expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Cari Artikal

Isnin, 11 Jun 2012

TRIP UTARA 3H2M @ Padang Besar



Hari pertama, Khamis 31/05/12

Distinasi Padang Besar , Perlis


Bertolak Pukul 7.15 pagi , tetapi sangkut jem untuk ke lebuhraya utara selatan di sebabkan hari bekerja . Trip kali ni konvoi bersama ( Abe Ra & family ) yang dari gombak,  pukul 8.00pg dia dah sampai di R&R rawang, Aku masih sangkut jem, jadi minta dia gerak dulu ..



Dah masuk area tapah baru nampak kelibat kereta abe ra, sebelum exit tapah ada sekatan polis, di situ juga berlaku kemalangan seperti entri aku sblm nie, kat Sini Kemalangan depan Mata

 sekejap dia kat depan, sekejap aku kat depan, bagi memudahkan perjalanan kami , kami menggunakan walkie tokie untuk berkomunikasi , update kwsn perangkap had laju serta borak2 bagi menghilangkan mengantuk ..hihi

ammar borak2 dgn aqil


plaza tol

untuk  ke changlung menggunakan lebuhraya utara selantan , perlu melepasi 3 tol dan mengambil masa 6 jam dengan kelajuan biasa 100-110km/j. Kitaorang berhenti solat zohor di masjid changlung dan makan tengahari di restoran yasmin lebih kurang pukul 2.30ptg.




Selepas tu singgah di rumah Dedi Akid di taman teja tempat kami akan bermalam nanti . Rehat2 jap dan terus ke padang besar bersama keluarga Akid merangkap tour guide..






Bazar padang besar tempat beli belah antara yang tersohor di malaysia  yang bersempadan dengan thailand, tempat nie lebih kurang dengan pengkalan kubur atau pekan rantau panjang .  kedai-kedai yang menjual baju , jeans, barang permainan, makanan dan macam2 lgi di bawa msk dari sempadan thailand . tempat ni di buka sehingga jam 6.30 ptg

pemandangan ladang tebu 


Dalam perjalanan balik ke changlung, singgah jap menikmati pemandangan ladang tebu .

Pada sebelah malam, kitaorang pusing-pusing di bandar Alor Setar ,kelihatan banyak bendera pas memenuhi segenap stadium bersempenan himpunan hijau . Untuk kali nie kitaorang dah set makan di restoran berputar menara alor setar .


di miliki felda
Kami sampai di restoran dah pukul 9.30 malam, Hidangan menu buffet steamboot , ruang yang luas , orang xde la ramai sangat. memudahkan 2 hero bermain dan di kawal... sambil makan dan borak2 sambil tengok pemandangan..  view yang menarik .





 Kitaorang makan sehingga putaran lengkap 360 darjah yang mengambil masa 1 jam .  Bertepatan dengan restoran yang tutup pada pukul 10.30 malam .

2 hero yang sama aktif asyik melihat pemandangan di bawah
Bersambung Hari Ke Dua

Rabu, 6 Jun 2012

Kemalangan Sebelum Exit Tapah



Semasa dalam perjalanan ke utara minggu lepas , aku terserempak dengan kemalangan yang berlaku betul-betul di hadapan mata .

Sebelum sampai exit tapah, perasan kereta bertentangan bagi lampu amaran ada sesuatu di hadapan. Aku agak mungkin sekatan polis. Lepas tu aku perlahankan sikit kelajuan . Dari jauh dah nampak memang ada sekatan polis.

Dalam aku maintain kelajuan , ada perodua alza potong aku dari kanan lepas tu terus masuk lorong kiri.. dari jarak 200 meter aku nampak peradua alza brake emergncy duuummmm... terus henntam belakang kancil yang tunggu turn utk lepas sekatan polis....kancil melambung kekanan dan slow2 berhenti ke kiri jalan..


