expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Cari Artikal

Jumaat, 3 Mei 2013

4H3M @Pulau Langkawi Part 2


Hari kedua : 2/5/2013 Khamis

Lokasi : Cable Car , Gamat Nusantara dan  Kota Mahsuri



 Sebelah pagi selepas sarapan pergi Oriental Village  berdekatan dengan telaga tujuh.......ajatnya nak bawa ammar naik kereta kabel, masa mari dulu ammar kecik lagi..tapi masa otw hujan renyai-renyai..orang cakap kalau hujan kereta kabel tak beroperasi...Alhamdulillah masa sampai hujan dah berhenti, cuaca pun dah cerah...

Beratur beli tiket dulu...Tiket kereta kabel Rm15 dewasa dan Rm10 kanak-kanak....kalau tak de mykad Rm30 dewasa Rm20 kanak-kanak.... beratur  tunggu turn untuk naik kali nie tak lama ...sebab orang tak ramai sangat....

berkabussss...


mendaki ke puncak

mood berlari ..



view dari ketinggian 700 meter paras laut..kabus baru beredar....
berehat sekejap...kali nie dapat tengok pemandangan kat bawah..Alhamdulillah

meninjau laluan kapal



ammar mengamati keindahan alam



 tengok air terjun 7 tingkat
Lepas turun terus pergi ke pekan kuah, sebab dah janji nga owner kereta nak hantar pukul 12 tghri..masa perjalanan lebih kurang 40 minit .....lepas serah kunci kereta..terus pergi cari kaunter mandaq travel yang terletak area orang jual tiket feri...tunggu surat utk check in hotel dan kereta dari pihak mandaq....agak lama  tunggu sebab tak bagitahu awal-awal masa nak ambil kereta...ok la kesilapan aku juga...lagi pun diaorang bagi kereta wira se walaupun pakej saga aerobek...agak berbaloi dengan pakej yang di ambil...


tunggu owner kereta..


Lepas dapat kereta isi minyak 20 inggit utk 3 hari ...hihi terus sambung perjalanan ...singgah dulu di kedai gamat Nusantara...kat sini banyak ummi borong minyak gamat utk bawa balik ... hihihi..


minyak gamat utk setahun..hihi



tempat masak gamat
koleksi minyak gamat


ammar dah pilih untuk ummi
Lepas tu singgah di Kota mahsuri..harga tiket nak masuk pun dah  naik...kat dalam ada kerja-kerja ubahsuai yang sedang berjalan....masuk sekejap je pusing-pusing....sebab ammar dok ajak keluar nak tengok ikan kat luar...lepas tu pergi ke gerai jualan kat tepi kota mahsuri...kat situ ada jual baju-baju dan kain batik , ada harga 18 ringgit satu..ada 15 ringgit satu, mok  ammar kirim kain batik ...ummi borong kain batik pula ...


harga tiket


replika rumah Sri Mawat

ralik tengok ikan ...

kain batik
Hari dah semakin petang, otw balik ..singgah bergambar dulu di tempat kawasan kapal mewah  berlabuh...kat sini ammar dah tak nak jalan...tak larat katanya...lepas tu singgah makan laksa penang di tepi pantai sambil menunggu senja berlabuh....



hadapan kompleks kastam


penat hilang bila dapat bermain dengan ikan batu ...hihihi


laksa peneng

Sebelah malam jalan-jalan di sekitar pantai cenang, sambil cari kedai makan...dari hujung ke hujung berjalan....last-last pilih gerai dekat dengan hotel...masakannya boleh tahan .... kalau datang lain kali mungkin boleh pilih kedai tu lagi...


badmood penat berjalan..nak minum air jee

sotong celup tepung ummi cakap sedap..

bersambung ke 4H3M @ Pulau Langkawi part 3
                         4H3M @ Pulau Langkawi Part 1
                         4H3M @ Pulau Langkawi Part 4
                         






Khamis, 2 Mei 2013

4H3M @ Pulau Langkawi Part 1



Hari pertama : 1/5/2013 Rabu

Lokasi : Dataran Helang pekan Kuah


    Sempena cuti hari pekerja bersambung cuti balik mengundii ...kami menghala dulu ke Pulau Langkawi menggunakan pakej dari Mandaq Travel tempah kat matta fair ari tu.......Tunggu ummi balik kerja shif malam...bertolak ke sana lebih kurang pukul 8:00 pagi ....dan sampai di jeti Kuala Perlis lebih kurang pukul 2;00 petang..perjalanan mengambil masa 6 jam melalui 3 tol , tol pertama 43.30sen tol kedua rm13 dan tol ketiga 1.60sen..sampai kat jeti cari parking dlu...caj parking plak 40 inggit utk 4 hari parking betul2..kat depan jeti. Masa sampai, feri baru bertolak, tunggu feri pukul 3;00 petang .. harga tiket feri Rm18.00 seorang, kanak2 Rm13.00 tapi tak beli untuk ammar sebab kaunter cadangkan di riba..


