expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Cari Artikal

Sabtu, 15 Jun 2013

Big Red Strawberry Farm dan Pasar malam Brincang @ Camaron Highland


Trip cameron highland kali nie bersama family dari kampung, bertolak dari serdang pukul 8;00 pagi..sampai sana pukul 11;00 tengahari konvoi dengan kakak dari sg buluh,..mak dan ayah ammar bertolak dari kelantan..... sampai sana telefon wakil tuan rumah ..terus hantar kami ke Wafa homestay yang terletak di tanah rata .... 

exit cameron highland

parking tepi di lata iskandar

ammar berhenti mandi di air terjun lata iskandar

mercu sempadan tanah cameron highland

posing duluuu dah nak sampai

Lepas check in di wafa homestay , makan tengahari dulu sebelum keluar jalan-jalan...makanan dah siap masak dari rumah...mok masak . ummi pun masak juga...bila dah campur, banyak pula lauk pauk untuk menu lunch ...hihihi lepas tu acara potong kek sempena hari lahir aku dan hari bapa ....(",)/


kek hari bapa n hari lahir

abg ammar pun join sekali..
Lepas lunch tunggu petang sikit baru sedap nak jalan-jalan...kitaorang pergi kat big red strawberry farm yang terletak di brincang....kereta parking kat atas bukit...
bergambar bersama...

buah strawberry


aiskrim strawberry satu sorang..hihi


layan anak-anak main sambil tunggu tok ayoh duduk di kerusi mengurut


Lepas tu bawa mak ammar singgah di pasar malam brincang....orang padat nak jalan pun susah...parking kereta tempat biasa kami parking kalau datang siini..iaitu kat dalam kawasan pejabat pos....bayar 3 ringgit kat budak jaga parking...kat sini memang susah nak parking ....lepas penat pusing pasar malam terus balik ke homestay untuk rehat..







Rabu, 12 Jun 2013

Ulang tahun Kelahiran



Pejam celik umur dah semakin mengkit... tahun nie dah penghujung 20 an....

dapat hadiah lagi dari ..ummi , sebelum tu ummi belanja makan ...terima kasih terima kasih terima kasih..sayang ummi dan ammar..terima kasih juga kawan-kawan yang wish birthday kat fb..tq very much...


Jumaat, 7 Jun 2013

Doa Dhuha - Unic





 
 
 
Allahumma Innadh Dhuha-A Dhuha-Uka
Wal Bahaa-A Bahaa-Uka
Wal Jamaala Jamaaluka
Wal Quwwata Quwwatuka
Wal Qudrata Qudratuka
Wal Ishmata Ishmatuka
Allahuma Inkaana Rizqi Fis Samma-I Fa Anzilhu
Wa Inkaana Fil Ardhi Fa-Akhrijhu
Wa Inkaana Mu’asiran Fayassirhu
Wa Inkaana Haraaman Fathahhirhu
Wa Inkaana Ba’idan Fa Qaribhu

Bihaqqiduhaa-Ika Wa Bahaaika
Wa Jamaalika Wa Quwwatika Wa Qudratika
Aatini Maa Ataita Min’Ibadikash Shalihin
Ya Allah
Sesungguhnya Waktu Dhuha itu DhuhaMU
Kecantikannya KecantikanMU
Keindahannya KeindahanMU
Kekuatannya KekuatanMU
Kekuasaannya KekuasaanMU
Perlindungannya PerlindunganMU
Ya Allah
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah
Berkat waktu Dhuha
KecantikanMU, keindahanMU
KekuatanMU, kekuasaanMU
Limpahkan kepadaku segala
Yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hambaMU yang soleh

 

Isnin, 3 Jun 2013

KENDURI KAHWIN KAWAN-KAWAN OPIS



Selamat Pengantin Baru di ucapkan kepada rakan setugas Mista Zaki dan Zati , Azirah dan Azhar serta sarafudin dan isteri sempena majlis resepsi yang lalu. 

Semoga ikatan dan hubungan yang di bina mendapat kerberkatanNya dan Kekal Bahagia hingga akhir hayat ..semoga cepat dapat anak...aamiin..aminn amiiinn..

Zaki & Zeti  ( Rumah Zeti k.kerian 25-05-13 ) 


Azhar & Azira ( Mjls sblh azhar B.B.Bangi 01/06/13)

tema perkahwinan dalam taman

Sarafuddin & Isteri ( Rumah sarafdin b.b.bangi 02-06-13)

nasi minyak...nyum..nyumm

Pengantin lama..kihkihkih


Sabtu, 25 Mei 2013

KAK SAL DALAM KENANGAN , AL FATIHAH ...



Semoga Allah mencucuri rahmat kepada roh Allahyarhamah kak salma yang kembali ke rahmatullah pada 25.05.2013 ..Al fatihah..


