Kali ni 4 keluarga menyertai Trip ke Sabah. second trip utk gathering geng smuara84 . Member dari changlung dah sampai kat umah pkul 11 malam, yang dari kelantan masih otw .
Semua teruja sebab 1st naik kapal terbang kecuali ammar dan ummi dah 3 kali abe Ra 2 kali termasuk yang ni . Salah satu sebab aku pilih percutian ke sabah setelah dapat baucer penginapan dari takaful etiqa .
HARI PERTAMA, 6 April 2012 (JUMAAT)
Seawal jam 4 pagi kitaorang dah bersiap untuk memulakan perjalanan selepas semuanya tiba berkumpul kat rumah aku. Kitaorang bertolak menggunakan 2 buah kereta dari rumah aku ke LCCT mengambil masa 20 minit, parking kereta kat tune hotel .Caj RM20/hari . Flight dari KL 6.30pg sampai KK 9.00 pg . Masa kat dalam flight tubuh my hero makin panas , seminggu sebelum ni memang dia demam tapi on off, sekejap o.k, sekajp x o.k..
Ingat nak bagi ubat buntut nanti sampai airport, tapi anak dok merenggek jee..hati tak sedap plak sebab kat tangan dah naik merah2, kjutkan ummi yang lena tidur kat sebelah minta masukkan ubat buntut trus kat my hero. Nak masuk sabah kene ambik pas imigresen, lepas tu member call owner kereta sewa yang sebelum nie dah tempah , kitaorang panggil press (ketua rombongan singkatan presiden), hehe mcm2..kitaorang ambik kereta Avanza untuk 3 family, press naik kereta Myvi dengan kakaknya yang mengajar kat situ.
Dari airport ke Hotel Crown borneo sekejap je, sebab dekat dengan airport, yang terletak di tanjung aru. Kitaorang check in, lepas tu turun makan kedai sebelah hotel . bincang- bincang tempat nak tuju. First distinasi ke jeti jesselton point . catar terus satu bot dapat Rm280.00 pergi ke tiga pulau. jaket dan peralatan untuk snokling rm10 satu . perkhidmatan hanya sampai pukul 4.30 sahaja
Alhamdulillah lepas masuk ubat buntut my hero dah kembali aktif, dia plak yang tak sabar nak mandi .. Pulau pertama ke pulau sapi, kat sini ramai pelancong asing dan agak padat sikit. sebelum tu kitaorang dah bagi masa kat pamndu bot selepas 1 jam datang ambik, setiap pulau memang tepat masa dia datang . 5 bintang utk pmandu bot.hehe..
sedang bagi ikan makan |
Pulau ke dua ke pulau mamutik , kat sini agak selesa sebab tak padat sangat dengan orang , lagipun persisir dia teduh dengan pokok2 ,
pintu masuk pulau mamutik |
main guling-guling |
santai dengan my hero |
last sekali kitaorang pergi pulau manukan kebanyakan orang kata pulau ni paling cantik. kat sini mandi paling lama sambil snokling bapa2 je layan sebab anak2 dah penat...
rombongan chek kiah |
Balik ke bilik dalam pukul 5.30petang, 6.30 keluar balik pusing-pusing bandar KK, awal kat sini gelap. cari port kedai ikan bakar plak. lalu depan pasar philipine jalan jem plak 2,3 kali pusing ambik keputusan makan kat tepi pasar bawah khemah . Ada macam2 lauk sotong/ikan/udang yang murah2 je memang puas hati la kitaorang makan kat situ . lepas makan semua dah penat. Anak-anak masing2 dah meragam sebab terlalu penat. apa lagi balik bilik tidur..haha sambung hari ke dua plak..
Bersambung Hari KeDua Percutian Ke Bumi Borneo/ Kinabalu Park,Ranau,Kundasan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan