expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Cari Artikal

Khamis, 16 Januari 2014

Lukisan 3D Interactive mural @ The Atmosphere Seri Kembangan


Lepas keluar dari Giant Seri Kembangan lalu bangunan Atmosphere yang baru siap   , tengok ada orang tengah bergambar...apa lagi singgah sekejap untuk bergambar sebelum kedai kat situ dah buka ...rupa-rupanya banyak lukisan 3D kat dinding.... sampai dah tak larat nak bergambar .....lukisan semua lawa-lawa... kalau pandai berimaginasi kene dengan maksud gambar...memang betul-betul nampak real...hihi abang ammar dan adk anas pun layan sekali ....banyak lagi lukisan tak sempat posing ...lain kali boleh pergi lagi..nasib baik dekat rumah ... layan dulu lukisan yang sempat posing .... ohye company pemilik lukisan ada office kat situ nama Art Sphere 20/8ty...


jom jalan-jalan dengan skuter baru 

abang ammar jgn pegang kayu.." alamak ..kan dah jatuh ..




melihat dunia mu abang ammar


tarik pencuri nak lolos ...

main belon dengan kawan-kawan 

melangkah ke tangga hanimunan

abi dulu dapat epal

posing depan bandar baru 

jom balik kampung naik tren




main piano lagu kalau aku kaya 



bomba padam kebakaran

masuk trowong 


gambar tak kene dgn kedudukan meja...bru perasan meja warna pink ..



Khamis, 9 Januari 2014

JUS PATI BUAH DELIMA GULSAN


Jus Delima Gulsan 




dapatkan 1 botol harga asal RM 20   dapatkan sekarang RM15. watsapp/msg/ 0192648485
Berat/Bersih : 340gm ( stok habis )

Buah Delima

Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang kaya dengan unsur zat besi
sebagaimana firman Allah: (Q:55:68)

Maksudnya :"Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima.

Buah delima atau dari segi saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari
sedap dimakan ,ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.Zat besi yang terdapat dalam buah delima
dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah.

 Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia. Buah delima juga boleh memperbaiki usus-usus dan menguatkannya membersihkan bahagian dalam tekak serta sesuai untuk mereka yang mengalami masalah batuk.

Walaupun begitu buah delima masam juga boleh mencegah dari muntah, menghentikan cirit-birit dan melawaskan air kencing.Ini kerana buah delima mengandungi bahan pengcengkam yang mampu memegang dinding saluran perut.Namun begitu terdapat kajian yang menyatakan bahawa biji delima dapat di jadikan ubat luka-luka yang teruk dan kebenjolan, caranya dengan mengambil biji-biji delima di tumbuk dan dicampurkan dengan sedikit madu dan disapukan pada bahagian luka.

Dengan hanya sebiji buah delima mampu memberi khasiat yang banyak kepada kita. Oleh itu kita sebagai hambanya wajiblah bersyukur dengan anugerah yang diberikan dan hargailah sebaiknya.
Buah delima berasal dari negeri Parsi Purba (Iran sekarang). Khasiat perubatan sudah dijumpai sejak 8000 tahun yang lalu oleh masyarakat Parsi Purba kerana ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, Magnesium dan Calcium. Antara khasiat buat delima mengikut buku perubatan Parsi.
  • Membaik pulih fungsi hati dan limpa.
  • Mencuci buah pinggang dan salur kencing.
  • Membantu penghadaman.
  • Membuang lemak-lemak berlebihan.
  • Menambah tenaga.
  • Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung.
  • Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause.
  • Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah.
  • Merawat dan membaikpulih pesakit kencing manis.
  • Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin.
  • Mencantikan kulit Dari kajian perubatan moden Jus Delima mempunyai khasiat-khasiat lain seperti:
  • Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah, mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung
  • Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit  tekanan darah tinggi jika mengambil Jus Delima sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu
  • Menghalang pembentukan sel barah payu dara Di Jepun terdapat laporan yang menggalakkan pengambilan Jus Delima dalam membantu mengubati penyakit jantung, tekanan darah tinggi, menambah tenaga, untuk kecantikan kulit dan banyak lagi khasiat lain
  • Membantu mencantikkan kulit da awek muda
  • Menegangkan payudara & dapat membentuk perut & punggung yang lebih kemas.
  • Mencuci darah kotor sekaligus mencantikkan kulit muka dan badan dari dalam.
  • Jika anda hamil, Jus Delima dapat mencantikkan kulit bayi di samping dapat membantu tumbesaran janin dan perkembangan otak bayi anda
  • Membantu mengimbangi hormon wanita dan melancarkan kitaran haid anda.
  • Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung
  • Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung & menyusu badan.

