expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Cari Artikal

Jumaat, 9 Mac 2012

Rojak Ayam di kajang

Sebelah petang lepas dengar ceramah dari ust farhan, bekas paderi di sabah yang telah memeluk islam dengan tajuk kristianisasi dan gejala murtad di malaysia, sempat beli buku tulisan beliau .
 Lepas tu aku, din dan hilmi pergi melawat umar ,baby migi kawan opis yang masuk hospital  (entri baby umar akan datang) , sampai kajang singgah dulu makan rojak ayam + air cendol .. walaupun gerai biasa tapi boleh tahan . layan rojak ayam duluuu..


otai return order unifi kajang

rojak ayam mee, walaupun mee dah habis pelayan pergi beli kat kedai mamak .

Khamis, 8 Mac 2012

AFC CUP Kelantan Vs Navibank Saingon

Perlawanan pembukaan pertama untuk kejohanan AFC diadakan di stadium bukit jalil , Berkesempatan ke sana selepas habis kerja di temankan kawan lama datang dari johor yang berkursus di KL abe lil. Bila sampai hujan dah mula turun tapi tak de la lebat .
Masa perlawanan lambat lagi, orang pun tak la ramai cam biasa, pusing-pusing dulu kat gerai jualan , abe lil nak cari mafla ori katanya. Sambil jln2, tgk jersi kelate untuk kanak-kanak, cute plak...apa lagi sambar terus untuk my hero..
Masuk stadium solat dulu kat surau, lepas tu cari port duduk kat depan geng gendang kelate.net, baru  rasa kemeriah suasana dalam stadium bila dengar geng bersorak.. 
Separuh masa pertama kedua pasukan berbalas serangan tetapi kelantan lagi dominan membuat serangan dan gerakan2 yang menarik dan menghiburkan penyokong , lima minit nak habis hujan turun tersangat lebat.
Separuh masa ke dua bersambung sedikit terganggu, di sebabkan keadaan padang yang di tukungi air. kelantan tetap melakukan serangan tetapi tiada jaringan dapat di lakukan, keputusan tamat perlawanan seri 0-0 . Gomo Klate Gomo ....



tiket perlawanan

rakaman siaran tertunda di TV 1

awang hitam juga hadir menyokong TRW menambahkan kemeriahan suasana

paluang gendang dari kelate.net bergema di stadium

game dah habis..posing dulu

bersama penyokong cilik adam afiq 

geng vespa pun ada bersama TRW

Replika stadium Bukit jalil 
 

Rabu, 7 Mac 2012

sarapan roti canai bukit at Bandar baru bangi

Pagi nie , kawan kita ajak try sarapan roti canai yang glamour di bdr baru bangi, nama kedai roti canai D'bukit, memang ramai yang datang kat situ, penuh parking , kebanyakan pekerja tnb dan government berdasarkan uniform di pakai...keenakan roti canai bagi aku biasa jee..order dia cepat boleh di puji walaupun orang agak ramai...makanan pun cepat sampai, 3 bintang utk service..kikikii


kawan kita minum air suam jee..(pengantin baru)

lokasi kedai atas bukit berdekatan view village bangi

Lunch at Pizza Hut

Tengah hari semalam my bos ajak makan pizza ,... Alhamdullilah, orang kata rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari ... kitaorang layan kat the mines..order 3 set pizza dengan air pepsi + jus mangga...

melekat-lekat .....

berselara abg mizi makan..(taiko return order unifi)

Isnin, 5 Mac 2012

Mineral Coffee Garam BuluH

Try Minum Kopi nie plak lps keno promo eye syam hai-o , dio cakap banyak khasiat ..

Mineral Coffee diformulasikan dgn Garam Buluh berorganik dari Korea yang semulajadi, diadun bersama serbuk kopi segera Robusta yang mengharumkan. Adunan istimewa kopi ini bukan saja memberi kepuasan tetapi merupakan pembekal kepada pelbagai bahan mineral terutamanya Magnesium. Magnesium merupakan sumber mineral utk menggalakkan penyerapan & pengekalan kalsium. untuk maklumat lanjut atau mahu order Coffe garam buluh boleh hubungi Syam di talian 0133505400.

Dinner Steamboat Di Maeps Serdang

Malam minggu lepas ummi ajak keluar makan , katanya dah lama tak kuar makan ... errmm lokasi kali ni nak try pula makan steamboat di Maeps , Dalam keadaan hujan lebat redah laa juga ke sana, pusing kat dalam maeps tak jumpa , ingat nak pergi tempat lain , tapi kesian pula kat ummi nak makan steamboat , pusing-pusing mujur jumpa , tapi yang hairannya ramai pula orang kat situu..masa tengah pusing cari tak de lak tengok kendeeraan yang masuk..
sampai je pelayan bagi meja kat bahagian dalam, kat luar orang dah penuh.. lagi pun hujan lebat, yang mana duk kat luar mesti kena tempias ...
My hero kali nie lama skit duduk di kursi mungkin masih kemamai lepas bangun tidur, lepas tu dah mula cari kawan.duk berlari nga 2 budak botak macam upin ipin. Lauk pauk kat situ pun banyak, berpatutan la dengan harga rm21.90 seorang . lain kali boleh pergi lagi kan ummi. kikiki..

kena ambik ketam nga udang banyak-banyak menu wajib makan steamboat

my hero pegi mana2 mee gorang juga kesukannya . rugi..rugii..hihi lepas tu makan aiskrim banyak2

KarNiVaL wOW PuTrAjaYA 2012

Karnival Wow di putrajaya telah di adakan lagi pada 23-26 feb , tapi kali ni kami pergi hari last lepas ummi habis keje, hujan pula turun tunggu sampai berhenti , tu pun dah lewat petang . 
Tahun lepas dah pegi, masa tu my hero baru boleh jalan, tahun ni my hero dah berlari sampai tak terkejar...
Banyak pameran auto show dan jualan, antaranya produk upin ipin,  gerai cuti-cuti malaysia yang sempat kami lawat, pakej2 menarik banyak di sediakan contoh pakej 3H2M ke pulau langkawi , dan pulau-pulau sekitar Malaysia.
Baru je separuh pusing hujan dah turun , pameran pun dah nak tutup. Berteduh bawah khemah sekejap sambil makan-makan , terus balik .sebelum tu selipar ummi putus, kesian kat ummi terpaksa berkaki ayam sebelah dalam hujan .kikiki...


kereta mini yang di ubah suai..

test mini bike

ammar dah teruja nak bawak minibike juga, hujan pun dah mula turun..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhFw0Pey0Xh9FusCUaru47sancuUt8V-vGzfO2wTsxW_c2JqQ8ePygXdbnbflqv4mD-c-OVzNWz7jFxnY9icwut4f8uW6QMKTizUBvzfqb7jVMkzgVdc4_q1xqV58BpxgnuvkeONXOF1i4/s1600/anon5.png