expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Rabu, 26 Disember 2012

Bukit Tinggi 2012


Jalan-Jalan di bukit tinggi last pegi kat sini masa tu ammar baru 5 bulan , tiket skli masuk kat sini 12 inggit seorang . Jalan-jalan habiskan cuti hujung minggu , selain cuaca yg dingin kat sini ada perkampungan perancis dan jepun..apa yang best pemandangan yang menarik .

jambatan menghubungkan perkampungan perancis

Pemandangan perkampungan jepun , kereta boleh sampai ke atas. parking dan perlu berjalan sambil mendaki sedikit untuk sampai ke perkampungan jepun ..

KAt situ ada restoran jepun dan spa , ada juga replika rumah jepun.. kalau nak boleh try pakai pakaian tradisi jepun kimono untuk bergambar ..


berhent rhat jap...pnatt

ammar sporting posing dlu hii


landskap di perkampungan jepun

replika rumah jepuun


seblah turun ammar dah tak nak jalan..hhuhu

PErkampungan perancis ada hotel, ingat nak check in tapi masa ni dah penuh sebab ada syarikat buat family day ... masa kitaorang sampai ada persembahan akrobatik yang di bawa khas dari negara china ...
layan persembahan ...


kasih ayah ...hihihi

pemandagan hotel dari tingkat 4


 
 

bila time nak balik dah tak nak jalan...huhuhu

Masa balik singgah masuk KL pusing-pusing KL dlu...hari cuti jalan tak jem...singgah kampung baru..pekena nasi lemak antarabangsa dengan Air kelapa  campur nenas, 2 pinggan nasi lemak sekali hadap...hihi lepas siap makan baru balik umah...





menara klcc
 
 
nasi lemak antarabangsa

air kelapa + nenas

  

Selasa, 25 Disember 2012

Family Day @ Agrotek Garden Resort




Hari sabtu minggu lepas, join family day opiz yg di adakan di Taman Agrotek Resort Hulu Langat, Berkumpul di Opis pukul 11.30 pagi, ambil makanan tengahari di bekalkan siap2 oleh urusetia , dengar dlu ucapan oleh Boss Hj Ismail dan di iringi bacaan doa selamat, tepat pukul 12.00 bergerak ke distinasi  berkonvoi dengan 30 biji kereta . kali nie tiada acara pencarian harta karun seperti tahun lepas... tahun lepas aku no 2..hihi

bacaan doa
Perjalanan mengambil masa 30 minit dari tempat berkumpul  ke agrotek resort...untuk masuk kawasan resort, perlu menuruni bukit yang agak curam ke tempat parking kereta perlu berhati2 ... ....Semua selamat sampai, masa berjalan masuk, kitaorang di rai dengan taburan bunga oleh kakitangan agrotek garden... Selepas tu ambil kunci bilik yang dah di bahagikan mengikut jumlah family ....check in  rehat solat zohor dan makan tengahari dulu...


teratai di tasik madu

ammar xnk masuk bilik ralik tgk ikan
Lepas solat zohor ,  berkumpul di dewan makan untuk persiapan acara sukaneka , kanak2 dapat belon angry bird sorang satu ..tapi bapa2 kena sendiri tiup hihi.., tapi sebelum tu minum petang duluu... menu cendol dan kuih muih..

rupanay ammar suka cendol hihi
Berkumpul di padang ,acara sukaneka bermulaa peserta di bahagikan 4 kumpulan ..merah , hijau , kuning dan ungu ... setiap kumpulan 20 peserta tapi yg wajib masuk acara 10 peserta...setiap kumpulan di anggota semua peringkat umur kecuali 5 tahun ke bawah .....acara yang di pertandingkan seperti bawa bola dalam sudu, ikat kaki berpasangan, dan lain-lain...nampaknya ummi yang banyak masuk acara dari abi sebab ammar merenggek dok ajak abi nak mandi sungai...dah tak makan saman....

taklimat dan peraturan permainan oleh En Jamal


ummi lajuu tarik bola..bakat terpendam hihhi


permainan apa ni ye dah lupa org panggil..


lari ikat kaki

Lepas habis acara kumpulan tiba masa acara ammar, rebut gula-gula ...sebelum mula berkobar2 nampak nak terkam ..tapi bila dah tiup wisel...malu plak terkam...hihi

ammar di garisan

orang lain rebut,  ammar kutip satu2..huhu

dah penuh dalam baju
Last acara baru abi dapat masuk..main boling kelapa ...setiap sorang sekali je balingan ...satu botol jatuh di kira satu mata...dalam ramai2 yg baling termasuk abi hanya dua pserta je yang kena sasaran ...tu pun satu botol sorang dari kumpulan merah...lepas acara sukaneka  , sambung pula cara makan buah durian dan rambutan....



durian terbaik dari ladang

Lepas acara makan durian, tiba acara yang ammar minta dari masa tiba sampai ke acara makan durian.. mandi sungai sampai biru menggigil..hihii..msa mandi ada plak acara air iaitu gusti tolak lawan sampai jatuh ..5 orang sebelah....acara nie team abi menang..hihi





Sebelah malam plak acara  dinner, sebelum pergi ke dewan makan,  acara inividu belah kek anniversery oleh ammar dan ummi...kek tak dapat nak bahagi semua staff jadi dpt bagi yang berjiran dengan bilik teratai 12 saja.....




ahli keluarga And PJ

hadiah cabutan bertuah

hadiah utama cabutan bertuah
Dinner di mulakan pukul 8.30 malam...selepas ucapan boss di iringi bacaan doa oleh tok bilal syam..terus beratur di tempat menu kambing golek... hihi lepas tu baru pergi beratur kat menu ayam bakar, kambing salai, ikan bakar air tawar, udang dan pencuci mulut..semua makanan yang di sediakan sedap..nyumm,,..nyum..nyumm..memang sedap..puas hati..masa makan ammar buat peragai sebab dah ngatuk...asyik dok ajak balik bilik...


Lepas siap makan sambung acara karaoke dan cabutan bertuah..Alhmdulillah masa cabutan bertuah no 30 dapat stand mixer.. hihi tahniah  yang dapat hadiah utama .... 
bilal baca doa makan

kambing bakar


lamb bleck paper

manu yang di sediakan
Keesokan bersiap untuk check out dalam pukul 11.00 tengahari sebelum tu sempat snap lanskap agrotek garden ....lepas tu ke dewan makan untuk lunch sebelum berangkat balik ke distinasi masing-masing...





jambatan

air pancut bertingkat

air terjun



menu lunch



no 30 cabutan bertuah

Isnin, 24 Disember 2012

Happy Anniversery 2012

 
Ummi , Selamat Ulangtahun perkahwinan  pada 10-12-2012 yg lepas..Semoga rumahtangga dan keluarga yang kita  bina mendapat keberkatan dan  rahmat di dunia dan di akhirat...
 
“Rabbana hab lana min azwajina wa zurriyatina qurrata a’ayun, wajaalna lill mutaqiina imama..
Maksudnya: "Ya Tuhan kami berikanlah kepada kami pasangan dan anak-anak (zuriat) yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang yang bertakwa"
 
kek kita sambung potong kat sini
 
 
 
 
Dinner di Ana Ikan Bakar petai bersama ummi dan Ammar
 
 

 

http://4.bp.blogspot.com/-JF6712BTA-U/T2Z5ZRTOrOI/AAAAAAAABn4/cXZsvDO8Hzs/s1600/anon5.png