lagi, Kitaorang pergi ke tamparuli plak, tengok replika rumah terbalik , jarak dari KK 33km, singgah di jambatan gantung tamparuli .



terapung gaya naruto
hampir pukul 4.30 petang kitaorang bertolak balik ke KK untuk hantar kereta . Waktu flight  KK 7.30- KL 9.30, jadi masa ada lagi, kami ambil keputusan hantar kereta kat masjid negeri ,leh solat dan rehat kat situ .  


berkumpul di masjid negeri
Lebih kurang pukul 6.30 petang kami bertolak ke terminal guna kereta kakak press. TQ kakak press sebab join kitaorang dan merangkap tuor guide kali nie .


posing dulu kat airport , press g beli aiskrim


masih keletihan, tido dalam flight


AK5113 KK-KL
    Selamat sampai KL pukul 10.30malam, pergi makan kat bandar putra permai dulu . dan balik ke distinasi masing2. Maka berakhir la trip yang ke dua generasi 84 semuara . semoga semuanya happy..Ada rezeki jumpa di next trip pulaa yee...    


Di hari pertama Percutian Ke Bumi Borneo /taman tunku Abd Rahman

Di hari kedua Percutian Ke Bumi Borneo/ Kinabalu Park,Ranau,Kundasan

Jumaat, 13 April 2012

Percutian Ke Bumi Borneo/ Kinabalu Park,Ranau,Kundasan part 2

HARI KEDUA, 7 April 2012 (SABTU)


                                    


Hari kedua , selepas breakfast, kitaorang bersiap menuju ke gunung kinabalu park, jarak dari kota kinabalu ke kinabalu park lebih kurang 95km, tapi kali nie kitaorang set GPS ke kota belud dulu sebab nak konvoi dengan press bersama kakaknya , jadi jarak bertambah 170km . Sambil menikmati perjalanan yang menghijau perjalanan jauh tidak berapa terasa .



Semasa perjalanan, singgah berhenti dulu di tempat jual kraftagan tepi jalan , member dari changlung beli set pemanah dan supit untuk gantung kat dinding, dia cakap murah kalau cmron highland 80ringgit orang asli jual, kat sni rm20 ringgt je. tapi dia takut tak lepas nak bawak naik flight sebab ada besi . last2 beli juga. hehe .. press beli aiskrim jamu kat anak2, abe Raa settelkn akil buang air besar, kaum ibu merayau shopping..aku jaga kereta..hihi

puncak sebelah kiri

Dari jauh dah nampak gunung Kinabalu..parking tepi jalan dulu untuk ambik shoot yg menarik skit ..sampai kat taman kinabalu bayaran masuk rm3/seorang , terus ke pintu gerbang pendakian. tapi sampai cuaca dah berkabus plak..kat situ banyak tupai yang jinak2..lama skit kat situ layan hero2 dok acah bagi makan  tupai.  


three warriors Alif, Ammar dan Akil

posing nga makwe


tupai jinak mungkin dah biasa dengan kehadiran org
check point pendakian



lepas tu kitaorang bertolak menuju poring, melalui kundasan singgah makan tengah hari dulu dan solat kat masjid jamek daerah kundasan sambil mandikan anak2 yang dah lenguh seharian dok atas kereta, airnya sejuk macam kat cmron highland. cuaca pun agak dingin mendamaikan...

santai kat masjid dulu..Akid Akil dn Ammar

pemandangan di kundasan cuaca agak dingin

Semua dah settel, kitaorang sambung lagi perjalanan ke poring hot spring, jarak dari kundasan 34km , jalan bengkang bekok , naik dan turun bukit , sampai kat hot spring anak2 semua dah tidur kepenatan. Kat situ kitaorang sampai pkul 5.30 petang. bayaran masuk 3 ringgit seorang .tempat tu di buka sehingga 6.30 ptg    


pikul kamera geng changlung , dukun anak abe Raa, jersi klate press,

air lata poring

tempat mandi
posing dulu
6.30 petang hari dah gelap balik terus ke KK, sampai KK pukul 9.15 malam,  selepas melalui jalan benkang bengkok, turun naik bukit dalam keadaan hujan . Mujur ada abe raa drive pro. sampai kk, kitaorang balik hotel tapi tak masuk bilik, cuma singgah minum kat kedai tepi hotel, sebab ada perancagan sambung jalan-jalan di pasar malam philipine plak...



