expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Rabu, 20 Jun 2012

TRIP UTARA 3H2M @ Muzium Toy Penang







Hari Ketiga,  02/06/12

Chek out dari jerai dan ke Pulau Pinang .




Bermalam di gunung jerai , sebelah paginya pukul 8.00 a.m sarapan di restoran puncak kedah .Suasana pagi di gunung jerai sangat sejuk dan berkabus . Kali ni banyak ammar makan , mungkin sebab lapar campur sejuk .  menu untuk sarapan kali ni agak sedap, antara menunya nasi lemak , mee goreang hot dog dll tak pandai nak sebut kikiki markah kitaorang bagi B...\(',')/..hihi



 Lepas siap sarapan kitaorang jalan-jalan kawasan sekitar sambil snap gambar , pukul 10.00 pagi masih berkabus lagi , matahari terlindung dengan kabus . cuaca pun masih dingin dan sejuk , udara segar tanpa pencemaran . Lepak-lepak sambil tengok pengayuh basikal baru sampai puncak, ada dua tiga kumpulan .



melayan ammar & aqil bermain

view dari puncak gunung


Lepas santai sambil tengok pemandangan, kitaorang balik ke bilik bersiap untuk check out , tapi sebelum balik ammar dok pujuk nak mandi kolam lagi, Kali nie bapak2 lak control anak-anak.


melimpah air kolam
Tapi bila dah mandi, bapak-bapak plak dah terlebih happy dari anak-anak..hihihi

pukul 12.30 kitaorang check out , pihak resort jemput kami dengan buggie seperti kami datang untuk check out .
posing dulu


Turun dari puncak menggunakan van resort  dan di hantar ke tempat tanah runtuh , van dari bawah kali nie lambat plak, agak lama juga kitaorang tunggu, masa tunggu ada dua tiga ekor monyet kat kabel elektrik, takut juga kalau monyet tu turun selongkar makanan kitaorang .

Pukul 1 lebih kitaorang sampai kat bawah, akid n family terus balik ke changlung, kitaorang menuju ke Pulau Pinang plak untuk mencari jeruk madu .


 Perjalanan menuju ke Penang jarak dari gunung jerai lebih kurang 96 km , melintasi bandar dan sawah padi .


mercu tanda
 Kami menyeberangi jambatan pulau pinang, ingat nak cari jeruk lepas tu balik, tapi berubah plan , alang-alang sampai penang kita pusing  george town duluu sambil bawa ammar dan aqil ke toys mezium..

jambatan menuju geogretown

pasembor
 Menuju ke medan selera nibong tebal untuk makan dan try pasembor penang, harga 3.50 ringgit ,  lepas tu pergi borong jeruk madu jenama pak ali yang terletak belakang medan selera nibung tebal . Bab nie bagi peluang kat ummi borong jeruk .. harga jeruk untuk 1kg 12 ringgit .
kedai jeruk madu
 Lepas tu ke toys muzium yang berdekatan degan batu feringgi, toys muzium di buka jam 09.00 pagi dan tutup pada jam 10.00 malam , sebelum tu singgah solat di masjid sambil mandikan ammar and aqil .
masjid Wan Chek Ariffin
 Bayaran masuk ke Toys muzium, 10 ringgit untuk dewasa dan 6 ringgit untuk kanak-kanak .
lepas puas pusing kat dalam muzium, kitaorang pusing-pusing bandar penang plak , lepas tu bergerak balik KL lebih kurang pukul 10.00 malam .

pintu masuk

ammar suka kereta

kunfu panda

2 ulasan:

  1. Dulu masa sy pergi ada sekor je beruk, skrg dh ada 2,3 ekor ea? Dah branak la gamaknye ye.. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekor tu msa beruk belum bekeluarga, skr dah ada bini nga anak dah kikiki

      Padam

http://4.bp.blogspot.com/-JF6712BTA-U/T2Z5ZRTOrOI/AAAAAAAABn4/cXZsvDO8Hzs/s1600/anon5.png