expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Cari Artikal

Isnin, 5 Januari 2015

Manek Urai Banjir Luar Biasa 2014 part 1


Selasa 23/12/2014 air banjir dah mula naik...kawan2 share gambar kat whatsapp keadaan  bandar kuala krai.....aku bertanyakan juga keadaan di kampung...sebab tengok gambar air sungai dah limpah di kawasan lembah macam tahun 2004....

Rabu 24/12/2014 pagi , anak jiran  kak gie share di fb gambar rumah dia dah tengelam ...nampak juga rumah aku air dah masuk dalam rumah ...Allahuakbar , seumur hidup aku,  air bah tak pernah sampai dalam rumah....sahkan dalam rumah ..kat jalan depan rumah pun air bah tak pernah lintas...lagi2 rumah aku terletak di pinggir bukit...kalau fikir balik agak mustahil..tapi kuasa Allah tiada siapa boleh duga ... 
Sebelah tengahari dapat whatsapp dari adik bagitahu rumah dah terkepung...aku telefon balik dah tak blh hubungi... tak tahu keadaan macam mane....

Khamis  25/12/2014  aku dan abg aku kat sini memang risau ..sebab dah tak boleh hubungi dari semalam..tak tahu apa cerita .... call kwn2 kat kg nak tanya berita pun semua tak dapat ...dalam wtshapp pun penuh update kwn2 yang tnya khabar family masing2....sebelah malam hati aku sedikit lega sebab di maklumkan dari ahli dlm group wtsapp kwsn rumah aku semua selamat dan di pindahkan ke kedai khamis ...

Jumaat 26/12/2014 pagi tu abg aku pun maklum melalui watsapp perkara yang sama...aku dan abg aku dah plan untuk balik tengok sendiri kedaan family kat kg...tapi di sebabkan jalan lipis , dan sg sam masih tak boleh lalu sebab di tegelami air bah...aku hold dlu....Alhamdulillah sebelah petang dapat msg dari abah aku bagitahu semua selamat diorang sekarang berada kat ke kadai akok sri jenut...kawasan tu alhamdulillah air tak naik... 
sebelah malam aku dan ammar pergi beli barang keperluan untuk bawa balik ke kampung...sambil standby call dari abg aku sebab dia pesan air surut je terus gerak ...

sabtu 27/12/2014 sebelah pagi tengok di fb update laluan yang sangkut banjir di lipis dan sg sam....dapat maklumat kederaan 4x4 dah boleh lalu di laluan tersebut ...sebelah tengahari terus bersiap pergi ambil abg aku di sg buluh sebelum tu service dulu kereta kancil aku sebab kali nie balik dengan kancil takut jalan teruk lagipun kereta tak pernah jalan jauh...  




rumah jiran nampak bumbung lagi sebelum di hayutkan arus


dah hilang di bawa arus

rumah yang nampak bumbung di hujung pun di bawa arus juga 




air masuk dalam rumah paras buku lali



selepas tiga jam air dah sampai takat pinggang


hari rabu 24/12 di ceritakan balik oleh abah aku...sebelum subuh ...jiran2 yang ada kat bawah naik ke rumah abg ..sebab rumah diorang dah di masuki air ...sebelah pagi air naik cepat ... jiran2 naik atas bukit belakang rumah ... masa tu simpan mane sempat, air bah dah masuk dalam rumah...takat peha ...tiga biji rumah jiran betul2 kat depan dah hanyut di bawa arus...masa rumah depan hayut..adik aku sempat tengok rumah di bawa arus.....air memang laju.....air sungai dari dalam getah pun makin naik...bukit quaters forest dah jadi pulau...abah call orang kg minta bantuan ...semua tak dapat... air makin naik .. mujur call abg din lpn jenut dapat ..minta tolong hantar bantuan sebab ramai keluarga terperangkap atas bukit ...ada perahu datang ambil...anok k.roh iwan...dari pukul 1 tengahri sampai pukul 5ptg  dia punggah jiran2 bawa keluar ke jalan besar tempat selamat...
iwan terpaksa ikut laluan selamat iaitu  masuk dalam getah belakang quaters dulu yang agak jauh ....tak boleh terus ikut jalan biasa sebab arus laju ...adik aku cerita masa proses pindah dengan perahu paling menangkutkan sebab yang naik semua tak pandai duduk dalam perahu...perahu senget ke kri dan kekanan mencecah air nak terbalik...anak2 jiran ada yang menangis sebab takut....tambah pula air  dalam dan laju....
lepas pastikan semua dah tak de area situ baru abah aku naik perahu trip last ...
 tapi sebelum tu ada jiran lelaki kat belakang rumah berkeras tak nak pindah sebab pada fikirannya naik perahu lagi bahaya dari still kat rumah... tapi nak tak dak...terpaksa juga berpindah sebab air semakin naik ...

25/12 ingatkan air bah akan surut rupanya makin naik...tingkat bawah rumah aku dah tengelam ....air naik kat dapur sampai peha cerita abah aku lagi air naik melepasi bukit quaters sampai tahap betis...tak dapat bayangkan bukit belakang rumah aku tenggelam.....

keadaan paras air hadapan pasar kuala krai 

2 ulasan:

  1. mmg banjir kali ini diluar jgkaaan
    selama akak hidup, tak penah umah kami kena banjir
    kali ni air naik smpai dapur

    BalasPadam
    Balasan
    1. smua bagthu mcm tu kak...banjir 2014 akan jadi sejarah akan di kenang sampai bila2....

      Padam

http://4.bp.blogspot.com/-JF6712BTA-U/T2Z5ZRTOrOI/AAAAAAAABn4/cXZsvDO8Hzs/s1600/anon5.png