Jumaat, 18 Mei 2012
Isnin, 14 Mei 2012
Jumaat, 4 Mei 2012
Gambar perjalanan Dan Baby Alia Arissa
oooo ooo balik kampung , kali last balik kampung raya cina ari tu, rasa lama dah tak balik, tahun lepas tiap2 bulan balik kampung....sempena cuti hari pekerja dapat smbung cuti panjang skit kali nie . atuk ammar dok ajak masuk bukit tanam getah..masuk laa jga 3h2m kat sana.
Bertolak balik pukul 10.00 mlm singgah umah adik ipar di kg sang lee , bermalam kat situ . Pukul 8.30pg sambung perjalanan .
semasa perjalanan ternampak bukit di litupan awan , teringat pemandangan sama macam kat gunung kinabalu ,
Syukur itu nikmat sign board sempadan pahang kelantan
Sampai kat m.urai lebih kurang pukul 2 petang, Nak htr ammar kt umah tok ma sbb abi nk msuk bukit bertolak terus ke pasir putih .
Singgah jap umah kakak ipar tengok anok sedara baby born Alia Arisa kat machang . Anak kedua Solahuddin . masa mula2 tgk ari tu kecik jeee..tgk kli nie dah tembam sbjik mcm abgnya adam afiq masa kecil.
Singgah jap umah kakak ipar tengok anok sedara baby born Alia Arisa kat machang . Anak kedua Solahuddin . masa mula2 tgk ari tu kecik jeee..tgk kli nie dah tembam sbjik mcm abgnya adam afiq masa kecil.
| ammar nak adik juga |
my hero pun teruja bila tengok baby. nak balik pun tak mahu selagi xdpt cium pipi baby,..hihi
Dalam perjalanan kelihatan banyak bendera parti memenuhi segenap ruang tepi jalan. Suasana pilihanraya dah terasa kat sini..Kelihatan bendera parti bulan dan dancing . Ada yang menyokong dacing, ada yang menyokong bulan, ingatkan sume org kalate sokong bulan....nie kerana kjaan pusat sanggup mengamalkan sikap pilih kasih kat negeri kelantan. apapun royalti minyak hak rakyat kelantan iaitu yang menyokong dacing atau bulan......
amanda sepupu ammar baru 6 bulan dah boleh merangka , sama comel sama aktif
Service brake dan Tukar brake pads
Sebelum balik kampung minggu lepas , hantar bmw opss silap htr BLM untuk service brake di workshop berdekatan rumah . Sebelum ni masa service minyak enjin, pomen dah 2x bagi cadangan untuk tukar brake pads. tapi kali nie sebab nak buat perjalanan jauh perlu service juga untuk keselamatan .
Alang2 service, minta pomen tgk brake belakang takut2 haus jgk, tpi pomen just ejas spring saja . dia cakap blh guna lagi. Caj yang di kenakan Tukar minyak brake RM36 , Tukar brake pads jenama vins Rm135.00, caj upah brake bliding RM19 .
Tapi semasa perjalanan balik kampung rasa brake macam tak berapa nak grip,tak seperti sebelum tukar . Sebab masa turun bukit 7 di merapoh hampir2 langgar lori . mujur sempat elak . Rasa tak puas hati plak. apa lagi yang tak kena yee.. ke brake pads xsesuai .
| sedut minyak brake yg kotor |
| beza brake pads yang haus dan yang baru |
| jenama brake pads |
| ejas spring brake belakang |
Taklimat Foms (Fiber Optik Monitoring System)
Kali ni taklimat khas foms di adakan oleh pihak ibms yang telah menjemput pakar iaitu en Nakajima dan en takada dari Tokyo . Taklimat dan perbiincagan di mulakan pada pukul 10.00 pagi seperti jadual . semasa kami sampai diaorang dah ada sebelum pukul 10.00 lagi. Ketepatan masa memang tradisi orang jepun. Perlu di contohi oleh kita .
![]() |
| Wakil dari ibms, anoc, cvg , , fjk dan nims . |
|
| orang2 kuat wakil AND / penerima award |
| Taiko foms Mr Low kening yang unik |
| demo cara troubleshoot oleh en takada dan nakajima yang sangat2 friendly |
| site visit dan bergambar bersama team Foms |

Jalan-jalan Genting Higland 2012
Sempena Cuti pertabalan Agong , bawa family jalan-jalan ke genting highland, lagi pun ummi lama dah dok ajak nak naik sana, last kitaorang pegi masa baru2 kawin. Pegi ni pn nak mengimbau kngan dlu2..hihi
Bertolak ke sana dalam pukul 12.00 tghri, berhenti makan tengahri di Sri Gombak, Kedai nasi campur tepi stesen minyak. Lepas tu sambung perjalanan .