 Masa tu aku dah standby untuk brake dan ambik lorong kanan, kereta lain sume dah slow ,masa  melintasi kereta kancil nampak sorang pemandu perempuan baru nak keluar . dia sorang je. Perodua dalam Alza pula ada family .  masa tu hati berdebar la juga


Nasib baik impak kemalangan tak de la teruk sangat. mungkin tak de kecederaan . Alhamdulillah kami  meneruskan perjalanan pergi dan balik dengan selamat..aminn 

Selasa, 5 Jun 2012

Rim Pecah Jodoh TAk Panjang..5 Bulan berkenalan ..


Kisah kali nie tentang rim tayar keta aku, sebelum tu storynye.....

Bagi pinjam keta kat abang aku ,  kawan dia yang bawa sebab abang aku tak biasa dengan jalan KL. kul 1 pagi hantar balik.

Pagi esoknya aku and family mahu keluar jalan-jalan, sibuk hero aku dok ajak alan-alan...baru je keluar dari simpan dah rasa lain macam dengan tayar kereta  aku. berhenti kat bahu jalan tengok takuT2 tayar bocor..emm tak de apa-apa..aku teruskan perjalanan...masuk lebuhraya dalam 40km/j stereng kereta aku dah bergoyang , masuk 80km/j bergegar macam nak tercabut ...apa lagi hantar workshop laaa kasi pomen check ....

sampai kat kedai check belancing , buka tayar satu lagi ...apek kat workshop terkejut ayyoooo..(yeke mcm tu ek) dah xingt dah...haha  nie dia rupa RIM tayar kereta aku .

total lost
Rim nie baru pakai 5 bulan, awal tahun ni tukar...dah jadi mcm tu..tanya apek dia ckp xleh repair..so bgi mengelakkan stereng brgegar aku msukkn dlu tayar spare yg rim standart 14..senget skit .. dah la minggu depan nk travel ke utara.. citer kat pomen aku nk travel jauh..dia cakap bhya..dia nk bgi pmjam rim dia dlu , byar Rm80 dgn syart lps nie tukar Rim baru kedai diaa..bkn tak nak tukar kedai dia mahal sangat..

Rim asal
Kawan aku  cakap ada tempat Rim murah area selayang apa lagi ke sana la aku bersama wife n my hero..terpaksa tukar 4 biji yang baru..kedai tu ambik seratus setengah  je rim asal, Rim baru dia bagi Rm650 tu pun jual nama IPD sebab tokey dia bangla..hihi..campur tolak dekat 800 rtus habis melayang...






jodoh tak panjang
suspek lubang yang di terjun
 Ada call gak abang aku tanya, dia cakap mungkin lubang area dekat rumah ....emmmmmm nak wat camne dah berlaku....
Tukar rim baru

Lepas tukar rim, pergi jalan-jalan sambil cuci mata di Plaza Kenanga ....pakaian kat sini murah kalau beli borong ...


ammar dan aqil


 Sebelah petang pergi makan chicken chop di sri gombak....harga western kat situ agak murah juga......
layan upin ipin dulu..


abe Long dan Nurse Lina

Khamis, 24 Mei 2012

Kelantan Juara Piala FA 2012


Tahniah kepada The Red Warrior kerana berjaya menjulang Piala F.A buat kali pertama selepas 22 tahun di pertandingkan. Maka Lengkaplah koleksi piala yang di pertandingkan dalam liga malaysia. Pertandingan yang telah di menangi kelantan  piala fam,piala presiden,piala liga perdana, piala liga super,piala sumbangsih,piala malaysia,dan piala fa .

