Semasa dalam perjalanan ke utara minggu lepas , aku terserempak dengan kemalangan yang berlaku betul-betul di hadapan mata .
Sebelum sampai exit tapah, perasan kereta bertentangan bagi lampu amaran ada sesuatu di hadapan. Aku agak mungkin sekatan polis. Lepas tu aku perlahankan sikit kelajuan . Dari jauh dah nampak memang ada sekatan polis.
Dalam aku maintain kelajuan , ada perodua alza potong aku dari kanan lepas tu terus masuk lorong kiri.. dari jarak 200 meter aku nampak peradua alza brake emergncy duuummmm... terus henntam belakang kancil yang tunggu turn utk lepas sekatan polis....kancil melambung kekanan dan slow2 berhenti ke kiri jalan..
Masa tu aku dah standby untuk brake dan ambik lorong kanan, kereta lain sume dah slow ,masa melintasi kereta kancil nampak sorang pemandu perempuan baru nak keluar . dia sorang je. Perodua dalam Alza pula ada family . masa tu hati berdebar la juga
Nasib baik impak kemalangan tak de la teruk sangat. mungkin tak de kecederaan . Alhamdulillah kami meneruskan perjalanan pergi dan balik dengan selamat..aminn
Tiada ulasan:
Catat Ulasan