expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Cari Artikal

Jumaat, 24 Februari 2012

Kecederaan Kepala


TAkziah UtK Keluarga AdK FARiS

Syahdu , sayu dan begitu menyentuh perasaan bila membaca kisah adik Faris di blog mazidul akmal sidik di sini  , Semoga ayah dan keluarganya tabah ,

Semasa membaca entri mazidul kali ni dari FB ayanhnya "faris semakin kritikal, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah," teringat balik situasi genting berlaku pada my hero ammar iskandar sehari selepas menyambut hari lahirnya.

Masa tu dalam pukul 11 malam , my hero dah siap untuk tidur kat bilik tapi tak jadi sebab abi masih lagi tengok tv , my hero sambung main dengan belon yang dapat kat umah jiran sambut birthday sebelah petang .

Tengah main2  my hero terpijak belon dan terus terlentang . Sekali je dia menjerit memang kuat tp lepas tu  terus senyap, Ummi  dukung, peluk ammar, tapi dah tak bergerak , panggil pun tak de respon . serta merta mulut dan badannya berubah biru...ummi dah mula menangis , aku cepat2 dukung gosok badan ammar , masih tak de respon, tubuhnya dah mula kejang , masa tu memang keadaan panik , tak tahu nak buat apa.

gambar hiasan
Dalam kepala nak hantar hospital tapi nak buka pintu rumah tak dapat...ummi masih lagi cuba kejutkan ammar supaya sedar...nampak mata my hero lali nak tertutup aku ambil dukung dan cakap jangan tidur!!!,bagunn!!...Allah...Allah..Allah...Ammar kuat!!! xsemena-mena my heroo celik mata dan terus menangis dan rasa jantung berdengup kencang...Ya Allah masa tu memang rasa legaaa sangat tak dapat di gambarkan....

Untuk pastikan keadaanya kami hantar juga ke unit kecemasan hospital serdang..DR nasihat kena pantau dalam 24 jam takut ada siptom2 yang merbahaya melibatkan kecederan kepala. Alhamdulillah tiada apa yang berlaku..tapi sehingga kini kami masih trauma...semoga ammar sentiasa sihat selalu...aminnn  

Khamis, 16 Februari 2012

Tak de Sivik punye Cleaner (indon)......

Tertengok mak cik cleaner dengan penyodok sampah berisi air dengan selambaa....chuuuuuuuuuuu...buang air dari penyodok ikut beranda ..... mungkin tak perasan ada kain yang di jemur kat bawah.dalam ati aku "kesian habis kain yang di jemur kotor..."
sekali lagi makcik tu buat ...
Aku ; Makcik ada bajuu kat bawah...
makcik ; taaahuuuuuuuuuuuu.....(mimik muka yg xbleh blah)
aku : aik macam tak bersalah jeaa...!!!(report kat mazidul bru thu hihi)

Sekali lagi makcik tu buat aku nak tangkap gambar...daahh dia buat sekali lagi...huuu.
nasib bukan DSLR ..hihi
sempat jg shoot mak cik indon dgn penyodok


Majlis Dialog Keselamatan Penduduk Taman Lestari Putra 4 Dengan Polis ,MPSJ dan Jab Perhutanan