muka anak nga bapa saling kepenatan
.. walaupun dah penat, tapi semua masih bersemangat,  bila sampai kat pasar malam, kaum ibu pusing sakan plak...kaum bpa laa terpaksa mendukun anak, bagi peluang diaorang shopping..tunggu punye tunggu dah pukul 11.00 malam ,
mutiara air tawar , air masin lain harga
 lepas tu kita orang pergi makan di tanjung aru tepi pantai, berdekatan dengan hotel je, harga makanan kat situ agak mahal..lepas makan terus balik ke bilik dan tidurr ..sambung hari ke tiga pula...





minum dulu agak2 xcukup tambah lagi

Khamis, 12 April 2012

Percutian Ke Bumi Borneo /taman tunku Abd Rahman part 1



Kali ni 4 keluarga menyertai Trip ke Sabah. second trip utk gathering geng smuara84 . Member dari changlung dah sampai kat umah pkul 11 malam, yang dari kelantan masih otw .

Semua teruja sebab 1st naik kapal terbang kecuali ammar dan ummi dah 3 kali abe Ra 2 kali termasuk yang ni . Salah satu sebab aku pilih percutian ke sabah setelah dapat baucer penginapan dari takaful etiqa .

HARI PERTAMA, 6 April 2012 (JUMAAT)

Seawal jam 4 pagi kitaorang dah bersiap untuk memulakan perjalanan selepas  semuanya tiba berkumpul kat rumah aku. Kitaorang bertolak menggunakan 2 buah kereta dari rumah aku ke LCCT mengambil masa 20 minit, parking kereta kat tune hotel .Caj RM20/hari .   Flight dari KL 6.30pg sampai KK 9.00 pg . Masa kat dalam flight tubuh my hero makin panas , seminggu sebelum ni memang dia demam tapi on off, sekejap o.k, sekajp x o.k..



Ingat nak bagi ubat buntut nanti sampai airport, tapi anak dok merenggek jee..hati tak sedap plak sebab kat tangan dah naik merah2, kjutkan ummi yang lena tidur kat sebelah minta masukkan ubat buntut trus kat my hero. Nak masuk sabah kene ambik pas imigresen, lepas tu member call owner kereta sewa yang sebelum nie dah tempah , kitaorang panggil press  (ketua rombongan singkatan presiden), hehe mcm2..kitaorang ambik kereta Avanza untuk 3 family, press naik kereta Myvi dengan kakaknya yang mengajar kat situ.


Dari airport ke Hotel Crown borneo sekejap je, sebab dekat dengan airport, yang terletak di tanjung aru. Kitaorang check in, lepas tu turun makan kedai sebelah hotel . bincang- bincang tempat nak tuju. First distinasi ke jeti jesselton point . catar terus satu bot dapat Rm280.00 pergi ke tiga pulau.  jaket dan peralatan untuk snokling rm10 satu . perkhidmatan hanya sampai pukul 4.30 sahaja  




 Alhamdulillah lepas masuk ubat buntut my hero dah kembali aktif, dia plak yang tak sabar nak mandi .. Pulau pertama ke pulau sapi,  kat sini ramai pelancong asing dan agak padat sikit. sebelum tu kitaorang dah bagi masa kat pamndu bot selepas 1 jam datang ambik, setiap pulau memang tepat masa dia datang . 5 bintang utk pmandu bot.hehe..

sedang bagi ikan makan



Pulau ke dua ke pulau mamutik , kat sini agak selesa sebab tak padat sangat dengan orang , lagipun persisir dia teduh dengan pokok2 ,
pintu masuk pulau mamutik


main guling-guling




santai dengan my hero


last sekali kitaorang pergi pulau manukan kebanyakan orang kata pulau ni paling cantik. kat sini mandi paling lama sambil snokling bapa2 je  layan sebab anak2 dah penat...




rombongan chek kiah


Balik ke bilik dalam pukul 5.30petang, 6.30 keluar balik pusing-pusing bandar KK, awal kat sini gelap. cari port kedai ikan bakar plak. lalu depan pasar philipine jalan jem plak 2,3 kali pusing ambik keputusan makan kat tepi pasar bawah khemah . Ada macam2 lauk sotong/ikan/udang yang murah2 je memang puas hati la kitaorang makan kat situ . lepas makan semua dah penat. Anak-anak masing2 dah meragam sebab terlalu penat. apa lagi balik bilik tidur..haha  sambung hari ke dua plak..    















http://4.bp.blogspot.com/-JF6712BTA-U/T2Z5ZRTOrOI/AAAAAAAABn4/cXZsvDO8Hzs/s1600/anon5.png