Sampai goh tong jaya dalam pukul 2.15ptg singgah dulu di taman strawberi , pusing-pusing dulu kat taman strawberi sambil2 pikir nk naik nga kereta sampai puncak atau parking kat kabel car je.
| buah strawberi |
| malu2 dah nak posing |
| pemandangan dari kereta kabel |
| hotel genting |
Sampai kat puncak lebih kurang pukul 4.30 petang , Cuaca mendung dan masih dingin macam dlu2. Kelihatan pelancong india lagi ramai dari pelancong arab mungkin bukan musim plncgn arab lgi hehe, kali nie kitaorang jalan-jalan sebelah indoor je tak larat nak kawal my hero terlalu aktif lepas sihat dari demam .
Bawa naik keta api ulat gongok pusing genting, Rm8 seorang . ketapi ulat nie dia pusing dari indoor sampai ke outdoor , leh la tgk taman permaianan outdoor dan kawasan sekitar genting . lebih kurang 20 minit perjalanan untuk menghabiskan pusingan.
Lepas tu naik kuda berpusing berserta muzik , tiket RM8 sama dengan permaianan lain , tp masuk free utk penjaga , 5-6 kali pusing baru kuda berhenti . masa nie my hero takut sikit sebab xbiasa naik kuda besar .
Lepas naik kuda makin teruja pula nak main permaianan lain , minta nak naik kereta pula, mula2 ummi tak bagi sebab takut dia menagis dok sorang dalam kereta, lagi pun tengok kereta tu bergerak laju sangat . tapi bila nampak nak naik sangat, bagi laa juga..banyak2 keta dia pilih ambulance ..dalam 5 kali pusing replika menara paris baru kereta berhenti..
Rabu, 18 April 2012
Percutian Ke Bumi Borneo / Pasar Philipine, tamparuli Part 3
HARI KETIGA , 8 April 2012 (AHAD)
Kitaorang breakfast dulu kat hotel yang telah di sediakan, hari nie my hero tak nak bagun tidur..masih kepenatan . Perjalanan perlu di teruskan untuk hari ke tiga, hari last kitaorang berada di bumi borneo . Hari ni just plan pusing-pusing KK saja.
Pukul 11.00 check out dari hotel set GPS ke Plaza Warisan .Kat situ hanya pusing2 je sambil tunggu press dari kota belud . Lepas tu ke pasar philipine . Pasar tu berdekatan bandar KK je . Banyak jual barang kraftagan , mutiara , keropok dan ikan masin .
Barang dah penuh sampai tak muat avanza , terpaksa tumpang kereta kakak press, Baru pukul 2.00, masa panjang lagi, Kitaorang pergi ke tamparuli plak, tengok replika rumah terbalik , jarak dari KK 33km, singgah di jambatan gantung tamparuli .
hampir pukul 4.30 petang kitaorang bertolak balik ke KK untuk hantar kereta . Waktu flight KK 7.30- KL 9.30, jadi masa ada lagi, kami ambil keputusan hantar kereta kat masjid negeri ,leh solat dan rehat kat situ .
Selamat sampai KL pukul 10.30malam, pergi makan kat bandar putra permai dulu . dan balik ke distinasi masing2. Maka berakhir la trip yang ke dua generasi 84 semuara . semoga semuanya happy..Ada rezeki jumpa di next trip pulaa yee...
Di hari pertama Percutian Ke Bumi Borneo /taman tunku Abd Rahman
Di hari kedua Percutian Ke Bumi Borneo/ Kinabalu Park,Ranau,Kundasan
Kitaorang breakfast dulu kat hotel yang telah di sediakan, hari nie my hero tak nak bagun tidur..masih kepenatan . Perjalanan perlu di teruskan untuk hari ke tiga, hari last kitaorang berada di bumi borneo . Hari ni just plan pusing-pusing KK saja.
| masih keletihan |
| pasar pagi dah berkemas, bot2 baru mendarat |
| survay harga |
Harga yang di letak agak tinggi, lepas tu kebiasaannya penjual akan memberi potongan seperuh dari harga yang di letakkan. nak lagi murah kena pandai proses tawar menawar . yang paling glemer mutiara ..ada jenis dari air tawar dan air masin , pasal bab nie bagi kaum ibu je pilih.. hihi
![]() |
| gitaris |
![]() |
| kat hadapan pasar |
![]() |
| terapung gaya naruto |
| berkumpul di masjid negeri |
Lebih kurang pukul 6.30 petang kami bertolak ke terminal guna kereta kakak press. TQ kakak press sebab join kitaorang dan merangkap tuor guide kali nie .
| posing dulu kat airport , press g beli aiskrim |
| masih keletihan, tido dalam flight |
| AK5113 KK-KL |
Di hari pertama Percutian Ke Bumi Borneo /taman tunku Abd Rahman
Di hari kedua Percutian Ke Bumi Borneo/ Kinabalu Park,Ranau,Kundasan
Langgan:
Catatan (Atom)








