expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Cari Artikal

Jumaat, 9 Januari 2015

Manek Urai Banjir Luar Biasa Part 2


27/12/2014 sabtu dapat update dari fb dan whatsapp dari kawan2 bagitahu sg sam dah boleh lalu tapi untuk kenderaan berat sahaja....abg aku dah rojer sedia utk gerak..tapi jalan kuala lipis air masih ada...di padang tengku kwn dia bagitahu dah boleh lalu...kalau lipis je sangkut tapi blh lalu ikut sg koyang...
pukul 12 tghari aku gerak pergi ambil abg aku...
sampai umah dia....isi barang2 untuk di bawa balik penuh satu kereta ....sebelum bertolak , beli lagi barang2 keperluan untuk tambahan...bertolak balik dengan tawakal harap2 jln dah blh lalu....


pok ali tgh isi brg2 dlm kereta  

keadaan air sg pandang tengku dah surut 
Alhamdulillah sampai di raub dapat berita jalan di kuala lipis dah boleh di lalui oleh semua kenderaan .... tak perlu lalu jalan sg koyan...masa sampai di simpang 3 lipis air masih lintas jalan tapi boleh la lalu....ohye masa balik aritu 3 tong minyak petro isi siap2 takut stesen minyak tak buka....stp kali jumpa stesen minyak pasti berhenti dulu isi dalam kereta..last kami isi di stesen minyak caltex di merapoh , 

Masa sampai gua musang dah malam , masuk je bandar gua musang....baru rasa suasana yang berlainan..sebab kat gua musang eletrik takde semua bergelap ..hanya bercahayakan lilin ...macam bandar koboi...lagi pun kenderaan tak banyak msa tu...
selepas R&R lama gua musang ... lopak makin banyak kat jalan....hujan renyai2...lepas balai polis ciku nampak kelibat orang kat tengah jalan dengan lampu picit...rupa-rupanya polis yang tahan sebab kat situ ada lopak besar yang dalam...masa tu ada motosikal dah terbalik .....  

masuk je sg sam baru nampak bekas paras air banjir yang surut... ketinggian air naik sama paras dengan puncak pokok pinang...ada tersadai tangki air yang besar tepi jalan tak pasti dari mana...rumah banyak yang runtuh..tapi tak jelas sangat sebab malam....leka dok tengok kiri kanan ..aku hampir2 terlanggar tanah runtuh ...nasib baik sempat elak...banyak bukit runtuh sampai ke tengah jalan...yang paling teruk selepas jpj laloh...sebelah je boleh lalu..kenderaan boleh di katakan tak da langsung .... hanya kami je lalu masa tu baru pukul 10 lebih ...


Sampai di kg ragu nampak ada penduduk kg sambil berpayung tengah jaga jalan...rupanya kat situ ada jalan runtuh hanya sebelah je jalan boleh lalu....kerja2 sodok jalan sedang di jalankan.... masa masuk simpang hadapan rumah, kami agak tergamang, bila tengok rumah jiran kat depan semunya hanyut...Allahurabbi...

Alhamdulillah kami selamat sampai hampir pukul 11 malam....masa sampai semua family dah ada kat rumah...tinggal abg aku yang kerja kat hospital kuala krai masih tak dapat balik5 hari dah sangkut ......masa tu orang baru siap basuh rumah guna air banjir yang belum surut kat depan ....sampai je bawa turun barang2 lepas tu makan malam sambil dengar abah aku cerita detik cemas semasa air naik dan proses pemindahan ..... family aku duduk di kedai akok sri jenut ...mujur kat situ dan masjid lepan jenut air tak sampai.. rumah kat tepi masjid air naik sampai pinggang sebab rendeh sikit .. 

rupanya kat rumah ,di ruang tamu air naik lepas kepala orang dewasa , pagar kat luar rumah pun tenggelam..
masa air tengah naik abah aku bawa keluar almari pakaian kat dalam bilik ..takut almari tu nanti hentam siling dalam bilik....tapi tak de rezeki..almari tu hanyut entah kemana..berserta satu lagi almari pinggan mangkuk juga hanyut...sebelum tu almari tu memang dah terbalik masa air mula2 masuk ruang tamu dah tak dapat di selamatkan......masa nak tidur bunyi macam benda jatuh rupanya rumah yang sangkut kat pokok roboh perlahan2 bila air makin surut...

jamu selera


28/12/14 ahad  paginya tengok keadaan rumah jiran yang di hayutkan arus...tiada apa yang tinggal hanya tapak saja ...3 buah hanyut berhadapan dengna rumah aku....



hanya tinggal rangka katil umah kk.jah pok huk
rumah tersangkut pokok kat bawah lembah tapaknya gambar atas


banjir besar 2004 rumah k.jah abepa air cecah lantai saja kali nie tenggelam terus 
tapak rumah m.nor hanyut..di bawa arus tersangkut kat hujung nampak atap sikit warna hijau 
umah kak ros 
umah k.roh sangkut di pokok getoh 
kesan air melepasi pintu rumah ..

lepas sarapan  hantar abah aku bagi makan lembu   ...akmal ank sdara aku yg blk kg sempena cuti sekolah pn ikut sama...mujur abah aku sempat selamatkan lembu dia...hari isnin pukul 12 malam alih ke tempat tinggi ...lepas subuh esokkannya alih sekali lagi letak kat bukit belakang kedai...cerita abah ...
masa sampai depan kedai nampak sukarelawan sedang sarapan ... unit amal dari selangor baru sampai pukul 3 pagi semalam berkumpul di masjid...antara sukarelawan yang terawal sampai...masa tengah borak2 dengan sorang brader dia dari unit amal johor dah ada masa air mula2 naik 23/12/14 ari selasa lagi...rupanya ada lagi yang awal datang membantu...

