expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Cari Artikal

Khamis, 16 Februari 2012

Majlis Dialog Keselamatan Penduduk Taman Lestari Putra 4 Dengan Polis ,MPSJ dan Jab Perhutanan

Persatuan penduduk LEP 4 telah mengadakan sesi Dialog bersama pihak polis IPD Serdang pada hari ahad yang lepas . Ini berikutan kes rompakan semakin kerap berlaku di kawasan kejiranan . Apa yang di maklumkan oleh pihak polis ,
Statistik rompakan sekitar taman lestari putra pada tahun 2011 empat kes telah di rekodkan.   Pada tahun 2012 setakat Bulan Feb tiga rompakan telah di laporkan .Kejadian ini berlaku mungkin di sebabkan kurangnya kerjasama dan keprihatinan di kalangan kejiranan .
Di samping itu kedudukan Taman Lestari Putra bersebelahan dengan Hutan Simpan yang memudahkan penjenayah meloloskan diri.  Pihak polis telah menamakan ops rantau ini kerana suspek penjenayah di anggotai warga asing modus operandisnya pecah rumah , ikat mangsa dan rompak dengan bersenjatakan parang .
 Kebiasaan kejadian berlaku pada hari khamis malam jumaat atau hari ahad malam isnin . Malam tersebut di takrifkan malam keletihan melampua"-Ketua Polis Serdang . Semasa Sesi Dialog berlangsung , pihak Polis meminta kerjasama dari penduduk supaya mengadakan kawalan rukun tetangga dan kenal mengenal di antara jiran tetangga.
Ketua Ipd juga memaklum kepada Persatuan penduduk supaya menngunakan orang berpengaruh  yang tinggal di taman lestari Putra 4 untuk meminta bantuan mewujudkan balai polis dan sebagainya.
Antara VIp yang berada di kejiranan LEP 4 s/u  menteri ,  dan 7 pegawai Polis juga tinggal di kejiranan LEP 4 yang antaranya di bahagian ketentraman awam .
 Pihak Mpsj perlu memastikan keadaan lampu dan pencahayaan di berikan  di tempat-tempat yang gelap. Pihak perhutanan akan mengkaji  kesesuaian untuk membina pagar mengelilingi hutan simpan yang bersebelahan taman Lestari PUtra supaya tiada pencerobohan di kawasan hutan simpan. .
Semoga Sesi dialog serta penerangan dari semua jabatan dapat menyedarkan penduduk yang pentingnya kerjasama dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman keluarga, penduduk dan kejiranan bagi mengelak berlakunya jenayah..

banner jemputan

sesi dialog sedang belangsung
minum duluuu..

sambil2 melayan my heroo



 
jamuan ringan..

anggota pengawal berkuda

Generasi masa depan

5 ulasan:

  1. Dah hampir sebulan tapi tak nampak pagar dan lampu jalan serta taman di seksyen 4 yang di buat atau dibaikpulih,lambat gak tindakan dari pihak berwajib!

    BalasPadam
    Balasan
    1. tuu la pasal, jalan yg penduduk minta buka pn xbuka2 lg...

      Padam
  2. salam...kami membekalkan sistem palang otomatik/barrier gate/boom gate lengkap dengan sistem touch n go (kad pintar)...boleh sewa..rm 700/bulan untuk satu set...hubungi kami 013-452-52-52
    atau nurdin2020@gmail.com...kaedah ini terbukti berkesan mencegah kes pecah rumah...moga dapat manfaat..terima kasih

    BalasPadam
  3. Banyaknye hantu kat kawasan perumahan ni. Area Paragon 3 tu paling banyak. Ada bekas kubur ke kat situ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah halau ke lain, pokok tmpt tidur pun dah tebang..ada lagi ke

      Padam

http://4.bp.blogspot.com/-JF6712BTA-U/T2Z5ZRTOrOI/AAAAAAAABn4/cXZsvDO8Hzs/s1600/anon5.png