expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Cari Artikal

Isnin, 24 Jun 2013

Jariah Senaskah Al quran @ Mahaad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha



Baru-baru nie opis ada buat rombongan ke mahaad tahfiz dan anak yatim fuqaha yang terletak di kg sg merab luar bangi bagi menyampaikan sumbangan al quran dan sedikit wang tunai...Anggota rombongan di ketua sendiri oleh AGM AND PJ....

Pihak Jkkk kelab opiz  telah berjaya  mengumpul sumbangan dan wakaf al quran dari staf opiz ...Semoga acara begini di teruskan lagi dimasa hadapan bagi membantu anak-anak yatim dan pelajar miskin ..kepada yang memberi sumbangan di ucapkan jazakallahu khairan kathira..tahniah kepada pengarah program cik nani dan yang terlibat...

anggota rombongan bergambar dengan anak yatim dan miskin



penerangan serba sedikit dari wakil pihak sekolah




bangunan sekolah



Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha atau MTDF merupakan sebuah institusi pendidikan integrasi menggabungkan kurikulum Tahfiz al-Quran, Akademik KBSM dan kurikulum agama terpilih.

Ia adalah PERCUMA untuk 3 golongan utama iaitu anak-anak yatim, anak-anak ibu tunggal yang tidak berkemampuan dan anak-anak faqir miskin. MTDF merupakan projek pertama Darul Fuqaha dan bernaung di bawah MUASSASAH DARUL FUQAHA. 

Mula beroperasi pada tanggal 14 hb Februari 2004 di tapak utama Darul Fuqaha iaitu " Lot 3283, Jalan IPIS, Sungai Merab Luar, 43000 Kajang, Selangor. Pembiayaan awal MTDF adalah merupakan sumbangan peribadi seorang dermawan Ybhg Datuk Rameli Musa, Naib Pengerusi Eksekutif Ingress Corporation.

Pengajian yang dijalankan oleh pelajar di MTDF agak padat dengan disiplin yang ketat serta tarbiyah yang mantap. Sesi pentarbiyahan dimulakan seawal 4 pagi dan berakhir pada jam 10 malam. kehidupan pelajar sentiasa dipantau agar selari dengan ajaran islam.

MTDF menekankan pentarbiyahan diri, pendidikan akhlak dan pemantapan ilmu serta keterampilan kepimpinan melalui solat berjamaah dan hafazan al-Quran serta pengajian ilmu yang berterusan.


Maahad beroperasi menerusi bantuan tidak berkala secara berterusan dari masyarakat Islam yang prihatin disamping sumbangan daripada pengerusi melalui projek ekonomi peribadi beliau. Justeru itu, sumbangan sangat dialu-alukan untuk meneruskan kelangsungan pengurusan Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha.

Sumbangan boleh dikreditkan ke :


no akaun Bank Islam (12029010045695)

atas nama : MAAHAD TAHFIZ ANAK YATIM DARUL FUQAHA

maklumat lanjut ada di Mahaad tahfiz darul fuqaha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhFw0Pey0Xh9FusCUaru47sancuUt8V-vGzfO2wTsxW_c2JqQ8ePygXdbnbflqv4mD-c-OVzNWz7jFxnY9icwut4f8uW6QMKTizUBvzfqb7jVMkzgVdc4_q1xqV58BpxgnuvkeONXOF1i4/s1600/anon5.png