expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Cari Artikal

Khamis, 16 April 2020

Harini Salam sejarah covid-19

Simpan buat kenangan...hari ini 15/04/2020, hari pertama fasa 3 PKP.

Sejarah 2020 NegaraπŸ‡²πŸ‡Ύ

Mahu simpan di Facebook juga sebagai kenangan yang tidak akan dilupakan. Untuk dibaca dan diingati di tahun-tahun yang akan datang..πŸ™‚

Tidak akan sesekali dilupa....

18 MAC - 31 MAC 2020 [Fasa 1]
01 APR - 14 APR2020 [Fasa 2]
15 APR - 28 APR 2020 [Fasa 3]

Perintah Kawalan Pergerakan seluruh πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ“ Harga minyak jatuh sehingga RM1.30/liter

πŸ“ Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.

πŸ“ Semua sekolah dan pendidikan dilaksanakan di atas talian.

πŸ“ Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan

πŸ“ Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan

πŸ“ Restoran dan kedai - kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus sahaja.

πŸ“ Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.

πŸ“ Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.

πŸ“ Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta

πŸ“ Konsert, pelancongan, festival, acara hiburan dibatalkan.

πŸ“ Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan.

πŸ“ Tiada lagi jemaah di masjid, dan rumah - rumah ibadat ditutup.

πŸ“ Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu dibenarkan.

πŸ“ Taman permainan kanak - kanak ditutup.

πŸ“ Kekurangan stok penutup muka, gaun,
dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.

πŸ“ Kekurangan alat bantuan pernafasan
bagi pesakit kritikal.

πŸ“ Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan

πŸ“ Rak - rak di kedai menjadi kosong.

πŸ“ Kilang - kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.

πŸ“ Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.

πŸ“ Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.

πŸ“ Sidang media dari Kementerian Kesihatan di udarakan setiap hari.

πŸ“ Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari.

πŸ“ Jalan raya menjadi kosong tanpa kelibat manusia.

πŸ“ Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.

πŸ“ Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.

πŸ“ Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.

πŸ“ Roti gardenia menjadi rebutan.

πŸ“ "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang"

Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 Mac 2020 😭😭😭😭

Kenapa saya copy paste status ini?

Kerana, satu hari nanti ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang - orang yang kita sayang.
πŸ€—πŸ€—πŸ€—

Nikmat mana lagi yang telah kita dustai?
Bersyukurlah dan sentiasa berterima kasih.
Lakukan kebaikan antara satu sama lain, sayangi antara satu sama lain dan sentiasa menyokong antara satu sama lain.

Kita semua adalah satu ! ❤️πŸ‡²πŸ‡Ύ❤️πŸ‡²πŸ‡Ύ❤️

Kredit tuan punya status D Fb
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhFw0Pey0Xh9FusCUaru47sancuUt8V-vGzfO2wTsxW_c2JqQ8ePygXdbnbflqv4mD-c-OVzNWz7jFxnY9icwut4f8uW6QMKTizUBvzfqb7jVMkzgVdc4_q1xqV58BpxgnuvkeONXOF1i4/s1600/anon5.png