kredit mrs ariena

Hari pertama di Pasti Lestari Putra


06-01-2014 Isnin
Hari pertama sesi persekolahan bagi pusat Asuhan Tunas Islam @ Pasti untuk tahun 2014.........

Sebelum tidur pesan awal2 kat ummi suruh kejutkan dia pagi-pagi...kalau dia tak sedar suruh gongcang kuat-kuat...takut lewat pergi sekolah...masa tu dah 2 pagi ..abg ammar kalau hari biasa susah bangun pagi sebab tidur lewat....

Tapi pagi  tu mudah sikit bangun ...pagi2 dah bersiap dengan uniform pasti..sebelum tu sarapan dulu dengan kek chess meleleh...abi nga ummi dan adik anas  hantar abg ammar...tak sempat ummi siapkan adik..abg ammar dah keluar tunggu kat kereta....bersemangat betul hari pertama...hihihi..

Sampai depan Pasti , cikgu terus bawa abg ammar masuk ... abg ammar ikut jee...tak payah tunggu...moga2 abg ammar cpt dapat menyesuaikan diri dgn persekitaran baru...al maklum pengasuh bagitahu abg ammr berat mulut sikit......tapi kat rumah byk pula ckpnya...

Waktu kelas 8;00 hingga 12.15 tengahari ...lepas tu sambung sesi lanjutan sampai pukul 6:00 petang...hari pertama try letak sehinggga 6;00  petang......





sarapan chess kek kegemaran abg ammar
awal2 keluar...

sambil tunggu ummi dan adk brsiap






masa pergi ambil time balik, tengok abang ammar berjalan keluar sambil menahan air mata yg bergelinangan  .... tanya knp abi dtg lambat....huhuhu..kesian pula tengok....tapi sekejap je..lepas suruh dia pergi salam dan bagitahu cikgu nak balik..dah ceria semula...abg ammar masuk balik ke kelas cari cikgu...... dalam perjalanan  ke rumah tanya dia ..mana suka pergi umah ummi ani (pengasuh) dengan pergi sekolah...dia jawab dua-dua suka..dua-dua seronok.....dok bagitahu nama cikgu..nama kawan-kawan tak ingat lagi..



Hari kedua ke sekolah...takde masalah .time nak mandi je liat sikit...pujuk2 sampai di pasti dah ok..macam hari pertama..cuma kali nie ummi pergi ambil awal sikit...

Hari ke tiga dah tak nak bangun nak sambung tidur...mengantuk katanya....lama juga pujukk..baru nak pakai baju...sampai di pasti tak nak turun....mujur cikgu Ain datang ambil...pujuk-pujuk cakap ammar ok..terus bawa masuk....biasa dia takkan menangis paling tidak pun tarik muncung je..... masa nak balik sempat borak dgn cikgu yg sambut pelajar...dia bagitahu abg ammar senyaapp jeee...rupanya abg ammar nuru abi masa kecik2 dulu..hihihi... ummi bagitahu masa pergi ambil...tak sempat naik kereta abg ammar dah cakap seronok hari ni...banyak dia bercerita nampak happy pula...

Khamis, 26 Disember 2013

Open Day Pasti Lestari Putra


Menghadiri jemputan pasti lestari putra bersama abg ammar di temani ummi dan adik anas seperti yang di siar di blog PLP.


