expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Cari Artikal

Selasa, 3 November 2015

Huawei G6 Problem Storage Damaged



throwback masa perjalanan balik ke KL selepas raya haji . 

Dalam perjalanan ke KL, telefon aku asyik kena restart je, last-last keluar di skrin Internal Storage damaged and is now unavailable . Please choose one one of the following option.




Mula-mula pilih restart , tetap jadi macam tu , pilih restore factory tapi tak dapat select .. masa samapai KL terus bawa ke kedai di scott Garden jln Kuchai , tapi kedai tu tak jumpa plak..sebab masa beli hp ni diaorang buat promosi di Bangunan TM Bangsar , diorang bagitahu kedai diorang di Scott Garden..huhu

Esoknya pergi the mines boot huawei..kedai tu try instal balik software ...stil tak jadi ..

cari nombor CS huawei yang terdekat, di buat macam bola...suruh call situ..lepas tu call sini...last jumpa no yang betul2 CS huawei  dapat call dioarang ajar cara reset factory manual. pun tak dapat, last2 kene hantar di CS di bangunan berjaya KL jalan imbi situ je satu-satu CS huawei . 

 No CS Huawei 1800 22 0086 yang patut di hubungi, yang lain semua dealer buang masa ....
alamatnya  Lot 1.03 & Lot. 1.04, 1st Floor, Podium Block, Plaza Berjaya, No. 12, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur. Huawei Customer Service Centre - Kuala Lumpur.

Tinggalkan hp hari jumaat di CS, hari isnin dah call siap, dioarang kata motherboard rosak, nasib baik warranty ada  lagi sampai bulan 11 ni habis ...jadi free jer laa, kalau kena caj mau dapat satu biji hp yang baru...semua maklumat dalam telefon hilang...huhu tapi nasib baik boleh guna balik ...



Sabtu, 17 Oktober 2015

Singgah makan Mee Kg Pek


Sebelum kami naik KL esoknya , pergi ambil adam di machang, dalam perjalanan balik, singgah jamu anak-anak saudara makan mee kuah di Kg Pek bersama mok  ...Mee Kg Pek dari zaman ayahnya, sekarang anak dia ambil alih...dan ada beberapa cawangan sekitar kelantan .






Selasa, 13 Oktober 2015

Sarapan Di Restoran Pok Nasir Ikan Dan Ayam BAkar @ Besut Terengganu


KAli nie sarapan jauh sikit di besut terengganu, kedai pok nasir ikan bakar...satu family pergi makan  sana, lepas tu singgah di bukit kluang sekejap ...layan ambg ammar main belon buih ...
















Isnin, 12 Oktober 2015

Hari Raya Korban 2015 @ Pasir Puteh



Salam Aidil Adha pada 24/09/2015 , kali nie giliran ummi buat korban , pagi-pagi lepas sembahyang raya terus ke rumah tuan lembu yang nak di korbankan di kg telaga gayung .. Lembu dia sangat jinak ... siap boleh posing lagi..hihihi...
Kawasan untuk buat penyembelihan suasana yang nyaman di kekelilingi pokok getah ...
Alhamdulillah proses korban berjalan dengan lancar dan cepat ramai anak muda yang pandai lapah lembu yang tolong...


proses angkat jual beli





proses pembahagian kepada 7 bahagian


Sebelah petang ziarah ke rumah suadara mara di bukit abal dan taman derasa , kebetulan ayah dan semua ada kat sana ...



kat rumah mokda makan gulai kambing di bukit abal


Sebelah malam acara potong kek sempena hari lahir ayah sue dan adik atiq pada 24/10 nie ...
Selamat hari lahir di ucapkan kepada ayah sue , semoga murah rezki dan bahagia selalu..
Selamat hari lahir juga untuk adik atiq, semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh . aameen .. malam esoknya kene cucuk 1 tahun 6 bulan dah tertangguh 4 bulan hihi




kene cucuk kat misi




Selasa, 22 September 2015

Rumah penempatan mangsa banjir Kelantan Hampir siap


Sebelum balik kampung singgih tengok aliya arissa di wad pediatrik hkl, dah seminggu masuk wad sebab demam dan ada kuman dalam paru-paru.. semoga aliyaa sepat sembuh dan pulih seperti sediakala ..
aameen...




