expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Cari Artikal

Sabtu, 2 Oktober 2010

streamyx come beck

Allahamdulillah hari ini brdband streamyx dah complete transfer selepas hampir 3 bulan apply utk transfer line cz e-side penuh di kabinet ...ingat nak apply unifi highspeed brdband tapi kawasan taman lestari hujung tahun baru dapat, sebab pemasangan infra berperingkat-peringkat d kawasan lembah klang...wife ada minta guna brdband maxis @ celcom..tp hati tak terbuka utk brdband lain selepas menggunakan brdband srtreamyx,walaupun berapa lama masa yang di ambil utk instal line, takkan sesekali curang dengan streamyx....just streamyx good bradband hehehe

Jumaat, 1 Oktober 2010

Suatu Hari di hari raya


Mutiara Kata Di Hari Jumaat

  • Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat
  • Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik olrh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai
  • Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu
  • Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya
  • Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringya ia menitik
  • Paip yang kosong menghembuskan angin tetapi jika kepala yang kosong akan menghasilkan kegelapan
  • Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya datang menghampiri kita…
  • Tingkahlaku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejna
  • Anyamlah buih buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu
  • Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
  • Jangan berbangga denga pujian teman kerana sebalik pujian terdapat satu kejian
  • Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera
  • Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging
  • Kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan
  • Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali
  • Kegagalan pertama, tidak ianya terus gagal: tetapi ianya kan membangkitkan cita cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya
  • Orang sibuk sebenarnya tidak cekap, orang yang cekap tidak sibuk
  • Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja
  • Dalam masa yang aman, kita harus juga memikirkan bahaya di masa akan datang
  • Tiada bantal yang lebih lembut melainkan ribaan ibu sendiri
  • Cinta ialah penyakit dan perkahwinan ialah sihat. Sakit dan sihat tidak pernah bertemu
  • Airmata penyesalan yang mengalir umpama sungai yang mengalir mencuci kekotoran hati
  • 1000 mancis tidak menerangi kau di dalam kegelapan buat selama lamanya tetapi cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan kesenangan
  • Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan
  • Wangi di badan boleh dimandikan, apabila mandi hilanglah ia. Tetapi…wangi di mulut dan wangi di hati itulah yang paling mulia
  • Janganlah bersumpah baik demi langit, mahupun demi bumi atau demi apa pun juga. Katakan sahaja ‘ya’ atau ‘tidak’ supaya kita tidak berbuat dosa atau terhukum kerana sumpah itu
  • Belajarlah bersyukur ketika mendapat keuntungan dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian
  • Manusia boleh hidup dengan belanja yang kecil, tetapi yang menggangu perasaanya dia takut dikatakan orang bahawa dia hanya hidup dengan belanja yang kecil
  • Yang penting bagi anda bukannya menarik minat seluruh wanita jelita tetapi menakluk salah seorangnya sahaja

Khamis, 30 September 2010

Beberapa perkara perlu Tahu Sebelum Beli Rumah Lelong


 
lelong..lelong..lelong...lelong..lelong...lelong...
Preview


Alhamdulillah selepas Ammar Iskandar di lahirkan pada 13.01.2010 bersamaan 27 Muharam 1431 rezeki kami semakin murah.....Syukur Alhamdulillah. Sekarang baru berpindah di rumah baru di Taman Lestari Putra bandar putra permai Seri kembangan yang boleh di katakan dekat dengan tempat kerja kami berdua dan berdekatan dengan pasar borong selangor,pasar raya Aeon taman equine, down town prima tropika, uptown kinrara dan gaint di taman equine serta ke putrajaya dan cyberjaya mengambil masa 10minit.......semoga rumah yang di duduki ini di limpahi keberkatan dan kebahagian bak kata pepatah RUMAHKU SYURGAKU...Amiiinnn...

Pada 25 september 2010 Alhamdulillah dapat mengadakan rumah terbuka campur house warming...
Tetamu mula datang sejak pukul 12.30hri lagi walaupun jamuan bermula dari pukul 2 ptg...
Dan tetamu terakhir pulang lebih kurang jam 9.00malam.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA SEDARA-MARA, KAWAN2 DAN JIRAN2 YANG SUDI HADIR MEMERIAHKAN MAJLIS KAMI...
Terima kasih dan tahniah juga kepada ummi kerana bertungkus lumus dan berjaya  menyiapkan masakan untuk di jamu kepada tetamu. Ammar dan abi bangga dengan ummi...jika ada rezeki tahun depan kita buat lagi ada berni ke ummi..tapi sayang gambar tak ingat nak ambil.
Antara menu yg dihidangkan ummi dan di bantu cik n k.cik ialah :
1. nasi minyak
2. darcha daging
3. ayam masak pedas 
4. bihun goreng
5. laksa penang
6. satey
7. jus rebina black curen.
8. jus koktel

Kronologi yang tidak di rancang.....  
Percubaan kali keDua setelah percubaan Pertama Gagal .....................