Lepas bagi makan lembu aku ajak abah aku pergi kat depan markas pas tengok keadaan situ sebab ada video air banjir sebelum ni....  

masjid kg lepan jenut ..kat depan tu kedai akok sri jenut.. tempat aku berdiri air dah lintas jalan sampai ke simpang chuchoh putri..
kenderaan unit amal selangor
rumah k.yoh kamal juga runtuh hadapan markas

Add caption

Markas pas pun kena banjir..Masa lalu tengok yb abe uji adun m.urai ada..singgah dulu tanya khabar ....masa tu ada dua tiga orang penduduk kat situ pergi minta bantuan...wlpn masa tu bkn time bagi lagi sebab bantuan akan di agih slps mesyuarat dgn semua pnghulu pda pkul 11pgi....tgk abeuji tak sampai hati tolak bila org dtg... dia bgi juga sekadar yang ada...msa tu brg bantuan tak byk....

Lepas tu rombongan darussiffa dari selangor sampai...tumpang letak barang bantuan lepas bertemu mata dgn abe uji rombongan tu bergerak ke lain .....aku tolong kemas mane patut ..untuk bagi ruang letak barang bantuan........dalam dok kemas sampai lori 3 tan bawa barang bantuan dari kuala lumpur kiriman Ahli parlimen kuala krai Dr hatta .... sebab tak ramai lagi orang ada masa lori sampai ...ambil msa satu jam lebih buat turunkan barang...sampaikan abg akmal ajak balk sebab dah lapar...hihihi

rombongan darussifa bertemu mata dgn abeuji



dr hatta abe uji and abah aku sibuk listkan nama penerima


sesi bagi bantuan utk yang tolong turunkan brg2, yg rasmi slps pukul 11 pagi

seelfie dgn Yb m.urai

abe akmal blk umah terus makan sebab lapar tunggu pkdo& tok ayoh lama sgt hihi


sesi bagi brg bantuan kat jiran k.tie mangsa bnjir 

11 tengahari , dapat berita kata laluan ke kuala krai dah dapat lalu.....jadi kami rancang nak pergi ambil abg aku yang kerja di hosptal kuala krai sangkut banjir..nak hubungi dia tak dapat sebab line telefomtak de ..sebelum tu hantar barang bantuan yang beli di KL iaitu pampers dan susu yg di amanahkan kepada pok ali untuk ayah kawanya yang lumpuh.


melawat pesakit lumpuh hantar brg bantuan


lepas hantar brg , nak gerak ke kuala krai tgk2 abg aku dah sampai rumah...dia blk tumpang orang kampung yang nak balik ke manik urai baru katanya...

dah sampai rumah 

gambar nie keluar paper nstp kalau tak silap
Pukul 12.30tengahari  suhaila anok k.yah aka besan abah yang sangkut kat bukit kg gajah bagitahu dapat msg dari abeja suruh tunggu di cbg ragu....diorg dah berjalan keluar.... aku pergi ambil bawa suhaila sekli utk tunjuk jln...msa gerak pok ali pn nak ikut sama...sampai di kg ragu..tgk masih tak sampai ..terus masuk ke dalam ....Allahukbar keadaan kat alam pun dasyat ...rumah semua tinggal tapak saja...hayut di bawa arus lagi pun kg gajah berada di tepi sungai ....nisbah 50 buah rumah 4 buah je yang ada...
masuk separuh jalan jumpa dengan abe ja and family tumpang hilux yang nak keluar....cikyah crta 2x dah mengarung air kat pinggang untuk lepas sampai jalan luar sebelum tumpang hilux......
kalau dengar cerita dari cikyah lagi sedih masa menyelamatkan diri ... 3x pindah naik ke bukit sebab air naik mendadak....ada ibu dalam pantang  baru 6 hari melahirkan anak...mengharung air kat dada untuk pergi tempat yang selamat....5 malam terperangkap kat atas bukit ...mujur pokcikmat pecen forest banyak pengalaman untuk buat teduhan dengan khemah ....byk yg di ceritakan tapi biarlah ia berlalu untuk di lupakan....rumah cikyah kat kg gajah antara yang terselamat...Alhamdulillah.   

laluan masuk ke kg gajah daru simpang temiang

rumah yang tinggal


kakak aisyah dan adip turut terperangkap atas bukit kg gajah
brsma nenek selama seminggu


  


kanak-kanak lasak ...masih ceria wlpn melalui detik cemas...

rumah di tepi jalan yang di hayutkan air 


jalan runtuh di kg ragu hanya sebelah boleh di lalui
 penduduk kg brgilir2 jga jalan untuk laluan kenderaan
terima qaseh penduduk kg ragu ..respect 


#banjir2014 #praypantaitimur #praykualakrai #praymanekurai

2 ulasan:

http://4.bp.blogspot.com/-JF6712BTA-U/T2Z5ZRTOrOI/AAAAAAAABn4/cXZsvDO8Hzs/s1600/anon5.png