expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Cari Artikal

Khamis, 2 Mei 2013

4H3M @ Pulau Langkawi Part 1



Hari pertama : 1/5/2013 Rabu

Lokasi : Dataran Helang pekan Kuah


    Sempena cuti hari pekerja bersambung cuti balik mengundii ...kami menghala dulu ke Pulau Langkawi menggunakan pakej dari Mandaq Travel tempah kat matta fair ari tu.......Tunggu ummi balik kerja shif malam...bertolak ke sana lebih kurang pukul 8:00 pagi ....dan sampai di jeti Kuala Perlis lebih kurang pukul 2;00 petang..perjalanan mengambil masa 6 jam melalui 3 tol , tol pertama 43.30sen tol kedua rm13 dan tol ketiga 1.60sen..sampai kat jeti cari parking dlu...caj parking plak 40 inggit utk 4 hari parking betul2..kat depan jeti. Masa sampai, feri baru bertolak, tunggu feri pukul 3;00 petang .. harga tiket feri Rm18.00 seorang, kanak2 Rm13.00 tapi tak beli untuk ammar sebab kaunter cadangkan di riba..


posing dulu..

harga semasa rm18.00 /dewasa


ammar excited nak naik feri..
 Masa perjalanan dari jeti kuala perlis ke jeti kuah mengambil masa 45 minit, dalam feri ada tayangan cerita dua kalimah..agak menyeramkan..hihihi  kali nie naik feri besar sikit pada sebelum nie....ammar bagitahu "bot tak lajuu la abi" hihihi
Dah Jeti Pekan Kuah
Kereta dan penginapan di sediakan Mandaq travel pakej 3h2m , tapi kami datang awal sehari, jadi kena cari sendiri kereta dan penginapan untuk hari pertama...pihak mandaq ada tawarkan untuk tambah hari tapi tak ikut harga pakej , jadi kami pilih untuk cari sendiri...

sampai jeti kuah, cari kereta sewa...kami pilih kereta viva auto kadar sewa Rm60 sehari + minyak rm10 .... asalnya Rm70 sebab cuti umum, tapi tawar2 dapat kurang sikit...untuk tempat penginapan kami pilih di hotel landcons yang juga tempat yang di tawarkan oleh Mandaq travel , jadi check in awal sehari , kadar satu malam Rm110.. hotel landcons terletak di pantai cenang berhadapan under water world.  

Hotel Landcons


Rehat Kaki kat depan hotel
 Selepas chek in...keluar jalan-jalan kat sekitar pekan kuah dan sekitar dataran helang sambil tengok matahari terbenam...
terbang di tangan

hitam putih aiskrim..





matahari sebelah petang






u jump i jump..





kereta kebal boleh bergerak yang femous di FB rupanya ada kat sini..



 Sebelah malam singgah survey coklat and beli sikit-sikt dulu di Haji Ismail Group yang terletak di pekan Kuah..harga coklat daim plastik kecil xsilap yang 100grm 9.90sen 300grm 14.90 plastik besar...pemanggang ajaib jenama ismail group Rm79.00 yang besar dan RM69.00 yang kecil sikit ...lepas siap borong coklat terus pergi makan dan balik bilik untuk rehat...


Haji Ismail group



ummi tengah pilih coklat

tinggal satu je lagi..baik ambik cepat..hihi

dah penat...perjalanan seharian..

lepas mandi study  Peta untuk travel esok hihi

Bersambung   4H3M @Pulau Langkawi Part 2
                      4H3M @ Pulau Langkawi part 3
                      4H3M @ Pulau Langkawi Part 4 

3 ulasan:

http://4.bp.blogspot.com/-JF6712BTA-U/T2Z5ZRTOrOI/AAAAAAAABn4/cXZsvDO8Hzs/s1600/anon5.png