Percubaan pertama sinopsis ,
- mencari rumah utk di sewa di area LEP , kebanyakan utk di jual dlm harga 150k-180k, cari di mudah.com tengok ada rumah hrga 118k, trus call agen ..rupanya rumah utk di lelong , agen cdngkn msuk bida .. jka xbjya dipsit dpt smula..
- pergi dgn ummi, masa nie ammar kat kampung , pembida  trlalu rmai yg bida, sbb masa tu ada 3 syrikat yang mngjurkan jualan lelong , kira macm expo lelongan awam.. rumah dari 118k di bida smp 158k ..
- percubaan kali pertama gagal tapi dpt pngalaman.. 


3tahun tinggal
Percubaan Kedua

Juga tengok  iklan di mudah.com, ada rumah lelong yang baru , pergi survay waktu malam..tengok rumah penuh semak samun....hati x tertarik .. selang dua tiga hari agen sebelum nie en mohd noor  telefon bagitahu ada rumah lelong, bagi alamat , rupanya rumah yg dah pergi tgk sblm nie...  

Tergerak sekali lagi  untuk meninjau rumah tersebut  tapi kali nie pegi tgk siang hari .... keadaan rumah yang still sama penuh dengan lalang dan semak samun .Dah berapa tahun tinggal. tapi hati kali ni rasa tertarik sebab baru perasan hrga rumah yg di lelong pling murh dari  lain2 rumah... Cuba masuk bida kali nie pergi nga ummi dan ammar ...Alhamdulillah percubaan keDua berjaya ... syukur








upah bangla clear kan semak samun
Setelah berjaya dlm lelongan, pihak bank bagi msa 3 bulan / 90 hari untuk settelkan pembayaran kepada bank.. Langkah seterusnya apply loan rumah, dgn cimb dan bank islam, bank islam dulu bagi kptusn lulus ..

Setrusnya cari loyar pula untuk urusan aggrement...guna khidmat Lowyar norazian n co...rumah lelong biasa akan ada bil2 tertunggak , jadi kena jelas dulu , bagi mempercepatkan proses ...utk kwsn bndr putra permai bayar cukai pintu dan cukai tanah di menara maxxis segar di ampang , bayar bil tnb di bndar putri puchong, bayar bil syabas perlu melalui plumbing yg brdafar dgn syabas dan byar di menara mpaj ... macam cukai pintu dan tanah blh claim balik dgn bank sebab di tanggung oleh bank melelong .

 Sepatutnya sblm bida , pembida perlu check keadaan di dalam rumah , bil api , air dsbny sebab pihak bank tak tanggung , dan kos yang akan di gunakan  untuk repair rumah jika perlu ..  nasib tak elok jika tak check bil api mungkin blh tertunggak ribuan ringgit . Untuk rumahku  Alhamdulillah wlpn tak check bil api dan air takde la tinggi sangt. dan keadaan rumah tidak prlu penambahbaikan. hnya perlu basuh di sebabkan debu sahaja ..     







dalam masa setegah jam clear  lalang dan semak samun di kerjakan 


operasi membasuh rumah plak,
'din dan pesok sedang basuh lantai dan cermin
kasi berkilau kow2..tq pren'..

Sambungan Part 2
Selepas siap basuh kerja-kerja mengecat pula di jalankan di bantu oleh En Abdul Samad bin Abu Bakar . p/s sape2 mahu pembantu untuk kerja mengecat rumah dan sebagainya boleh menghubungi beliau free of casss...


warna apa plak lepas ni nak touch up..abe mad sedang berkira-kira


abe mad sedang sibuk menyiapkan kerja-kerja mengecat  


kemasan terakhir ... 


KERJASAMA DAN PERTOLONGAN DARI KAWAN-KAWAN DI UCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH...
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhFw0Pey0Xh9FusCUaru47sancuUt8V-vGzfO2wTsxW_c2JqQ8ePygXdbnbflqv4mD-c-OVzNWz7jFxnY9icwut4f8uW6QMKTizUBvzfqb7jVMkzgVdc4_q1xqV58BpxgnuvkeONXOF1i4/s1600/anon5.png