Dapat panggilan pagi rabu dari abah bagitahu kak sal sakit tenat , aku rancang nak balik hari jummat..sebab wife boleh cuti...tapi bila bincang blk adk beradik yang ada kat sini , nak bertolak sama-sama . jadi ambik kptusan bertolak malam tu juga..wife aku plak byar kwn dia utk ganti shif dia..2 abg aku bertolak dlu ..tunggu wife blk keje dan terus bertolak balik .. abang2 aku sampai dalam pukul 3 pagi terus ke kg sg pas rumah mak k.sal, aku lewat satu jam sampai...masa melalui jalan shot cut kg peria dah dekat nak sampai terlanggar babi hutang laa plak...bumper pecah terseret kat jalan...nak tak nak teruskan juga perjalanan...nak berhenti tengok sebab dalam hutang...huhuhu..gambar bumper..
Sampai kg sg pas, tengok k.sal agak tenat..sempat juga berbakti untuk kali terakhir..pukul 2.45 petang sabtu kak sal menghembuskan nafas yang terakhir . k.sal adalah menantu sulong keluarga kami, yang banyak mengajar aku untuk buang rasa malu bila berhadap dengan orang semasa berniaga di pasar malam...bertindak sebagai cheff utk perlbagai majlis... Semoga Allah menempatkan roh k.sal di kalangan orang2 beriman . Aminn...        




yb abe uji adun manek urai turut melawat

yb ust latif adun mengkebang


Isnin, 6 Mei 2013

PRU Ke -13 @ Seri Aman N30 & Manek Urai N41 (05-05-13)



Hari ahad, 050513 pilihan raya umum kali ke-13 telah di adakan ...pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang tempoh masa pegundian .

Suasana pada hari mengundi dah rasa macam menyambut hari raya..meriah betul....pukul 9:00 pagi siap-siap untuk hantar ummi dan family ke tempat pembuangan undi di Smk Seri Aman ......mujur semuanya tempat yang sama...ummi dah kali kedua mengundi, k.ngah dan k.chik kali pertama ...tok ma & tok bah dah berkali-kali.....Mereka mengundi untuk N30 Dun Limbongan dan P28 Parlimen Pasir Puteh ....

 posing dulu sebelum mengundi

abang ammar & adik manda kat luar tunggu tok ma tok bah mengundi


Lepas semua siap mengundi, bawa family sarapan kat bandar pasir puteh.... aku pun dah tak sabar juga untuk mengundi, kali nie pilihanraya ke tiga aku mengundi termasuk masa piliharanraya kecil sblm ni.... Lepas siap makan terus bertolak balik ..


jalan jem di kg keroh

Keadaan jalan yang agak sibuk sepanjang perjalanan.....pukul 3 lebih baru sampai dan terus pergi buang undi di sek keb manek urai baru...family aku semua dah mengundi ...kali ni tok ayoh jadi wakil SPR, tu nampak hensem semacam ...sue kali pertama mengundi..aku, pokteh , pokcik, pok long dan ayoh mengundi di tempat yang sama di SkmuB.... cikla ,k.sal ,sue dan mok mengundi di sek keb manek urai lama,... kami mengundi untuk Dun Manek Urai N41 dan P31 Parlimen Kuala Krai . lepas mengundi pergi pusing tengok jambatan baru yang di janjikan pada piliharaya kecil dulu..Alhamdulillah dah siap.. 




jambatan baru manek urai




malam pengiraan undi
 Sebelah malam , temankan ayoh ammar dan pok teh ke tempat pengiraan undi di Smksyp1....ramai orang berkumpul sambil menanti  pengumuman dari SPR ...masa berkumpul dapat jumpa dengan cgu dan kawan2 yang lama tak jumpa lepas habis sekolah dulu....orang kampung pun ramai juga yang datang untuk dengar pengumuman secara langsung....Alhamdulillah Kerajaan Kelate masih Kekal di bawah kepimpinan ulamak walaupun kali nie agak lewat di umumkan secara rasmi ......Allahuakbar ...Allahuakbar..Allahuakbar..

keputusan rasmi PRU13

N41 Dun Manek Urai - Pas menang Majoriti 1,633 Abe Uji

P31 Parlimen Kuala Krai - Pas Menang Majoriti 2,043 Dr Hatta .

N30 Limbongan - Pas Menang 1,042 Ust Nazlan

P28 Parlimen Pasir Puteh - Pas Menang majoriti 1,888 Nik Mazian
bersama ust Aziz  Cg MRKK





https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhFw0Pey0Xh9FusCUaru47sancuUt8V-vGzfO2wTsxW_c2JqQ8ePygXdbnbflqv4mD-c-OVzNWz7jFxnY9icwut4f8uW6QMKTizUBvzfqb7jVMkzgVdc4_q1xqV58BpxgnuvkeONXOF1i4/s1600/anon5.png