Sedikit renungan di sampaikan oleh habib Ali dari video....
Sari kata Oleh Ibrahim bin nik Yahya
2. Nabi SAW suka mendukung kanak-kanak..kerana di lihat hasan dan husin atau kedua-duanya di atas bahagian belakang Rasulullah SAW..Suatu hari Anas Bin Malik datang..Dia melihat Nabi SAW dalam keadaan menongkat dua tangan dan dua kakinya dan Hasan dan Husin sedang bermain di atas belakang baginda..Maka dia berkata kepada Nabi SAW ..Sebaik-baik tunggangan adalah tunggangan kamu berdua. Lalu Nabi SAW bersabda : Dan merekalah sebaik-baik penunggang ya Anas..Nabi SAW memberi kepada mereka berdua kedudukan dan kemulian .."bermain penting untuk pembesaran kanak-kanak....juga baik untuk jiwa dan tubuh badan."... Antara keindahan dalam kehidupan Rasulullah...adalah ketika melayani kanak-kanak.Nabi SAW selalu bermain dan bergurau senda dengan kanak-kanak..Pernah baginda mengambil air dan membaling ke muka kanak-kanak....sehingga kanak-kank itu ketawa dan bermain dengannya...Nabi SA memiliki sifat kasihan. Begitu melindungi kanak-kanak. Suatu ketika baginda bersolat di dalam masjid. ketika bersolat ...Umamah binti Zainab datang kepadanya....dan memanjat belakang baginda. Ketika itu baginda dalam keadaan bersujud. Lamanya bersujud sehingga para sahabat menyangka baginda mengalami kekejangan . Setelah selesai bersolat, baginda bersabda; Anak perempuanku ini duduk di atasku...dan dan aku tidak mahu mengganggunya... "Sesiapa yang membimbing anak-anaknya, dia telah menjinakkan hasadnya,".. Nabi SAW mendidik mereka ..membimbing serta menanam nilai murni kepada mereka .Kerana inilah waktu sesuai untuk mendidik mereka ...tentang nilai dan prinsip hidup. Sayidina husin pernah mengambil sebiji kurma yang tidak halal baginya ....kerana zakat tidak halal bagi ahli keluarga baginda...Lalu Nabi mencabut kurma dari mulutnya (Husin) dan berkata...kakh..kahk...Maka dia keluarkan kurma dari mulutnya... dan baginda bersabda; Ia tak halal bagi kita sebagai ahli keluarga Muhamad. Kerana ia adalah zakat.
3. Baginda pernah melihat seorang ibu memanggil anaknya bernama Abdullah . Dia memanggil Ya Abdullah! datang ke sini, aku nak berikan kau sesuatu..Apabila dia datang, baginda bertanya kepada si ibu ; Apa yang kamu berikan kepadanya. Saya akan berikan dia buah kurma. Nabi bersabda; Sekiranya kau tak berikan apa-apa kepadanya...nescaya di tuliskan untuk kau sebagai menipu di sisi Allah. Nabi SAW mengajar kita tentang bercakap benar. Ramai antara kita menipu ketika bermain dengan anaknya. Seperti dia memanggil anaknya kerana ingin memberinya sesuatu tetapi dia berbohong..Dia telah menanam sifat buruk dalam diri anaknya.. Rasulullah SAW suka mendidik kanak-kanak dalam berkata benar...Juga dengan sifat berani..Rasulullah biasa berluma dengan kanak-kanak Nabi SAW pernah meminta anak saudaranya...Abdullah bin Abbas dan beberapa saudara kandungnya...berbaris di sutu tempat dan baginda duduk di satu tempat ..Kemudian baginda memanggil mereka datang kepadanya secara berlumba...apabila sampai mereka telah menjatuhkan badan mereka ke atas dada Rasulullah SAW. Inilah Nabi SAW pemimpin ummah..melayan kanak-kanak dengan penuh lembut dan berakhlak baik. Adakah kita turut sama berakhlak sebegini?
4. Seseorang mungkin memukul budak di sebabkan dia mebaling sesuatu. Juga menengking dan memarahi budak di sebabkan perkara yang remeh...Nabi SAW tak pernah memukul orang lain...dan tak pernah menyakiti kanak-kanak. Nabi meletakkan satu kaedah penting...Perintahkan anakmu bersolat ketika mereka berumur 7 tahun...dan pukullah mereka ketika berumur 10 tahun. Pukul di sini, bukannlah pukulan yang kuat. Tetapi di katakan memukul dengan benda seperti batang siwak. Ia di lakukan agar kanak-kanak betul-betul merasai teguran Rasulullah sendiri tak pernah melakukannya..Tetapi baginda begitu penyayang dan mulia. dalam melayani kanak-kanak. " Jadilah guru ketika dia kecil dan kawan apabila dia meningkat usia."
5. Antara hak asasi utama ayah kepada anak-anak...ialah melindungi anaknya dengan doa-doa. Rasulullah SaW melindungi Hasan dan Husin dengan doa penting . Selepas menyapu mereka berdua, baginda membaca . " Aku berlindung dengan nama Allah yang sempurna ...daripada syaitan dan haiwan berbahaya...dan daripada bahaya hasad"...Sesiapa yang membacanya Ummu Sebyan takkan dapat memudaratkannya . Ia sejenis jin yang suka menyakiti kanak-kanak .
6. Antara layanan baik Rasulullah SAW kepada kanak-kanak...ialah baginda suka mengembirakan mereka. Kerana ingin menghargai dan mengembirakan mereka. Para sahabat biasa membawa kepada Rasulullah SAW buah hasil tuaian pertama .Sebaik saja buah-buahan di kebun mereka masak....baginda akan mengambil , mencium buah tersebut dan bertahmid....kemudian baginda akan memberi kanak-kanak yang paling muda di kawasan itu dengan tujuan memanjai dan menggembirakan kanak tersebut. Kerana Rasulullah SAW suka menghidupkan keceriaan di dalam hati kanak-kanak...Seperti di sebut di dalam beberapa hadis,.Bahawa Allah SWT menyediakan tempat di syurga...bagi mereka yang menghidupkan keceriaan di dalam hati kanak-kanak. Ramai yang suka dan sayangkan kanak-kanak. tetapi maksud di sini, agar kita hayati maksud mencontohi Rasulullah SAW. Apabila saya mencium atau mendakap atau bermain dengan anak saya...saya rasakan ia salah satu daripada jenis ibadah. Atau mencontohi Nabi SAW . Mendekat diri kepada Allah dan Rasulullah.Meningkatkan lagi kecintaan saya kepada allah dan mendapat kecintaan daripada-Nya. Katakanlah, Jika kamumencitai Allah, ikutilah aku...nescaya Allah mencintai kamu. (surah Al Imran;31)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan