expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Cari Artikal

Ahad, 30 Jun 2013

Persiapan Raya @ Jalan TAR KL



Tak lama lagi kita akan menyambut Bulan ramadan ..kali nie dah plan awal-awal untuk persiapan Hari Raya.... nanti senang bila masuk bulan ramadan, dah tak perlu fikir pasal baju raya..lagi pun , kalau beli last minit .. mesti susah nak memilih..dan berjalan dengan jalan jem ....
Pusing-pusing masuk kedai ke luar kedai , last beli di kedai pakaian Aniz juga..sebab kat situ rasanya baju melayu paling murah dan sedap di pakai ...3 tahun berturut-turut dah beli baju melayu kat sini....  

hadapan jalan tar 

lepas siap beli baju raya..ammar nk makan kfc dlu..

testing baju raya ...

Sabtu, 29 Jun 2013

Piala FA 2013 Kelantan Vs JDT




Sepak Mula 8:45 Malam 29 Jun 2013

Gomo Klate Gomo...



minit ke 8 percubaan fakri hampir2 menjaringkan gol

GOOooooooooooooooooooooooooooooLLLL   Goomo Klate Gomo

Klate 1:0 JDT Minit 15:00 Farhan lorongan dari piya

Minit ke 35:00 masih Klate 1-0 JDT  Gomoo klate Gomooo

minit ke 30 rembatan Dickson melewati palang

Minit 35 Dickson hampir-hampir menjaringkan gol..Berjaya di selamatkan penjaga gol

minit 40 fakri menanduk menuju terus ke gawang berjaya di kuis oleh penjaga goll...

 beberapa kali kali percubaan dari farhan dan fakri hampir lagi menghasilkan goll....Gomo klate gomooooo

minit ke 41 indra masuk ganti ropy..

Minit 45 tamat separuh masa klate 1-0 JDT Gomo klate gomoooooooooo..........


separuh masa kedua bermula....

JDT menguasai perlawanan

minit ke 70 fakri mensia-siakan peluang....

minit 71 fakri keluar zairul masuk..

minit 90 telah habis , tambahan masa 5 minit lagi..kelate mengawal bola..

Full time 95'


TRW 1-0 JDT  Gomo Klate Gomoooooo

Tahniah The Red Warrior ...Piala kekal Di Klate ..

This is Kota Bharu ...

PEMAIN TERBAIK

Rabu, 26 Jun 2013

Repair Bumper Saga BLM


Saga Blm masuk bengkel sehari untuk repair bumper, pecah sebab langgar khinzir masa balik kampong baru nie...pergi tiga empat kedai sekitar serdang untuk survey harga ...sume dalam rate        3 ratus ...kos  repair + cat 280 + 100 repair sekali yang kemek lama kat sisi,..




kesan khinzir sebelum di samak


simin sebelum cat
Lepas tu masuk kedai tinted ...kasi gelap lagi tambah tinted 70%...pasang yang cap ayam harga 68ringgit untuk 4 pintu...cermin belakang kena buka yang asal sebab dah masuk angin , upah buka 30 ringgit + pasang baru 70 ringgit...

Isnin, 24 Jun 2013

Gwiyomi versi Ammar

 
 
 
 
serius aku tak pernah bagi tengok video gwiyomi mana-mana versi kat ammar....time nak potong kek malam tu..ammar buat aksi gwiyomi ..tak tahu tengok kat mana....hihihi
satu lagu time dia mandi ada aksi baru...dok joget gangnam style..video tu pun aku tak penah tunjuk kat dia...berhantu sungguh gangnam style nie...wakakaka..
 
 
pipi x normal tp cute...ammar n spupu
 
 

Jariah Senaskah Al quran @ Mahaad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha



Baru-baru nie opis ada buat rombongan ke mahaad tahfiz dan anak yatim fuqaha yang terletak di kg sg merab luar bangi bagi menyampaikan sumbangan al quran dan sedikit wang tunai...Anggota rombongan di ketua sendiri oleh AGM AND PJ....

Pihak Jkkk kelab opiz  telah berjaya  mengumpul sumbangan dan wakaf al quran dari staf opiz ...Semoga acara begini di teruskan lagi dimasa hadapan bagi membantu anak-anak yatim dan pelajar miskin ..kepada yang memberi sumbangan di ucapkan jazakallahu khairan kathira..tahniah kepada pengarah program cik nani dan yang terlibat...

anggota rombongan bergambar dengan anak yatim dan miskin



penerangan serba sedikit dari wakil pihak sekolah




bangunan sekolah



Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha atau MTDF merupakan sebuah institusi pendidikan integrasi menggabungkan kurikulum Tahfiz al-Quran, Akademik KBSM dan kurikulum agama terpilih.

Ia adalah PERCUMA untuk 3 golongan utama iaitu anak-anak yatim, anak-anak ibu tunggal yang tidak berkemampuan dan anak-anak faqir miskin. MTDF merupakan projek pertama Darul Fuqaha dan bernaung di bawah MUASSASAH DARUL FUQAHA. 

Mula beroperasi pada tanggal 14 hb Februari 2004 di tapak utama Darul Fuqaha iaitu " Lot 3283, Jalan IPIS, Sungai Merab Luar, 43000 Kajang, Selangor. Pembiayaan awal MTDF adalah merupakan sumbangan peribadi seorang dermawan Ybhg Datuk Rameli Musa, Naib Pengerusi Eksekutif Ingress Corporation.

Pengajian yang dijalankan oleh pelajar di MTDF agak padat dengan disiplin yang ketat serta tarbiyah yang mantap. Sesi pentarbiyahan dimulakan seawal 4 pagi dan berakhir pada jam 10 malam. kehidupan pelajar sentiasa dipantau agar selari dengan ajaran islam.

MTDF menekankan pentarbiyahan diri, pendidikan akhlak dan pemantapan ilmu serta keterampilan kepimpinan melalui solat berjamaah dan hafazan al-Quran serta pengajian ilmu yang berterusan.


Maahad beroperasi menerusi bantuan tidak berkala secara berterusan dari masyarakat Islam yang prihatin disamping sumbangan daripada pengerusi melalui projek ekonomi peribadi beliau. Justeru itu, sumbangan sangat dialu-alukan untuk meneruskan kelangsungan pengurusan Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha.

Sumbangan boleh dikreditkan ke :


no akaun Bank Islam (12029010045695)

atas nama : MAAHAD TAHFIZ ANAK YATIM DARUL FUQAHA

maklumat lanjut ada di Mahaad tahfiz darul fuqaha

Surah Al Mulk

 
 

Terbaca dalam FB ada ribut, Tanah runtuh , banjir dan gempa bumi...bila masyarakat kita sudah menganggap perkara tersebut adalah Bencana Alam dan bukan bala atau amaran Allah.....Teringat khutbah jumaat 21/06/2013 masjid mardi serdang... mengingatkan tentang ayat 16&17 surah al mulk , untuk pedomen supaya kita sama-sama bertaubat...



Terjemahan Bahasa Melayu ayat 1 - 30 Surah al-Mulk:

[1]Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;

[2]Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);

[3]Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan – (mu) – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?

[4]Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).

[5]Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.

[6]Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

[7]Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak.

[8]Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: “Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?”

[9]Mereka menjawab: “Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! “

[10]Dan mereka berkata: “Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka”.

[11]Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli neraka.

[12]Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.

[13]Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.

[14]Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!

[15]Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).

[16]Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?

[17]Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?

[18]Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu.

[19]Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

[20]Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya.

[21]Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran).

[22]Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: boleh mendapat hidayah – atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata?

[23]Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.

[24]Katakanlah lagi: “Dia lah yang mengembangkan kamu di bumi, dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan”.

[25]Dan mereka (yang ingkar) berkata: “Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar?”

[26]Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi Allah, dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata”.

[27]Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang-orang yang kafir itu, serta dikatakan (kepada mereka): “Inilah dia yang dahulu kamu kerap kali minta disegerakan kedatangannya!”.

[28]Tanyalah (wahai Muhammad, kepada mereka): “Bagaimana fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang yang bersama-sama denganku (sebagaimana yang kamu harap-harapkan), atau Ia memberi rahmat kepada kami (sehingga kami dapat mengalahkan kamu), – maka siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?”.

[29]Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): “Allah Dia lah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya, dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata”.

[30]Katakanlah lagi: “Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?”


kredit matahati-mami.blogspot.com

Sabtu, 22 Jun 2013

Festival Bunga & Taman Putrajaya 2013



Berkunjung di festa flora putrajaya pada hari pertama pembukaan .. masa sampai dah dapat tengok bunga api..kali nie byak pula bunga api meletup..sebelum ni ammar takut bunyi bunga api..tapi bila dah acap kali bunyi ..kurang dah takutnya ..





Masa sampai tu...rupanya kawan dari gombak abe raa n family datang juga ..cari abe raa dulu..tapi line celcom tak dapat buat call ..kaki pun dah lenguh..berhenti mengurut di gerai dengan orang kurang upaya duluu.. urut kaki Rm10 untuk 15minit ... ummi pun join sekali...   lepas urut lega sikit kaki nak berjalan... lepas tu baru jumpa dengan abe raa.. pusing-pusing sekitar taman yang di hias dengan lampu...




pintu gerbang 

ammar takut2 tengok bunga api ...

bot berhias... 






berhenti rehat duluuu..





Ahad, 16 Jun 2013

Tea Boh Sg Palas dan Pasar Minggu @ Cameron Highland




Hari kedua lepas check out wafa homestay, pergi borong lagi di pasar minggu cameron highland berdekatan dengan taman bunga rose...banyak mak ammar borong sayur utk bawa balik... lagi pun sayur kat sini murah lagi dari pasar malam brincang...
simpang masuk pasar minggu




buah strawberry besar-besar

mak kat dalam kedai 

ubi kayu terbaiikk dr ayoh..hihihi

fresh dari ladang

ayoh layan cucu...
 lepas siap borong di pasar minggu, bawa mok and ayoh ammar melawat  kilang tea boh di sg palas...


posing duluu

abe long pun nak posing juga kali nie..hihi

posing kat kedai tea boh...banyak juga mok ,ummi and chik la beli tea
wat balik kali nie..



hadapan pintu masuk  kilang tea boh


tengok daun tea di proses sebelum jadi serbuk tea kat kilang

view di tea boh sg palas

dah penat berjalan..rehat duluu..


dahh nak balikk...

Lepas pusing-pusing melawat kilang..terus balik ke distinasi...kitaorang berpecah kat cabang simpang pulai....mok ayoh ammar bersama abe long ambik kanan menuju gua musang..kami ambik kiri simpang pulai menuju ke KL.....

http://4.bp.blogspot.com/-JF6712BTA-U/T2Z5ZRTOrOI/AAAAAAAABn4/cXZsvDO8Hzs/s1600/anon5.png