expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Cari Artikal

Jumaat, 24 Februari 2012

Kecederaan Kepala


TAkziah UtK Keluarga AdK FARiS

Syahdu , sayu dan begitu menyentuh perasaan bila membaca kisah adik Faris di blog mazidul akmal sidik di sini  , Semoga ayah dan keluarganya tabah ,

Semasa membaca entri mazidul kali ni dari FB ayanhnya "faris semakin kritikal, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah," teringat balik situasi genting berlaku pada my hero ammar iskandar sehari selepas menyambut hari lahirnya.

Masa tu dalam pukul 11 malam , my hero dah siap untuk tidur kat bilik tapi tak jadi sebab abi masih lagi tengok tv , my hero sambung main dengan belon yang dapat kat umah jiran sambut birthday sebelah petang .

Tengah main2  my hero terpijak belon dan terus terlentang . Sekali je dia menjerit memang kuat tp lepas tu  terus senyap, Ummi  dukung, peluk ammar, tapi dah tak bergerak , panggil pun tak de respon . serta merta mulut dan badannya berubah biru...ummi dah mula menangis , aku cepat2 dukung gosok badan ammar , masih tak de respon, tubuhnya dah mula kejang , masa tu memang keadaan panik , tak tahu nak buat apa.

gambar hiasan
Dalam kepala nak hantar hospital tapi nak buka pintu rumah tak dapat...ummi masih lagi cuba kejutkan ammar supaya sedar...nampak mata my hero lali nak tertutup aku ambil dukung dan cakap jangan tidur!!!,bagunn!!...Allah...Allah..Allah...Ammar kuat!!! xsemena-mena my heroo celik mata dan terus menangis dan rasa jantung berdengup kencang...Ya Allah masa tu memang rasa legaaa sangat tak dapat di gambarkan....

Untuk pastikan keadaanya kami hantar juga ke unit kecemasan hospital serdang..DR nasihat kena pantau dalam 24 jam takut ada siptom2 yang merbahaya melibatkan kecederan kepala. Alhamdulillah tiada apa yang berlaku..tapi sehingga kini kami masih trauma...semoga ammar sentiasa sihat selalu...aminnn  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

http://4.bp.blogspot.com/-JF6712BTA-U/T2Z5ZRTOrOI/AAAAAAAABn4/cXZsvDO8Hzs/s1600/anon5.png