Semangat membara di tunjukan penyokong TRw, ahli keluarga juga datang dari kampung....kerana ramai yang datang terpaksa bagi tempat dengan my bro yang tinggal kat sg buluh . separuh bermalam kat umah aku . separuh lagi kat sg buluh.

sehari sebelum perlawan,dapatkan tiket dulu

bawa my hero pgi kenduri.
Yang dari kampung diaorang bertolak ke stadium dulu, sebab aku nk pergi majlis kenduri kawan my wife kat putrajaya . lepas balik kenduri lebih kuranng pukul 5.30 petang bertolak ke stadium.
penyokong yang belum msuk ke stadium

bersama abe ra ..

beratur utk masuk stadium
Sampai kat stadium, tengok tingkat 1dan 2 sudah dah penuh. tingkat 3 hampir penuh tapi tinggi sangat . Selik menyelit dapat juga dok tingkat dua ..
totaly red warrior supporter pandagan sebelah kanan


pandangan sebelah kiri
 Stadium penuh dengan ribuan penyokong the red warrior. tapi Perlawanan kali ni agak hambar . akhir perlawanan kelantan menang dengan jaringan panelti 1-0 . tahniah di ucapkan kepada semua pemain dan penyokong ..
kibar dlu..gomo klate gomo

pok sdro blanja makan
Habis game kitaorang pergi makan , pak sdara dari jengka blanja makan di restoran area putra permai.

pekena siakap stim

warih waroh dari kampung
Jumpa lagi di final akan datang . gomo klate gomo.

jalan2 pusing the mines dengan jersi The Reds Warrior Sempene kemenangan 

Selasa, 22 Mei 2012

Demonstrasi Kebakaran 2012



Minggu lepas satu Demostrasi Mengawal kebakaran telah di adakan di perkarangan opis kami, demo memadam kebakaran ni di anjurkan oleh pihak osh selangor . 

Sebelum demo, taklimat di berikan terlebih dahulu oleh pihak yang terbabit.  Anggota semua unit yang berada di ibusawat terlibat .     

persis nurul izzah memberi ucapan
taklimat dan penerangan di sampaikan oleh en kumar bhgn osh selangor

kakitangan wanita turut hadir


demo kebakaran 1.0
  Selepas taklimat dan cara2 penggunaan alat pemadam kebakaran di berikan , bermula la demo cara2 memadam kebakaran .
langkah pertama ambil alat pemadam , tarik picu dan hala ke arah api .pastikan hose tidak melawan arah angin .

Pengawal kesalamat bangunan turut mengambil bahagian

staff wanita melawan api


Jumaat, 18 Mei 2012

Lunch Di Restoran Saba Cyberjaya




Awal bulan 5 baru nie , opis floor 4 ada buat jamuan makan tengahari di restoran saba cyaberjaya. Restoran nie terkenal dengan nasi arab dan menu dari arab.   kitaorang bertolak ke sana pukul 12.30 tghri.. ni kali pertama ana ke sana, mengagau juga la cari kedai..sume bos floor 4 dah sampai msa kitaorang sampai...hihi

order duluu..

menu
 untuk menu pertama datang nasi bersama lauk berbungkus dengan kuantiti 6 orang makan .ada kambing, daging dan ayam.. beras nya panjang2 tapi tak muak bila makan.

Menu kambing
habis round pertama, datang lgi menu ke dua ayam masak jenis lain plak..sambung lgi makan, sebab nak try rasa ayamnya, nampka macam sedap..emmmm boleh tahan..
menu ayam

menu ayam lg

semeja dengan otai2 tm serdang
Lepas makan perut dah kenyang ... posing2 dulu sementara tunggu yang lain siap makan, ingatkan masakan ayam tadi penutup hidangan rupanya datang lagi kebab daging campur..try laa juga rasa kebabnya..so good..memang sedap.. .. 
kebab buka dlu tg isi dalam..

staf wanita and pj

geng AND p.j

nak datang lgi laa kat sini nnt bawa my wife..hihi apapun tq bos2 yang sponsor lunch kitaorang kali nie..terima kasih daun keladi
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhFw0Pey0Xh9FusCUaru47sancuUt8V-vGzfO2wTsxW_c2JqQ8ePygXdbnbflqv4mD-c-OVzNWz7jFxnY9icwut4f8uW6QMKTizUBvzfqb7jVMkzgVdc4_q1xqV58BpxgnuvkeONXOF1i4/s1600/anon5.png