Lepas tengok arisa terus bertolak balik kampung ...jalan clear ada tempat2 je jemm...sebelum keluar tol gombak .


Alhamdulillah selamat tiba di kampung pukul 11 tengahari , 12 jam perjalanan sebab berhenti tidur ...hihihi


   Rumah mangsa banjir dah hampir siap .. yang terletak di hadapan rumah kami sumbangan kerjaan selangor.

Isnin, 14 September 2015

Konvoi Hari Merdeka MAOC Seri Kembangan ke Kuala Linggi


Sempena cuti Hari Merdeka sempat berkonvoi bersama geng MAOC Seri Kembangan  ke Kuala Linggi , kali nie Wan kebun sebagai tuan rumah menyambut kami kat sana . 

Bertolak ke sana seawal jam 6.30 pagi berkumpul selepas tol serdang pukul 7.00 pagi . Sebelum sampai sarapan dulu di kedai makan kuala linggi . Lepas sarapan baru gerak ke pantai dan terus cari port untuk sesi BBQ , lepas tu mandi manda . main bola sampai pancit baru makan tengahari.. 
Diorang semua bermalam kat sana hanya kami saja balik terus sebab ummi kerja shif malam...

Terima kasih wan kebun bagi cenderahati keychair sebagai tanda kenangan dan terima kasih juga kepada park din and  Maoc SK  mengajurkan aktiviti santai untuk mengisi cuti merdeka ... lain kali insyaAllah kami join lagi ... 
  










Ahad, 13 September 2015

Karnival Usahawan Desa 2015 @ Putrajaya


Berkesempatan sekali lagi ke karnival usahawan desa , kali ni round puas-puas, banyak makanan untuk di tester... hihi kawasannya terlalu luas ...sampai lenguh kaki berjalan...masa ni ada persembahan tradisional paluan kertok dari kelantan ... karnival di langsungkan selama seminggu ...

 
persediaan sebelum persembahan kertok berlangsung



bahulu pun ada 

ag hos acara rebut kerusi


chek tekanan darah


bakal pemandu F1

Yang terbaru tentang KUD2015

KUD 2015 

memberi tumpuan khusus kepada aspek pemasaran bagi meningkatkan daya saing usahawan luar bandar melalui pelaksanaan insiatif-insiaitif baru seperti berikut:

mempromosikan iconic product  luar bandar – sebagai simbol  produk yang berdaya maju dan boleh diperluaskan di kawasan luar bandar;

memperkenalkan produk atau stock keeping unit (SKU) baru.  KUD 2015 menyasarkan untuk memperkenalkan sebanyak 20 produk atau SKU baru luar bandar yang merupakan inisiatif untuk menggalakkan budaya berdaya saing serta inovasi dalam pembangunan produk;

memperkenalkan street marketing sebagai strategi pemasaran yang praktikal terutamanya bagi usawahan-usahawan perusahaan kecil dan sederhana

mengenegahkan cooperative movement dalam pembangunan ekonomi komuniti.  Sehingga kini sebanyak 57 koperasi di bawah program Desa Lestari telah menjadi entiti perniagaan sebagai enabler kepada gerakan ekonomi berkomuniti 

melibatkan seramai 729 usahawan mikro dan PKS yang menjalankan perniagaan/perusahaan daripada pelbagai kategori seperti makanan dan minuman, produk berasaskan pertanian dan penternakan, kraftangan dan seni halus, kesihatan dan kecantikan, produk organik, pelancongan, perkhidmatan perladangan dan peruncitan.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhFw0Pey0Xh9FusCUaru47sancuUt8V-vGzfO2wTsxW_c2JqQ8ePygXdbnbflqv4mD-c-OVzNWz7jFxnY9icwut4f8uW6QMKTizUBvzfqb7jVMkzgVdc4_q1xqV58BpxgnuvkeONXOF1i4/s1600/anon5.png