Sebelah pagi sarapan dulu sebelum menghadiri jemputan pasti , kali ni awal abg ammar bangun...masa sarapan bagitahu dia nak pergi makan roti canai kat kedai ... dia ckp tak nak pergi ...sebab nak ke sekolah terus ....dalam perjalanan singgah kedai photostat ..ingat nak singgah juga kedai Mamak makan roti canai dulu ..sampai kedai mamak abg ammar dah merajuk tak nak pergi..sebab dia takut sekolah tutup..dok suruh telefon kat cikgu minta tunggu abg ammar jangan tutup sekolah lagi....hihi.


sampai je daftar dulu di kaunter pendaftaran..lepas tu ke kaunter serahan borang maklumat dan penerangan .. kauter ke3 bayaran yuran...
kaunter bayaran yuran

kaunter 4 ukur baju 
kaunter ke-4 ukur saiz baju dan kaunter ke5 semakan ... lepas ukur baju abg ammar dah naik tingkat atas tgk kawan2 main.... nak join nampak masih malu2... lepas siap semua proses....sebelum balik makan nasi lemak dulu yang telah di sediakan ...sambil tu tgk2 silibus buku yang akan di gunakan .... Di harapkan semoga abg ammar dapat menyesuaikan diri di sekolah nanti ..Selamat melangkah ke alam  awal pra persekolahan ...
   
try baju terus dapat saiz..sume saiz M

testing uniform duluuu..

uniform harian




uniform sukan



Majlis Pesta Makan Durian AND PJ


Majlis Pesta Makan Durian AND PJ
19/12/2013

Terima Kasih kepada semua executive yang menjadi penaja Pesta Makan Durian kali ini... terutama kepada Cik Nani dan Team ...Sume duyan kelas A++ memang terbaikk... nyum..nyumm..nyumm

 

Cik Nani 


sempat lagi peace tuu..

pulut pun ada 


Sabtu, 14 Disember 2013

Happy Anniversary yang ke 5th @ restoran SABA Cyberjaya


Ummi , Selamat Ulangtahun perkahwinan  kita yang ke 5, tahun nie..Abi doakan Semoga rumahtangga kita sentiasa bahagia dan kekal hingga akhir hayat..aminn...terima kasih atas segalanya... tahun ni kita di kurniakan rezeki cahaya mata anas atiqullah syukur Alhamdulillah  ....

Tahun nie sambut anniversary di restoran saba..nasi arab kat sini sedaapp..ammar suka makan...








kebab ayam


“Rabbana hab lana min azwajina wa zurriyatina qurrata a’ayun, wajaalna lill mutaqiina imama..
Maksudnya: "Ya Tuhan kami berikanlah kepada kami pasangan dan anak-anak (zuriat) yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang yang bertakwa"

Ahad, 1 Disember 2013

Tok Ayah dan Mok mengiringi perjalanan adik anas Ke KL dan puasing KLCC


                  Genap 38 hari adik anas dah nak naik KL , kali ni ayah mok dan pok cik mengiringi sekali hantar adik anas..bertolak lebih kurang pukul 5 petang dari rumah dan sampai kat gombak pukul 11.30 malam . singgah makan dulu di kedai makan area gombak sebab kami akan berpecah dengan pok cik yang ke sg buluh .


Anas Atiqullah  38 hari 

ayah order chicken chop..


ummi doa dulu sebelum makan ..hihi

Esoknya bawa adik anas jalan-jalan ke KLCC pula bersama mok dan ayah... pusing-pusing sekitar KLCC sambil tengok air pancut mengikut irama muzik ...




ayah dan mok posing


air bergerak mengikut muzik

abe ammar dah lenguh kaki..hihi
lepas jalan ronda - ronda kitaorang pergi makan di restoran Fendi ikan bakar di kelana jaya...kedai fendi dah pindah di tempat lain ...mujur jumpa..tapi kali nie..rasanya tak best macam yang sebelum2 nie..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhFw0Pey0Xh9FusCUaru47sancuUt8V-vGzfO2wTsxW_c2JqQ8ePygXdbnbflqv4mD-c-OVzNWz7jFxnY9icwut4f8uW6QMKTizUBvzfqb7jVMkzgVdc4_q1xqV58BpxgnuvkeONXOF1i4/s1600/anon5.png