Persatuan penduduk LEP 4 telah mengadakan sesi Dialog bersama pihak polis IPD Serdang pada hari ahad yang lepas . Ini berikutan kes rompakan semakin kerap berlaku di kawasan kejiranan . Apa yang di maklumkan oleh pihak polis ,
Statistik rompakan sekitar taman lestari putra pada tahun 2011 empat kes telah di rekodkan.   Pada tahun 2012 setakat Bulan Feb tiga rompakan telah di laporkan .Kejadian ini berlaku mungkin di sebabkan kurangnya kerjasama dan keprihatinan di kalangan kejiranan .
Di samping itu kedudukan Taman Lestari Putra bersebelahan dengan Hutan Simpan yang memudahkan penjenayah meloloskan diri.  Pihak polis telah menamakan ops rantau ini kerana suspek penjenayah di anggotai warga asing modus operandisnya pecah rumah , ikat mangsa dan rompak dengan bersenjatakan parang .
 Kebiasaan kejadian berlaku pada hari khamis malam jumaat atau hari ahad malam isnin . Malam tersebut di takrifkan malam keletihan melampua"-Ketua Polis Serdang . Semasa Sesi Dialog berlangsung , pihak Polis meminta kerjasama dari penduduk supaya mengadakan kawalan rukun tetangga dan kenal mengenal di antara jiran tetangga.
Ketua Ipd juga memaklum kepada Persatuan penduduk supaya menngunakan orang berpengaruh  yang tinggal di taman lestari Putra 4 untuk meminta bantuan mewujudkan balai polis dan sebagainya.
Antara VIp yang berada di kejiranan LEP 4 s/u  menteri ,  dan 7 pegawai Polis juga tinggal di kejiranan LEP 4 yang antaranya di bahagian ketentraman awam .
 Pihak Mpsj perlu memastikan keadaan lampu dan pencahayaan di berikan  di tempat-tempat yang gelap. Pihak perhutanan akan mengkaji  kesesuaian untuk membina pagar mengelilingi hutan simpan yang bersebelahan taman Lestari PUtra supaya tiada pencerobohan di kawasan hutan simpan. .
Semoga Sesi dialog serta penerangan dari semua jabatan dapat menyedarkan penduduk yang pentingnya kerjasama dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman keluarga, penduduk dan kejiranan bagi mengelak berlakunya jenayah..

banner jemputan

sesi dialog sedang belangsung
minum duluuu..

sambil2 melayan my heroo



 
jamuan ringan..

anggota pengawal berkuda

Generasi masa depan

Rabu, 8 Februari 2012

Cuti-cuti Cameron Highland

Cuti sempena maulud nabi dan taipusam yang lepas sempat la bawa hero jalan2 di cameron highland bersama family eye-syam jiran sebelah rumah , bertolak dari rumah pukul 08.45pagi exit di Tapah lebih kurang pukul 11.45 dan sampai di tanah rata dalam pukul 12.45 tghri sebelum tu berhenti sekejap di ladang teh bharat.

Sebelah petang jalan-jalan cari makan di pekan brincang kedai pak nik ikan bakar, tom yam dan ke tempat tanam strowbery dan sayur-sayuran .  Sebelah malam bersiar-siar di pasar malam bricang, setelah habis meronda balik makan malam steamboat yang telah di sediakan di tempat penginapan .

Hari kedua ke ladang dan kilang teh boh Sg Palas . Melalui jalan yang muat satu kereta sahaja .kalau bertembung dengan kereta di hadapan kena pandai2 cari tempat yang agak2 muat untuk berselisih . Dari simpang jalan besar masuk ke ladang teh jarak lebih kurang 3.5KM .  pemandangan yang menarik di fahamkan tempat pengambaran filem ombak rindu . selepas tu pergi ke pasar pagi kawasan rose center untuk  ummi beli-belah sblm bertolak balik ke Kl ..antara view ladang teh sg palas ..


santai menikmati udara dingin


tunggu giliran semasa mahu selisih . pakcik makcik super bike..memang respect la dgn diorang wlpn berumur tetapi maih lagi power 
posing di ladang teh




di tepi anjung angin dingin sepoi2 bahasa sambil menghirup teh urmmmmm...

layan pemandagan yang mempesonakan

hadapan singboard kilang teh boh

boh tea centre terjumpa pengantin tengah hanymoon piwiiiitt


View dalam ombak rindu
hero dah terlina penat berlari

otw balik

singgah beli petai di bangsa oorang asli

jumpa lagi Cameron Highland di lain masa .
http://4.bp.blogspot.com/-JF6712BTA-U/T2Z5ZRTOrOI/AAAAAAAABn4/cXZsvDO8Hzs/s1600/anon5.png