posing dulu..

harga semasa rm18.00 /dewasa


ammar excited nak naik feri..
 Masa perjalanan dari jeti kuala perlis ke jeti kuah mengambil masa 45 minit, dalam feri ada tayangan cerita dua kalimah..agak menyeramkan..hihihi  kali nie naik feri besar sikit pada sebelum nie....ammar bagitahu "bot tak lajuu la abi" hihihi
Dah Jeti Pekan Kuah
Kereta dan penginapan di sediakan Mandaq travel pakej 3h2m , tapi kami datang awal sehari, jadi kena cari sendiri kereta dan penginapan untuk hari pertama...pihak mandaq ada tawarkan untuk tambah hari tapi tak ikut harga pakej , jadi kami pilih untuk cari sendiri...

sampai jeti kuah, cari kereta sewa...kami pilih kereta viva auto kadar sewa Rm60 sehari + minyak rm10 .... asalnya Rm70 sebab cuti umum, tapi tawar2 dapat kurang sikit...untuk tempat penginapan kami pilih di hotel landcons yang juga tempat yang di tawarkan oleh Mandaq travel , jadi check in awal sehari , kadar satu malam Rm110.. hotel landcons terletak di pantai cenang berhadapan under water world.  

Hotel Landcons


Rehat Kaki kat depan hotel
 Selepas chek in...keluar jalan-jalan kat sekitar pekan kuah dan sekitar dataran helang sambil tengok matahari terbenam...
terbang di tangan

hitam putih aiskrim..





matahari sebelah petang






u jump i jump..





kereta kebal boleh bergerak yang femous di FB rupanya ada kat sini..



 Sebelah malam singgah survey coklat and beli sikit-sikt dulu di Haji Ismail Group yang terletak di pekan Kuah..harga coklat daim plastik kecil xsilap yang 100grm 9.90sen 300grm 14.90 plastik besar...pemanggang ajaib jenama ismail group Rm79.00 yang besar dan RM69.00 yang kecil sikit ...lepas siap borong coklat terus pergi makan dan balik bilik untuk rehat...


Haji Ismail group



ummi tengah pilih coklat

tinggal satu je lagi..baik ambik cepat..hihi

dah penat...perjalanan seharian..

lepas mandi study  Peta untuk travel esok hihi

Bersambung   4H3M @Pulau Langkawi Part 2
                      4H3M @ Pulau Langkawi part 3
                      4H3M @ Pulau Langkawi Part 4 

Isnin, 29 April 2013

Rombongan Pengantin @ Sg Buluh


Berkesempatan menyertai rombongan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan di Sg Buluh  . Konvoi dalam 15 buah  kereta kebanyakan kawan-kawan, hanya 2 dua buah je family pengantin dari kampung..... pengantin lelaki ni kawan sekolah aku...Selamat Pengantin Baru buat Ilias dan pasangan semoga Bahagia hingga ke Akhir hayat ... 

bersiap sedia

bersama aqil..lps nie aqil pn dah nk blk kelantan.

abang long  dan nusre lina


abang long kawasan 



pasukan kompang



sopannya pengantin lelaki



kene tinggal la peragai gila-gila tu..hihii

 Calon BN dun Paya Jaras Ir Muhammad bushro juga meraikan majlis, selepas pengantin siap makan..calon BN  bersama pengantin lelaki dan bapa pengantin perempuan  bergambar sambil basuh pinggan .... gambar tersebut keluar di paper utusan keesokan ...aku sempat menyelit di belakang bapa pngtin hihihi ... Dun Paya Jaras BN tewas ...raih undi cara basuh pinggan tak berjaya, kena cuba cara lain...hihihi  
masuk paper utusan lagiii...
kawan-kawan sekolah

bergambar kenangan .

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhFw0Pey0Xh9FusCUaru47sancuUt8V-vGzfO2wTsxW_c2JqQ8ePygXdbnbflqv4mD-c-OVzNWz7jFxnY9icwut4f8uW6QMKTizUBvzfqb7jVMkzgVdc4_q1xqV58BpxgnuvkeONXOF1i4/s1600/anon5.png