expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Isnin, 6 Mei 2013

PRU Ke -13 @ Seri Aman N30 & Manek Urai N41 (05-05-13)



Hari ahad, 050513 pilihan raya umum kali ke-13 telah di adakan ...pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang tempoh masa pegundian .

Suasana pada hari mengundi dah rasa macam menyambut hari raya..meriah betul....pukul 9:00 pagi siap-siap untuk hantar ummi dan family ke tempat pembuangan undi di Smk Seri Aman ......mujur semuanya tempat yang sama...ummi dah kali kedua mengundi, k.ngah dan k.chik kali pertama ...tok ma & tok bah dah berkali-kali.....Mereka mengundi untuk N30 Dun Limbongan dan P28 Parlimen Pasir Puteh ....

 posing dulu sebelum mengundi

abang ammar & adik manda kat luar tunggu tok ma tok bah mengundi


Lepas semua siap mengundi, bawa family sarapan kat bandar pasir puteh.... aku pun dah tak sabar juga untuk mengundi, kali nie pilihanraya ke tiga aku mengundi termasuk masa piliharanraya kecil sblm ni.... Lepas siap makan terus bertolak balik ..


jalan jem di kg keroh

Keadaan jalan yang agak sibuk sepanjang perjalanan.....pukul 3 lebih baru sampai dan terus pergi buang undi di sek keb manek urai baru...family aku semua dah mengundi ...kali ni tok ayoh jadi wakil SPR, tu nampak hensem semacam ...sue kali pertama mengundi..aku, pokteh , pokcik, pok long dan ayoh mengundi di tempat yang sama di SkmuB.... cikla ,k.sal ,sue dan mok mengundi di sek keb manek urai lama,... kami mengundi untuk Dun Manek Urai N41 dan P31 Parlimen Kuala Krai . lepas mengundi pergi pusing tengok jambatan baru yang di janjikan pada piliharaya kecil dulu..Alhamdulillah dah siap.. 




jambatan baru manek urai




malam pengiraan undi
 Sebelah malam , temankan ayoh ammar dan pok teh ke tempat pengiraan undi di Smksyp1....ramai orang berkumpul sambil menanti  pengumuman dari SPR ...masa berkumpul dapat jumpa dengan cgu dan kawan2 yang lama tak jumpa lepas habis sekolah dulu....orang kampung pun ramai juga yang datang untuk dengar pengumuman secara langsung....Alhamdulillah Kerajaan Kelate masih Kekal di bawah kepimpinan ulamak walaupun kali nie agak lewat di umumkan secara rasmi ......Allahuakbar ...Allahuakbar..Allahuakbar..

keputusan rasmi PRU13

N41 Dun Manek Urai - Pas menang Majoriti 1,633 Abe Uji

P31 Parlimen Kuala Krai - Pas Menang Majoriti 2,043 Dr Hatta .

N30 Limbongan - Pas Menang 1,042 Ust Nazlan

P28 Parlimen Pasir Puteh - Pas Menang majoriti 1,888 Nik Mazian
bersama ust Aziz  Cg MRKK





2 ulasan:

http://4.bp.blogspot.com/-JF6712BTA-U/T2Z5ZRTOrOI/AAAAAAAABn4/cXZsvDO8Hzs/s1600/anon5.png